saya ingat lagi dulu masa form 3, saya ada seorang kawan yang boleh dikatakan agak rapat sejak form 2. kat sini saya panggil dia bb jelah. kisah ni bermula dari satu prinsip yang kebetulannya kami pegang bersama. melihatkan pada masa tu ramai betul kawan-kawan yang ber'couple', kami dengan sukacitanya menubuhkan satu kelab persendirian yang namanya ANTI-COUPLE. hahha, pertubuhan tak rasmi. masa tu pun kami bukanlah matang sangat. hahha, nak tergelak pulak rasanya bila ingat balik detik comel ni.
kami 'ANTI-COUPLE' sahaja okey. not anti-love. hee.
ditakdirkan, kami jadi rakan sekelas cuma sampai form 3. masuk form 4, aliran kami dah lain. saya ambil aliran sains tulen, dia pulak ambil akaun. tambah lagi bila saya mula diberi tanggungjawab untuk pegang jawatan sebagai pengawas sekolah. hubungan kami mula renggang dan tak dapat nak jumpa selalu macam dulu.
as a friend, saya sayangkan bb. dia kawan yang baik and caring sangat. tapi pilihan hidup itu kepunyaan masing-masing. dia punya hak untuk pilih jalan hidupnya macamana. saya cuma mampu menasihati sebagai kawan. keputusan apapun berkaitan hidupnya tetap di tangannya dan Allah Maha Mengetahui.
islam tak pernah menghalang sesiapa pun untuk merasai apa itu cinta, tapi perlulah berlandaskan titik garis yang dah Allah tetapkan. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. hayatilah sifatNya yang Maha Agung ini.
balik pada kisah tadi..
kalau tak silap masa akhir form 4 atau awal form 5, dia datang dekat saya dan hulurkan coklat cadbury. saya pelik. dia cakap dekat saya "kite minta maaf". lagi saya pelik. untuk apa? bila saya tanya, dia cakap" kite couple". agak kaku saya pada mulanya. dia yang dulu membenci perkataan couple sekarang dengan sendiri bercouple. terkejut? mestilah. huhuu, sedih pun ada. prinsip yang kami pegang bersama suatu ketika dulu dah runtuh. dan puncanya, nak tahu apa? SMS. ingatlah, SMS sangatlah bahaya. dari situlah syaitan mula menjalankan misinya nak memusnahkan umat manusia.
saya terima coklatnya dengan ikhlas. tapi tak dapat dinafikan, hati saya sangat sayu. bukannya apa, saya terasa sayangnya dia melepaskan prinsip itu dan tinggalkannya dari hidup dia. prinsip tu penting untuk masa depan juga. saya dah buat apa yang patut. selebihnya terpulang pada dia. walau bagaimanapun, kami masih berkawan macam biasa. cuma tak memegang pada prinsip yang sama lagi. saya faham, cinta sukar ditolak tepi. tapi cinta juga berbahaya. ramai yang kecundang disebabkan cinta. na'uzibillahiminzalik.
itulah kisah semalam, dan hari ni.. bb masih ber'couple'. tapi bukan dengan orang yang sama, kali ni orang lain pula. once kita biasa dengan semua tu, kita akan jadi biasa. walaupun hal tu berdosa dilakukan. syaitan tu musuh yang nyata! mereka takkan mudah-mudah lepaskan mangsanya macam tu je. yang penting, mereka nak jatuhkan kita.
subhanallah :)
i love you friend. love you lillahita'ala. alangkah baiknya andai bb sedar semua ni. saya cuma mampu berdoa, semoga kesedaran itu sampai juga padanya satu hari nanti. tak lupa juga buat diri saya sendiri, semoga hati ini tetap kuat dan teguh di atas landasan yang hakiki insya-Allah dan kesedaran ini kekal dalam diri saya. wallahua'lam.
2 comments:
ERM...aku bersimpati...yamilalala.
terima kasih :)
takpelah, kita doakan semoga kawan-kawan kita semua termasuk diri kita sendiri dapat kesedaran selalu insya-Allah.
wallahua'lam.
Post a Comment