4/02/2012

CIKGU MAZNAH, JASAMU INSYA-ALLAH KU KENANG

Sabtu baru ni, saya dengan family pulang ke kampung. Tak semua pun family members yang balik, cuma saya, kaksa, umi dan walid. Ada dua pupu saya kahwin.


Masa di kampung, saya dapat berita sedih. Cikgu maznah dah takde. Arwah cikgu meninggal dunia beberapa hari yang lepas akibat kencing manis. Hati saya dijentik rasa sayu bila dengar berita yang tak disangka tu. Sedih, mengenangkan banyaknya jasa cikgu pada saya. Mengenangkan betapa eratnya hubungan kami suatu ketika dulu. Tapi semuanya dah berlalu. Perasaan saya waktu tu, pilu :'(


Saya ingat lagi suatu ketika dulu, saya pulang dari mesir ketika umur saya dah cecah 7 tahun. Saya masuk darjah satu lewat daripada kawan-kawan yang lain. Walaupun masa kat mesir, saya sempat juga bersekolah, tapi of courselah lain kan. Mana ada belajar mengeja bahasa melayu apa semua. Semua in arabic. So bila balik malaysia, masuk darjah satu, saya agak ketinggalan. Waktu ni saya tak pindah selangor lagi. Saya sekolah rendah di pahang sampai darjah 4 then pindah ke sekolah rendah sungai pusu di gombak. Balik pada cerita tadi, kawan-kawan yang lain semua dah pandai mengeja, saya je belum. Terkapai-kapailah saya nak kejar diorang. Dan guru kelas kami waktu tu, cikgu maznah. Cikgulah yang bertungkus-lumus ajar saya mengeja. Sampai kadang-kadang, cikgu sanggup stay kat sekolah sampai lewat petang sebab nak ajar saya mengeja. Saya masih ingat dengan jelas bagaimana cikgu dengan bersungguh-sungguhnya mengajar saya, nak bagi saya pandai mengeja macam orang lain. Tumpuan cikgu pun diberikan lebih sikit pada saya. Subhanallah, kuatnya semangat cikgu nak mendidik saya. Cikgu ajar sampailah saya laju mengeja dan membaca. Sampailah saya mampu belajar macam orang lain. Sebak bila ingat balik besarnya jasa cikgu. Sejak saya masuk sekolah tu, sampailah sebelum saya pindah ke gombak, saya dengan kawan-kawan yang lain memang rapat dengan cikgu maznah. Rumah cikgu betul-betul next to the school field. Petang-petang, kadang-kadang cikgu buat kelas tambahan. Kami pergi belajar kat rumah cikgu je. Kadang-kadang sembang-sembang, makan sekali, macam kawan dah pulak. Tapi hakikatnya, semua tu dah berlalu. Pergi bersama waktu yang takkan mampu diulang kembali. *Sebak huhuk


Mak saudara saya cakap, arwah cikgu dah lama menghidap kencing manis. Saya pun memang dah tau dia kencing manis dari dulu. Pernah jugak ingat nak ziarah, tapi arwah cikgu tinggal agak jauh. Dah lama jugak dia pindah dari rumah tepi padang tu. Kata mak saudara saya, lepas arwah kena potong kaki sebelum ni pun, dia masih pergi mengajar lagi. Tapi pakai kerusi roda. Ya Allah, kuatnya semangat cikgu nak mendidik anak bangsa. Terkedu saya dengar cerita tu. Tersentuh hati saya, gagahnya cikgu.


Memang hakikatnya saya sedih dengan berita pemergian cikgu, tapi hati saya terpujuk bila teringat balik kata-kata Rasulullah S.A.W :
“Apabila seseorang anak Adam itu mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara: Sedekah jariah yang sentiasa mengalir pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan orang lain, doa anak yang soleh”
(Riwayat Muslim)


Mengeja memang benda yang sangat basic, sangat simple pada kita. Dan dari mengejalah kita belajar lebih banyak, belajar lebih dalam tentang sesuatu. Jadi saya yakin, pahala cikgu akan sentiasa mengalir walaupun cikgu dah pergi buat selamanya. Apa yang cikgu ajarkan pada saya sebelum ni, lihatlah, alhamdulillah masih dapat saya amalkan dalam kehidupan seharian, insya-Allah. Dalam sehari, tak sah kalau kita takde baca apa-apa langsung kan. Insya-Allah.


