saya lihat anak muda sekarang (termasuk saya), kurang terjaga peribadinya. kadang-kadang saya jadi gerun, beginikah bakal pasangan saya kelak? tapi saya yakin, Allah janjikan pasangan yang baik untuk mereka yang baik. jadi insya-Allah, saya masih punya masa untuk didik diri saya dan teguhkan pendirian saya.
JAGA MARUAH DIRI
supaya bakal pasangan pun seorang yang terjaga maruah dirinya. jangan begitu mudah membiar orang lelaki menganggap kita mudah. bukan sebab tak nak dianggap mudah, tapi sebab nak jaga cinta pada Allah dan hak bakal pasangan. jaga budi bicara, pergaulan sesama kawan yang berlainan jantina, mesej, isi perbualan, aurat. semuanya perlu dijaga. kalau kita inginkan bakal pasangan yang sebegitu, cuba jadikan diri kita begitu dulu. peribadi pasangan itu bergantung pada peribadi kita. sekarang saya dah faham maksud ayat itu. insya-Allah, saya akan cuba jaga. heh heh, banyak lagi nak kena ubah ni. sangat banyak!
JAGA SOLAT
sebagaimana yng kita taulah kan. solat 5 waktu jangan sesekali tinggal. jujur saya katakan, yang paling susah nak jaga adalah solat subuh. suuuuusah sangat. memang kena kuat. solat yang lain insya-Allah semua boleh jaga kan. tapi solat subuh, susah mana pun tetap tak boleh tinggal. manusia, takkan lepas dari melakukan kesilapan. so it's time for us to train ourselves to be tough. tapi susah untuk dinafikan, memang sangat susah. huhu. takpe, kita cuba yang terbaik. cuba perbaiki solat hari demi hari. harapnya esok lebih baik dari hari ni kan. hehe. sebagai perempuan, siapalah yang nak suami yang bangun subuh lewat kan. so kalau tak nak, kenalah diri sendiri jaga dulu (sila ingat ini maryam!). suami yang mampu bangun solat subuh di masjid insya-Allah adalah suami yang mampu membimbing dengan baik. macam ayah saya. maryam bangga dengan walid, dan maryam akan cuba jadi macam walid dan umi. a tough person! insya-Allah. hhe.
JAGA HAK BAKAL PASANGAN
kita kalau boleh mestilah nak hak kita sebagai future-wife of someone terjaga kan. jadi cuba kita fahamkan, kita nak orang jaga hak kita mestilah kita pun kena jaga hak orang. di situlah tercipta berkatNya untuk kita bina sebuah masjid yang kukuh dan indah insya-Allah. jangan hanya mengidamkan nak yang baik tapi tak usaha untuk jadi yang baik. Allah akan tetapkan jodoh kita sebagaimana diri kita. kalau sebelum ni kita dah pernah buat silap, merilah kita sama-sama menginsafinya. Allah kan Maha Penerima Taubat. kita cuba untuk tak mengulanginya lagi ye. insya-Allah, dengan usaha dan doa, kita akan dapat yang terbaik untuk diri kita. kita jaga hak bakal suami, bakal suami pun akan jaga hak kita. kita jaga maruah diri, bakal suami pun akan jaga maruah diri. insya-Allah. DIA Maha Tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. buat yang dah mempunyai pasangan, cuba terima kekurangan diri masing-masing. kalau perlu diperbetulkan, bincang baik-baik. jangan pendam, bahaya untuk masa akan datang.
along this training period, i hope that i can train myself well. insya-Allah.
may Allah bless :)