Alhamdulillah, selesai jugak exam computer 1 (ISM2112). huh, banyak jugak yang saya confuse tadi. hmm, mungkin sebab lupa nak baca doa before jawab tadi kot. masa cuma sejam, and saya duk risau tak sempat jawab habis. tapi alhamdulillah, sempat jugak akhirnya. thanks to Allah :)
malam tadi mardhiah (classmate) datang bilik stay-up sama-sama. tapi tak sampai pukul 2 pun. donut pun ada sekali. syukur sangat diorang ada, kalau tak terkontang-kantinglah saya sorang-sorang kat bilik. lepas malam yang saya tak dapat tidur lena tu, alhamdulillah semuanya bertambah baik. takdelah saya tidur dalam ketakutan macam malam tu. hmm, kalau dikira nikmat Allah pada saya amatlah banyak sampai tak terkiralah pada hakikatnya. ini baru yang saya sebut, yang saya tak sebut? subhanallah, masya-Allah, benarlah Allah Maha Agung. terasa kekuasaannya mengatasi segalanya. semua nikmat yang saya peroleh hari ni datang dari Dia. terima kasih Ya Allah kerana membenarkan hamba untuk merasai nikmat-nikmatMu ini. tak terkira banyaknya.
hahha tajuk entry macam serius, tapi isinya macam takde apa-apa. upss lupa nak bagitau, hari ni saya balik. after this, parents datang ambil saya dengan kakde (adik) kat uia pj ni and straight ke main campus uia gombak ambil abangnas. then terus balik kampung di pahang. malam ni ada kenduri. biasalah, Ramadhan kan dah nak menjelma. buatlah kenduri arwah sikit. semoga arwah nenek moyang semua tenang di sana. tak sabar rasanya menanti kehadiran bulan Ramadhan yang penuh keberkatan itu.
saya ingat lagi satu verse ni;
janganlah kita menjadi hamba kepada bulan Ramadhan (yakni cuma beramal baik dalam bulan Ramadhan), tetapi jadilah hamba Allah yang benar-benar istiqamah dalam beribadah.
kita ni kadang-kadang bulan Ramadhan je buat baik, bulan-bulan lain ambil ringan je hal-hal ibadah ni. kalau boleh tak naklah jadi hamba kepada bulan Ramadhan kan. so jom teruskan buat yang terbaik sebagai seorang khalifah. banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. bukan pada diri dan keluarga saja, tapi jugak pada agama.
akhir kata, saya panjatkan doa semoga Allah berkati kita semua insya-Allah. amin :)
subhanallah
No comments:
Post a Comment