Semoga cikgu tenang di sana. Selamat tinggal cikgu. With full of love, lillahita'ala.

3/30/2012

DIA DATANG ADA MAKNA

Kelmarin, saya demam. Mulanya sakit tekak and batuk je. Tak sangka boleh sampai demam. Dah agak lama saya tak demam panas macam tu. Sampai urat-urat sendi semua rasa tak bermaya. Kepala pun sakit berdenyut-denyut. Mata pedih, lidah rasa payau, tekak sakit, badan lenguh-lenguh. Semuanya serba tak kena. Terbaring jelah jawabnya. Memang jarang sebenarnya saya jadi macam ni.


Tapi alhamdulillah, syukur sangat. Start semalam, keadaan saya dah bertambah baik sampai ke hari ni. Walaupun sakit kepala belum hilang, tapi alhamdulillah dah banyak yang berkurang.




Saya yakin, kesakitan ini datang membawa makna. DIA lebih tahu sebab dan musababnya. DIA susun ini semua pasti bersama hikmah yang tersendiri yang mungkin saya sendiri tak mampu menjangka. Biarlah sakit sebentar, jika benar dengan kesakitan ini dosa-dosa yang kian membiak dalam hati terhapus semua. Insya-Allah.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya.”
(Hadis riwayat Bukhari) 


HATI LEBIH KUAT BILA JANJI ALLAH MENYAPA, MEMUJUK :)
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita. Amin.

3/24/2012

THE PATH YOU CHOOSE TO CHOOSE

Just few days ago, i got this kind of great confusion regarding this major course i'm taking. As written in the previous post, hmm you could imagine it, i guess. But it's okay if you can't hehe. Wether it is actually really complicated, or i am the one who make it seem complicated. I'm not sure myself.


Tapi alhamdulillah, atas bantuan-Nya, saya mampu tenangkan diri dan kuatkan semangat yang hampir pudar ni kembali. Alhamdulillah juga, Allah beri saya kekuatan dan semangat lagi untuik memotivasi diri dan bangkit semula. Walaupun saya belum pasti apa lagi yang menanti di hadapan, saya tak boleh jadikan bayangan saya sendiri sebagai penghalang untuk saya berjaya. Saya kena terus kuat, biarpun yang menanti di hadapan mungkin lebih mencabar, lebih berat. Saya perlu untuk terus kuat. Supaya jihad ini kelak terlaksana. Insya-Allah, jihad yang bakal terlaksana kerana-Nya.


Ujian yang datang umpama surat dari Allah. Surat yang menyatakan kasih-Nya masih ada buat kita. Bahawa DIA masih mengasihi kita. Jika ingin merasai kemanisan kasih-Nya lebih dalam, balaslah surat itu dengan jawapan kesabaran. Terima dengan redha setiap yang terjadi. Muhasabah kembali, renung kembali. Mungkin ada yang terkurang dalam kita melaksanakan ibadah kepada-Nya. 




Wallahua'lam.


JALANMU MUNGKIN KELIHATAN SUKAR, TAPI INSYA-ALLAH AKAN MENJADI MUDAH JIKA KAMU YAKIN, 'DIA' ADA BERSAMA :)


ENGINEERING POSSIBLE. Insya-Allah.

3/07/2012

I'M NOT GIVING UP

Alhamdulillah, semester dua dah melepasi sebulan. Hari demi hari, macam-macam yang masuk dalam kepala. Digital logic design, circuit analysis, electronic circuit, dan tak lupa jugak subjek islamic yang insya-Allah jadi bekal kekuatan untuk kami lalui hari ni dan hari-hari mendatang.

Masuk tahun dua, memang rasa suka. Tapi kadang-kadang stress jugak. Hmm biasalah saya ni lambat pick-up. Kalau subjek yang mudah tu okeylah. Tapi ni semua susah. Eh tak tak senang insya-Allah heheh. Tapi tulah, faham fahamlah kan. Kalau saya yang lambat pick-up macam ni nak amik engineering, of courselah ada masa terdetik rasa diri macam tak layak duduk di posisi ni kan.

Being an engineering student is fantastic, for sure. It's fun and amazing as well. But i can't deny that i'm quite slow to be in here. I don't really meet that right qualification to be an engineering student. I feel lost. Rasa macam nak lari dari bidang ni. Tapi tak tau nak lari mana. Huhu.

