12/19/2011

SELAMAT DATANG KE MAHALLAH AMINAH IIUM

Masa saya mula-mula dapat tawaran masuk uia gombak, saya rasa teruja sangat. Saya rasa macam nak tahu pasal semua benda. Pasal life kat sana, study, classes, friends, things can be done and vice versa, and yang paling saya rasa nak tahu adalah tentang mahallah/asrama yang akan saya duduki sepanjang saya di uia gombak. Bila tahu saya dapat mahallah aminah, saya rasa excited sangat. Orang kata mahallah aminah the best. But i know not all of them agree mahallah aminah is the best one. Ikut citarasa masing-masinglah kan. Ada yang suka bilik air dalam bilik je, ada jugak yang prefer bilik air kat luar. Tak perlu argue mengenai hal tu, tak penting. Yang penting masing-masing rasa selesa insya-Allah :)


Okey, post saya kali ni khas ditujukan untuk mereka yang teringin nak tahu sedikit sebanyak pasal mahallah aminah. Don't worry, saya takkan berleter kat sini sorang-sorang tanpa teman. Pictures are provided, so bolehlah korang tengok-tengok. Saya tahu ada yang tak baca pun apa saya tulis, tengok gambar je un dah cukup kan hehe.


SELAMAT DATANG :)


















Untuk pengetahuan awak semua, saya tak panggil bilik kami 'bilik', tapi saya panggil 'rumah'. Sebab setiap rumah kat mahallah aminah ada koridor untuk basuh baju and sidai kain, ada bilik air 2, ada 2 bilik (compartment), dan ruang tamu. Actually bukan ruang tamu pun, cuma ruang tu saya panggil ruang tamu. Saya yang declare ruang tamu. Haha, sedap sedap je. Home sweet home :P

Satu rumah 4 orang. 2 orang satu compartment/bilik. Tapi selesa insya-Allah, so jangan risau. Setiap rumah bersambung dengan rumah sebelah melalui bilik air. Maksudnya 2 bilik air untuk 8 oranglah. Jangan risau, tak berebut insya-Allah. Yang gambar cafe yang saya ada selitkan sekali tu semua gambar cafe mahallah aminah tau. Setakat ni, cafe mahallah aminah memuaskan. Student yang duduk mahallah lain pun suka datang cafe aminah. Maksudnya okeylah tu kan hihi. One more thing, saya paling suka persekitaran mahallah aminah. Seriously, cantik. Insya-Allah korang suka :)

KEPADA ASMA' SYAKIRAH/KAKDE/ADIK PEREMPUAN SAYA YANG DAPAT MAHALLAH AMINAH JUGAK, CONGRATS! :D

*Adik saya akan masuk untuk kemasukan semester 2 2011/2012 ni jugak insya-Allah. Dia pun dapat mahallah aminah jugak. Dahlah mahallah sama, majoring pun sama jugak. heheh.

p/s : oh ye, dulu saya pernah tulis setiap bilik ada satu mesin basuh. Kenyataan tu salah tau. Saya buat post tu masa saya tak masuk uia gombak lagi. Dengar-dengar orang cakap je. Kalau nak basuh baju, kena basuh sendirilah. Melainkan kalau sanggup turun tingkat bawah sekali untuk guna mesin basuh. Kalau duduk tingkat tinggi memang tklah rasanya. Macam saya hhe :)

4 comments:

Asma' said...

welll, tenkiu tenkiuss :O :D :)*feeling femes jap, hha*

Anonymous said...

aaa... this page is helping me to find out about Aminah Mahallah. since in the beginning of sepet I'll be student exchange @IIUM . thank you for the info ^^

Nurul'Ain Ali said...

Memg satu bilik kongsi dua org?

CIK M said...

anonymous >> wow glad to hear that. hope it benefits a lot ;)

'ain >> yup, satu bilik 2 orang. mahallah aminah je yg mcm ni, mahallah lain takde yg satu bilik 2 orang. semua satu bilik sorang. but don't worry, still comfortable insya-Allah dear hehe ;)