3/30/2012

DIA DATANG ADA MAKNA

Kelmarin, saya demam. Mulanya sakit tekak and batuk je. Tak sangka boleh sampai demam. Dah agak lama saya tak demam panas macam tu. Sampai urat-urat sendi semua rasa tak bermaya. Kepala pun sakit berdenyut-denyut. Mata pedih, lidah rasa payau, tekak sakit, badan lenguh-lenguh. Semuanya serba tak kena. Terbaring jelah jawabnya. Memang jarang sebenarnya saya jadi macam ni.


Tapi alhamdulillah, syukur sangat. Start semalam, keadaan saya dah bertambah baik sampai ke hari ni. Walaupun sakit kepala belum hilang, tapi alhamdulillah dah banyak yang berkurang.




Saya yakin, kesakitan ini datang membawa makna. DIA lebih tahu sebab dan musababnya. DIA susun ini semua pasti bersama hikmah yang tersendiri yang mungkin saya sendiri tak mampu menjangka. Biarlah sakit sebentar, jika benar dengan kesakitan ini dosa-dosa yang kian membiak dalam hati terhapus semua. Insya-Allah.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya.”
(Hadis riwayat Bukhari) 


HATI LEBIH KUAT BILA JANJI ALLAH MENYAPA, MEMUJUK :)
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita. Amin.

3/24/2012

THE PATH YOU CHOOSE TO CHOOSE

Just few days ago, i got this kind of great confusion regarding this major course i'm taking. As written in the previous post, hmm you could imagine it, i guess. But it's okay if you can't hehe. Wether it is actually really complicated, or i am the one who make it seem complicated. I'm not sure myself.


Tapi alhamdulillah, atas bantuan-Nya, saya mampu tenangkan diri dan kuatkan semangat yang hampir pudar ni kembali. Alhamdulillah juga, Allah beri saya kekuatan dan semangat lagi untuik memotivasi diri dan bangkit semula. Walaupun saya belum pasti apa lagi yang menanti di hadapan, saya tak boleh jadikan bayangan saya sendiri sebagai penghalang untuk saya berjaya. Saya kena terus kuat, biarpun yang menanti di hadapan mungkin lebih mencabar, lebih berat. Saya perlu untuk terus kuat. Supaya jihad ini kelak terlaksana. Insya-Allah, jihad yang bakal terlaksana kerana-Nya.


Ujian yang datang umpama surat dari Allah. Surat yang menyatakan kasih-Nya masih ada buat kita. Bahawa DIA masih mengasihi kita. Jika ingin merasai kemanisan kasih-Nya lebih dalam, balaslah surat itu dengan jawapan kesabaran. Terima dengan redha setiap yang terjadi. Muhasabah kembali, renung kembali. Mungkin ada yang terkurang dalam kita melaksanakan ibadah kepada-Nya. 




Wallahua'lam.


JALANMU MUNGKIN KELIHATAN SUKAR, TAPI INSYA-ALLAH AKAN MENJADI MUDAH JIKA KAMU YAKIN, 'DIA' ADA BERSAMA :)


ENGINEERING POSSIBLE. Insya-Allah.

3/07/2012

I'M NOT GIVING UP

Alhamdulillah, semester dua dah melepasi sebulan. Hari demi hari, macam-macam yang masuk dalam kepala. Digital logic design, circuit analysis, electronic circuit, dan tak lupa jugak subjek islamic yang insya-Allah jadi bekal kekuatan untuk kami lalui hari ni dan hari-hari mendatang.

Masuk tahun dua, memang rasa suka. Tapi kadang-kadang stress jugak. Hmm biasalah saya ni lambat pick-up. Kalau subjek yang mudah tu okeylah. Tapi ni semua susah. Eh tak tak senang insya-Allah heheh. Tapi tulah, faham fahamlah kan. Kalau saya yang lambat pick-up macam ni nak amik engineering, of courselah ada masa terdetik rasa diri macam tak layak duduk di posisi ni kan.

Being an engineering student is fantastic, for sure. It's fun and amazing as well. But i can't deny that i'm quite slow to be in here. I don't really meet that right qualification to be an engineering student. I feel lost. Rasa macam nak lari dari bidang ni. Tapi tak tau nak lari mana. Huhu.

I keep on feeling this way. I can't say that i'm in a calm mood when i'm not. I can't say i'm okey when i'm really really not. Maybe i looked alright, everything seems alright. But seriously, it's a NO. Something is not right. I'm not sure what, but i do feel it. Ya Allah, help me find my way. The right way where i could stay calm and steady.

I'm not saying that i'm giving up. I'm just feeling kinda lost. // (crying huhuk) T.T

Maryam, kepayahan yang maryam rasakan, itulah jihad yang perlu maryam laksanakan. Jihad itu bukan mudah, tapi boleh menjadi mudah dengan adanya keyakinan yang teguh pada Allah. Yakin, DIA sentiasa ada di sisi. Yakin, DIA teman paling setia pernah maryam punya. Jangan ada sedikit pun rasa ragu akan kehadiran-Nya di sisi. Maryam di sini, itu kehendak-Nya. Maryam sampai ke tahap ni, itu juga kehendak-Nya, takdir-Nya. Fikirkan kembali, betapa banyak yang telah maryam perolehi dengan adanya maryam di sini. DIA bawa maryam ke sini, sebab DIA tahu maryam mampu. Cuma maryam perlu tambahkan usaha, kuatkan semangat. Jangan biar jihad ini terhenti tanpa terlaksana. Ingat, maryam ada sahabat-sahabat, maryam ada ibu ayah, adik-beradik, yang semuanya sentiasa menyokong maryam. Fahamilah, insan-insan yang sentiasa menyokong ini, sebenarnya bukti kewujudan-Nya di sisi. Bukti DIA sentiasa nak maryam kuat hadapi apa pun. Biarlah rebah sebanyak mana pun, DIA sentiasa kirimkan insan-insan yang menyayangi maryam untuk hulurkan tangan dan bantu. Bermakna maryam masih punya mereka untuk kembali berdiri. Bukan bermakna maryam perlu sentiasa bergantung pada mereka. Mereka cuma hulurkan tangan, tapi kekuatan untuk bangun itu pada maryam sendiri. Kalau maryam kuat, semestinya maryam boleh. Sekali rebah tak bermakna maryam dah terus kalah. Maryam masih punya peluang. Perjalanan masih jauh, di sinilah, maryam perlu belajar menerima takdir-Nya, dan belajar untuk bangun dari rebah. Siapa tahu, akan datang suatu hari nanti maryam perlu kembali kekuatan hari ini. Yakinlah, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat maryam.

Don't judge engineering by it's subjects only, judge engineering by it's nature. Teruskan jihad-Mu, semoga berjaya :)

ENGINEERING POSSIBLE!