I keep on feeling this way. I can't say that i'm in a calm mood when i'm not. I can't say i'm okey when i'm really really not. Maybe i looked alright, everything seems alright. But seriously, it's a NO. Something is not right. I'm not sure what, but i do feel it. Ya Allah, help me find my way. The right way where i could stay calm and steady.

I'm not saying that i'm giving up. I'm just feeling kinda lost. // (crying huhuk) T.T

Maryam, kepayahan yang maryam rasakan, itulah jihad yang perlu maryam laksanakan. Jihad itu bukan mudah, tapi boleh menjadi mudah dengan adanya keyakinan yang teguh pada Allah. Yakin, DIA sentiasa ada di sisi. Yakin, DIA teman paling setia pernah maryam punya. Jangan ada sedikit pun rasa ragu akan kehadiran-Nya di sisi. Maryam di sini, itu kehendak-Nya. Maryam sampai ke tahap ni, itu juga kehendak-Nya, takdir-Nya. Fikirkan kembali, betapa banyak yang telah maryam perolehi dengan adanya maryam di sini. DIA bawa maryam ke sini, sebab DIA tahu maryam mampu. Cuma maryam perlu tambahkan usaha, kuatkan semangat. Jangan biar jihad ini terhenti tanpa terlaksana. Ingat, maryam ada sahabat-sahabat, maryam ada ibu ayah, adik-beradik, yang semuanya sentiasa menyokong maryam. Fahamilah, insan-insan yang sentiasa menyokong ini, sebenarnya bukti kewujudan-Nya di sisi. Bukti DIA sentiasa nak maryam kuat hadapi apa pun. Biarlah rebah sebanyak mana pun, DIA sentiasa kirimkan insan-insan yang menyayangi maryam untuk hulurkan tangan dan bantu. Bermakna maryam masih punya mereka untuk kembali berdiri. Bukan bermakna maryam perlu sentiasa bergantung pada mereka. Mereka cuma hulurkan tangan, tapi kekuatan untuk bangun itu pada maryam sendiri. Kalau maryam kuat, semestinya maryam boleh. Sekali rebah tak bermakna maryam dah terus kalah. Maryam masih punya peluang. Perjalanan masih jauh, di sinilah, maryam perlu belajar menerima takdir-Nya, dan belajar untuk bangun dari rebah. Siapa tahu, akan datang suatu hari nanti maryam perlu kembali kekuatan hari ini. Yakinlah, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat maryam.

Don't judge engineering by it's subjects only, judge engineering by it's nature. Teruskan jihad-Mu, semoga berjaya :)

ENGINEERING POSSIBLE!

1/08/2012

I WISH I COULD

Kalaulah andai kata satu hari nanti saya dah ada someone special yang saya yakin untuk jadikannya pasangan hidup insya-Allah, kalau boleh saya nak parents saya jadi yang pertama sekali tahu. I want them to be treated specially. I want them to know how special they are to make me do so. Insya-Allah, mereka akan jadi yang pertama tahu. Saya akan cuba.


I could feel you hurt when your child told you this important matter after they've told others. When you should be the first one, you become the last one. I don't want that. Hopefully, i could make this one special wish come true. Of course, with HIS Will. Insya-Allah.


AND ONLY IF I COULD FIND ONE HIHI.
Bukan sekaranglah, akan datang insya-Allah.

12/23/2011

LIFE VERSUS TIME

School and university are different.




Not totally different, but mostly different.




Before this, i used to think i have so many good friends by my side. I used to feel so grateful for having them all. I used to feel they all can acept me well. And i expect that it would be the same until i reach university.




Yes it's true, my friends are all good. Not just my friends, but also anyone else around me.





But life sure change time by time.




Now i'm in university, i have met so many different kind of people. For just one year, i met them. I thought, what about three more years waiting? What kind of people will i meet? What kind of them?




Some think that people around them do not satisfy them. But who knows, one day they will meet even worse person. Oh yes, we used to be ungrateful of what we have right now. We expect this is the worst one we would ever face in life ignoring our future's not-clear-calling. We used to think that way, don't we?
If you ask me, i will answer 'Yes, i do'.




