9/10/2013

FIRST OF NEW

Alhamdulillah, bangun pagi, terasa dingin dan sejuk. Nikmat Allah, pagi2 lagi dah dapat *senyum gembira

Semalam dapat berita sedih. Tapi pagi ni alhamdulillah, hati rasa lebih tenang dan damai. Untuk sedikit kekuatan ini, i can only thank Him. He wants me to learn, for a life, a life.

Jelas, Allah ingin menegur saya, mungkin kerana hati saya jauh dari mengingati Dia. Dia menguji bukan untuk menghukum, tapi untuk memanggil kita pulang ke pangkuanNya.

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, perlu yakin seyakinnya. Ujiannya terkadang menyakitkan, tapi jika tidak sakit, tak pulang pula kita padaNya. Sakit yang Dia beri sementara, untuk bawa kita pada jalan redhaNya, pada penghujung bahagia yang nyata dan bukan lagi sementara. Tapi sebelum tu, Dia mahu hamba-hambaNya sabar dan kuat. Dia tahu bukan mudah, payah. Dia tahu itu lebih dari kita. Sebab tu ganjaran di penghujung jalan itu besar, lebih besar dari mewahnya duniawi.

Pilihan kita, kesan untung rugi bukan pada Dia, tapi pada kita. Dia mahu kita pulang padaNya, mohon kekuatan dari Dia, supaya kita lebih dekat dengan bahagia, tidak pernah Dia uji untuk kelebihan Dia. Sentiasa untuk hambaNya. Allah.

Jangan ego melihat hikmah di sebalik rasa sakit. Bukan ia bersembunyi, tapi mungkin disembunyi oleh rasa ego dan sakit. Bukalah hatimu, kamu akan lihat besarnya kasih sayang Dia, kamu akan sedar, Dia sentiasa inginkan bahagia semata buatmu, bahagia yang kamu rasa dalam sakit dan tawa, bahagia insan yang dijanjikan syurga.

Bersangka baik, itu salah satu kunci bahagia ke arah Dia.

Ya Allah, letakkanlah dunia di tangan kami, jangan Kau letakkan di hati kami. Amin.