BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
malam tadi, rasanya teruk betul. sangatlah scary. ingatkan masalah tu dah takde. rupanya still ada. lebih kurang dalam pukul 12 lebih malam tadi, masa saya baru balik dari bilik air nak masuk bilik, tiba-tiba adalah seorang sister ni tolak pintu bilik. saya terkejutlah kan sebab saya tak kenal dia. fatim dengan huda (roommate) pun tak tidur lagi time tu. kami baru nak tidur. bila sister tu tolak pintu bilik dengan gaya selambanya, saya pandang fatim. mungkin kawan fatim. but she's not. saya yakin bila tengok riak muka fatim yang seakan-akan pelik dengan kehadiran sister tu. and saya dapat baca dari riaak wajah fatim jugak yang fatim tak kenal dia. huda? sama jugak. then saya pandang sister tu balik. baru nak tanya, 'awak siapa?'. tapi dia bersuara dulu. 'nanti dalam pukul 2.00-5.30am kalau ada orang ketuk pintu jangan bukak tau. baru-baru ni ada kes budak tingkat atas biliknya banyak kali kena ketuk dalam waktu tu tapi tak tahu siapa and budak tu mengadulah kat fellow. so fellow nasihatkan semua supaya jangan bukak pintu kalau ada orang ketuk dalam pukul 2.00-5.30am. okey?'.
saya kalau orang sebut pasal benda-benda macam ni tengah-tengah malam memang besar effectnya pada diri saya. saya tanya dia, 'habis tu orang yang biliknya kena ketuk tu bukak pintu ke tak?'. dia jawab, 'tak'. tertanya-tanya jugak saya, so apa yang berlaku? siapalah nak bukak pintu kan kalau ada orang ketuk tengah-tengah malam macam tu. ouuu, sangatlah seram. kemudian datang lagi sorang sister, tak silap saya dia tu president hisbah kami. dia pun tanya, 'hha, dah tahu dah?'. saya angguk je. dalam hati, hanya Allah yang tahu perasaan seram sejuknya.
bila diorang dah beredar, saya tutup pintu. perasaan waktu tu tak menentu. saya tahu roommate saya pun begitu. dari seronok-seronok nak tidur, dah rasa tak boleh tidur pulak. teringat rumah, teringat umi, walid. waaaa, nak balikkk. kat rumah tenang sikit. huhuu. (sedihnya)
macam biasa, nak tidur tutup lampu dulu. huda macam okey je. huda and fatim dua-dua dapat meseg dari kawan-kawan pasal kes tu and pasal amaran jangan bukak pintu tu. saya dah naik katil atas. selimut seluruh badan (hahha, nampak sangat takut). sejujurnya, saya tak selesa dengan berita-berita macam ni. kadang-kadang tu tak tahu lebih baik kan. hidup tenang, fikiran pun tak melencong jauh. huhuu, tak sukanya macam niiii. dahlah sabtu ni nak exam. nasib baik donut exam sekali. kalau tak, tak tahulah.
back to the story, huhuu saja nak cerita perasaan ketakutan dan ketidak sukaan yang saya alami malam tadi. mulanya saya dah tidur, tapi terjaga dalam pukul 1.20am. alamak, alamak, saya mula resah. huh lemah semangat betul saya ni. jap, tapi biasanya taklah rasa setakut ni. saya terjaga sebab phone saya berbunyi. ada meseg. ni mesti meseg yang sama macam yang huda and fatim dapat. sikit pun saya tak gerak. tubuh saya kaku. huhuu, tak tahu apa nak buat. sebanyak yang boleh saya baca ayat qursiy. cuma pada Dia saya mengharapkan perlinndungan dari segala sesuatu yang tak baik. cuma Dia yang mampu lindungi saya. saya wirid banyak-banyak, baca surah 3 Qul, and tak lupa jugak ayat Qursiy tadi. Ya Allah, janganlah ada apa-apa. saya cuba yakinkan hati saya. yakin! Dia ada melindungi kami. insya-Allah.
huhuu, nak dekat 2 jam saya tak dapat pejam mata. nak dekat DUA JAM juga posisi saya tak berubah. masih seperti dua jam yang lepas. selimut dahlah satu badan, panas! takut punya pasal, sampai peluh merintik pun dah tak kisah. serius panas. panas lagi hari akhirat nanti kan. Ya Allah, izinkan hamba dengan tenang dapat pejamkan mata. izinkan hamba Ya Allah. saya minta banyak-banyak pada Dia. dan alhamdulillah, tanpa sedar saya tertidur. pukul 6 lebih baru bangun semula untuk tunaikan solat Subuh. mata saya bengkak, tak cukup tidur. huh, macamanalah hari jumaat nanti. dahlah ramai sister yang balik. mesti hostel sedikit sunyi daripada biasa. Ya Allah, tenangkan kami pada malam-malam yang akan datang. lindungilah kami wahai Yang Maha Kuasa. rasa sayu pulak. tersa kerdil benar diri ni. hinanya saya, lemah dan tak berdayanya saya. ujian sekecil ini pun tak dapat saya lalui dengan gagah.
and hari ni, banyak pulaklah cerita saya dengar pasal kes-kes yang berlaku kat zc sejak kebelakangan ni. aduhai, sekarang zc pulak yang jadi aim 'orang tu'. siapalah orang tu. macam-macam kes sampai saya jadi semakin takut. tapi alhamdulillah, Allah ingatkan saya pada pesanan ummi. yakin dengan Dia, insya-Allah dilindungi selalu. semua tu makhluknya, dan Dia Maha Tahu segalanya. hhmm, betullah. bila fikir balik, tak siapa yang mampu mengatasi kuasaNya. jadi bergantunglah sepenuhnya pada Dia, Allah Yang Satu.
apapun, doakan kami di sini selamat dan sentiasa di bawah perlindunganNya insya-Allah. semoga malam-malam akan datang tak diselubungi ketakutan sebagaimana malam tadi. na'uzubillahiminzalik.
No comments:
Post a Comment