ONE DAY, I WAS SO DEPRESSED ON SOME UNEXPECTED SITUATION. I WAS SO SAD THAT I REALLY WANT TO CRY. THEN MY FRIEND ASK GENTLELY, 
'WHAT DO YOU THINK OUR PROPHET RASULULLAH WOULD SAY IF HE IS HERE WITH US?' 
IT'S A SHORT QUESTION, BUT REALLY STAB MY BRAIN ON SPOT. OF COURSE, HE WOULD HOPE US TO BE PATIENT AND STRONG, TO TRUST IN ALLAH.
I CAN'T DENY THAT MY HEART CRY IMAGINING HIM HERE BY MY SIDE. IT WOULD BE A GREAT HAPPINESS IF I COULD MEET HIM EVEN JUST FOR A WHILE IN MY DREAM. THANKS TO MY FRIEND, FOR MADE ME ABLE TO THINK AGAIN. THANK YOU SO MUCH (:




So friends, let's try not to be so not satisfy of what situation we are facing and what we have right now as we can't expect what future might do. And also let's prepare ourselves for a tougher situation coming. This test right now, is His way to make us even stronger person. Insya-Allah. Don't just blame others beside us, blame ourselves. Try not to be so negative about others, insya-Allah we will get a good return from others as well. Be positive, be prepared, be amenable for the right things despite our egoes are threatened, be motivated, be patient even it really really hurts (i do know this one might be quite hard), be gentle to our own feeling, and be grateful of anything everything around us. A grateful slave of Him, The Almighty One.





HEH, I'M NOT SURE WHAT I'M WRITING. WHAT I FEEL, I JUST WRITE THEM OUT.

12/19/2011

SELAMAT DATANG KE MAHALLAH AMINAH IIUM

Masa saya mula-mula dapat tawaran masuk uia gombak, saya rasa teruja sangat. Saya rasa macam nak tahu pasal semua benda. Pasal life kat sana, study, classes, friends, things can be done and vice versa, and yang paling saya rasa nak tahu adalah tentang mahallah/asrama yang akan saya duduki sepanjang saya di uia gombak. Bila tahu saya dapat mahallah aminah, saya rasa excited sangat. Orang kata mahallah aminah the best. But i know not all of them agree mahallah aminah is the best one. Ikut citarasa masing-masinglah kan. Ada yang suka bilik air dalam bilik je, ada jugak yang prefer bilik air kat luar. Tak perlu argue mengenai hal tu, tak penting. Yang penting masing-masing rasa selesa insya-Allah :)


Okey, post saya kali ni khas ditujukan untuk mereka yang teringin nak tahu sedikit sebanyak pasal mahallah aminah. Don't worry, saya takkan berleter kat sini sorang-sorang tanpa teman. Pictures are provided, so bolehlah korang tengok-tengok. Saya tahu ada yang tak baca pun apa saya tulis, tengok gambar je un dah cukup kan hehe.


SELAMAT DATANG :)


















Untuk pengetahuan awak semua, saya tak panggil bilik kami 'bilik', tapi saya panggil 'rumah'. Sebab setiap rumah kat mahallah aminah ada koridor untuk basuh baju and sidai kain, ada bilik air 2, ada 2 bilik (compartment), dan ruang tamu. Actually bukan ruang tamu pun, cuma ruang tu saya panggil ruang tamu. Saya yang declare ruang tamu. Haha, sedap sedap je. Home sweet home :P

Satu rumah 4 orang. 2 orang satu compartment/bilik. Tapi selesa insya-Allah, so jangan risau. Setiap rumah bersambung dengan rumah sebelah melalui bilik air. Maksudnya 2 bilik air untuk 8 oranglah. Jangan risau, tak berebut insya-Allah. Yang gambar cafe yang saya ada selitkan sekali tu semua gambar cafe mahallah aminah tau. Setakat ni, cafe mahallah aminah memuaskan. Student yang duduk mahallah lain pun suka datang cafe aminah. Maksudnya okeylah tu kan hihi. One more thing, saya paling suka persekitaran mahallah aminah. Seriously, cantik. Insya-Allah korang suka :)

KEPADA ASMA' SYAKIRAH/KAKDE/ADIK PEREMPUAN SAYA YANG DAPAT MAHALLAH AMINAH JUGAK, CONGRATS! :D

*Adik saya akan masuk untuk kemasukan semester 2 2011/2012 ni jugak insya-Allah. Dia pun dapat mahallah aminah jugak. Dahlah mahallah sama, majoring pun sama jugak. heheh.

