baru beberapa minit yang lepas, saya delete account facebook. mulanya mungkin susah nak buat keputusan nekad ni, tapi ada banyak dan terlalu banyak reason menyebabkan saya delete akaun facebook yang dulu bagi saya macam begitu berharga sekali. sekali fikir, mungkin sukar nak nampak keburukan facebook. tapi kalau awak fikir balik dalam-dalam, awak akan nampak betapa buruknya rupa facebook yang selama ni cuma bertopengkan keseronokan semata. saya benci facebook!
tau tak, masa nak deactivate akaun facebook tu sempat lagi facebook tayang muka kawan-kawan yang kononnya bakal rindukan saya. tengoklah gambar kat bawah ni. heh, facebook HIPOKRIT! tapi apapun, rindu pada kawan pasti akan wujud.. i can't deny it. hehheh.
yup, of courselah saya akan rindu semua kawan-kawan saya. tapi minta maaf, saya tak dapat teruskan lagi facebooking. terasa bersalah pada saudara-saudara saya yang sedang bersusah-payah menentang israel di luar sana sedangkan kita masih begitu enjoy dengan facebook.
maka hari ni saya nekad, facebook mesti dihapuskan.
lastly, deactivation succeeded. and i could feel something different, really different right after this image appear.
account deleted, FULLSTOP. hahha, sedih jugak mulanya.. tapi terasa kegembiraan tu lebih besar. at least, i've made something to prove how hate i am to 'bangsa israel laknatullah'. nak ubah on the spot dari semua segi macam susah, so buat jelah sikit-sikit. step by step, yang penting niat kena betul kerana Dia.. insya-Allah diberkati.
guess what, saya amat akui israel memang cerdik. sebab dah ramai umat islam yang tertipu dengan mereka, termasuklah saya. pendapat kita mungkin berbeza, tapi saya tak pernah membenci pendapat sesiapa apatah lagi mengutuk kawan-kawan lain yang masih menggunakan facebook. itu jauh sekali dari pemikiran saya. kawan tetap kawan, dan masih ada banyak cara untuk saya kekalkan hubungan dengan mereka selain melalui facebook. hehheh, minta maaf kawan-kawan. ada jodoh insya-Allah ketemu lagi. semoga semuanya dalam berkat dan redha Allah.
may Allah bless :)
2 comments:
good.
may Allah bless u..
huhu, sa;)
hee, thank you saaa.. =D
Post a Comment