p/s : oh ye, dulu saya pernah tulis setiap bilik ada satu mesin basuh. Kenyataan tu salah tau. Saya buat post tu masa saya tak masuk uia gombak lagi. Dengar-dengar orang cakap je. Kalau nak basuh baju, kena basuh sendirilah. Melainkan kalau sanggup turun tingkat bawah sekali untuk guna mesin basuh. Kalau duduk tingkat tinggi memang tklah rasanya. Macam saya hhe :)

12/17/2011

OH PLEASE


BE STRONG MARYAM, BE STRONG!



SOMETHING REALLY IS NOT RIGHT :(

11/27/2011

PERIBADIKU DAN PERIBADIMU


“.. bagi yang belum berkahwin, usahlah cemari rumah tanggamu nanti dengan maksiat. Sebelum berkahwin, jodoh untukmu adalah pilihan. Pilihan tentang sesusuk peribadi dan akhlak yang akan mendampingimu. Nama si dia telah pun tercatat di lohmahfuz untukmu. Namun peribadinya ditentukan oleh peribadimu. Allah akan menjadikannya kufu pada kebiasaannya. Namun, tidak semua. Jika kau mengimpikan peribadinya soleh, soleh dan solehkanlah dirimu.”

Oleh : Fatimah Syarha

Saya mengimpikan bakal suami yang soleh, jadi saya perlu menjadi solehah.
Saya mengimpikan bakal suami yang menjaga kehormatan dirinya, jadi saya perlu menjaga kehormatan diri saya.
Saya mengimpikan bakal suami yang jujur, jadi saya perlu menjadi jujur.
..............................

Ye, hakikatnya banyak yang kita sering impikan dari bakal suami kita kelak. Baik, bagus, jujur, tepati janji dan sebagainya. Tapi kita lupa untuk membentuk peribadi tersebut pada diri kita sendiri terlebih dahulu.

Saya tak bermaksud kita perlu jaga kehormatan diri 'semata-mata' kerana menginginkan suami yang menjaga kehormatannya juga. Bukan jugak menjadi solehah 'semata-mata' kerana inginkan suami yang soleh. Tak, bukan begitu maksud saya. Sebab untuk kita berada di jalan yang baik dah tentulah pertama-tamanya kerana Allah. Kerana kita nakkan keredhaan-Nya. 'Sebab' yang cuba saya sampaikan tak tertakluk kepada kerana inginkan yang sebegitu juga sahaja. Cuma, itu salah satunya. Salah satu cara juga untuk kita membentuk sesuatu yang baik dalam diri kita. Bermakna kita bukan sekadar mencari yang sebegitu, tapi juga menjadi. Insya-Allah, DIA akan kurniakan yang terbaik yang sekufu dengan kita dan cara pemikiran kita. Insya-Allah.

JADI, MARYAM KENA BENTUK KEBAIKAN YANG MARYAM IMPIKAN DARI SESEORANG ITU DALAM DIRI MARYAM. INSYA-ALLAH PERIBADINYA AKAN BAIK SEBAGAIMANA YANG MARYAM IMPIKAN. BAGAIMANAPUN, JIKA PERIBADINYA SEDIKIT LAIN DARI YANG MARYAM IMPIAN SEKARANG, JANGAN LUPA UNTUK TETAP BERTERIMA KASIH PADA-NYA. DIA LEBIH TAHU PERIBADI BAGAIMANA YANG TERBAIK UNTUK MARYAM, PERIBADI BAGAIMANA YANG MAMPU BERADA DI SAMPING MARYAM SAMPAI KE AKHIR HAYAT MARYAM, DIA LEBIH TAHU. YANG PENTING, MARYAM USAHA, BERDOA, DAN TAWAKKAL SETELAH MARYAM CUBA YANG TERBAIK. KITA CUMA MERANCANG, YANG MENENTUKAN CUMA ALLAH SWT. PERCAYA DENGANNYA, YAKIN DENGANNYA. YANG TERBAIK UNTUK MARYAM INSYA-ALLAH ADA.

Insya-Allah, dan terima kasih :)

Semoga kita kuat hadapi arus kehidupan yang semakin hari semakin menduga iman kita, amin insya-Allah :)

MARI KITA CUBA UNTUK 'MENJADI' TERLEBIH DULU, INSYA-ALLAH PENCARIAN BERHASIL HEHE :P

11/24/2011

NEWS AFTER MID-BREAK

Minggu ni dah masuk minggu kedua lepas mid-break. Ada banyak rasanya nak story. Hehe.

RESULT MID-TERM EXAM Sedih nak cakap, tapi teruk jugaklah. Paling teruk rasanya calculus2-lah. Sampai saya rasa nak drop. Alamak, tapi kena bayar 500 pulak. Huhu. Paling tinggi antara dynamic, calculus2 and electronic nampaknya jatuh kepada electronic. Heheh, walaupun saya rasa actually electronic pun taklah bagus mana pun. Overall semua pun teruklah huhuk. Hmm, it's okay maryam, quiz masih ada, final exam masih ada. So insya-Allah, i'll try my best until the end. I mean, until the end of this semester. Hopefully takde yang kena repeat. Amin. Amin.

CUACA Start minggu ni saya rasa cuaca macam kurang menentu. Ada masa pagi hujan, ada masa panas. Ada masa petang terik, ada masa hujan, ada masa berangin. Malam pun lebih kurang macam tu. Kurang menentu. So kena sentiasa bawa payung bersama, tak kira ke mana. Dahlah payung saya hilang. Untuk sem ni, ni dah masuk kali kedua payung saya hilang. Selalu masalah misplaced. Careless betul kamu ni maryam. Okey, balik pada kes cuaca. Untuk hari ni, saya perasan sejak pagi lagi berangin kuat sangat. Saya tengok awan, kadang-kadang macam nak hujan, kadang macam cerah elok je. Sekarang, saya tengok macam nak hujan pulak. Tapi tadi dah hujan rintik-rintik. Rasanya nak hujan dah ni. Tapi tengahari tadi sampai pukul 3.30 centu panas terik jugaklah. Sampai terasa bahangnya masa jalan nak pergi engin tadi. Okey, rasanya cukuplah sampai sini dulu berita cuaca dari orang yang takde ilmu pasal cuaca apa semua ni. Hihi.

CAFE Jumaat lepas ada pegawai kesihatan datang cafe mahallah aminah. Tak taulah mungkin ada masalah kebersihan ke apa, cafe mahallah aminah kena tutup seminggu lebih kurang. So masa balik dari rumah tu, umi bekalkan banyak jugaklah makanan. Risau umi, takut saya tak cukup makan. Sayang umi walid hhe. Ok ok, back to the original story. Bila cafe tutup, rasa sunyi pulak perkarangan mahallah aminah. Biasanya tengahari dan petang ramai je orang lalu-lalang. Tapi bila cafe tutup, terasa lainnya. Kalau malam apatah lagi. Sampai takut pulak saya nak turun dibuatnya hehe. So disebabkan cafe tutup, kitorang kena pandai-pandailah cari makanan sendiri. Makan kat kuliyyah masing-masing ke, kat HS ke, eVoke ke, takpun kat mana-manalah. Dengar cerita banyak jugak cafe mahallah lain kena tutup. Takpe takpe, kita anggap ada hikmahnya. Semoga lepas ni diorang lebh menjaga kebersihan cafe supaya kita semua sihat insyA-Allah :)

KESIHATAN SAYA Hmm, alhamdulillah nampaknya kesihatan saya kurang baik minggu ni. Mungkin berpunca dari pecah mulut/ulser yang banyak dalam mulut ni. Mulanya satu je, then jadi banyak. Bila banyak mestilah terasa sakit sampai ke tekak. Sengal-sengal badanlah, peninglah, takde mood. Heheh, macam-macam pulak. Takpe maryam, itu semua untuk kebaikan maryam insya-Allah. Kalau maryam bersyukur dengan ujian ni, insya-Allah Allah ampunkan dosa-dosa maryam. Baiklah hihi, pujuk diri sendiri.

Rasa macam nak cerita banyak lagi, tapi rasanya setakat ni cukup sampai sini dululah. At least saya dah luahkan apa yang saya nak. Terima kasih blog SWEET LEMON TEA. Terima kasih jugak readers, kalau adalah hihi.

Okey, assalamu'alaikum warahmatullah :)