11/27/2011

PERIBADIKU DAN PERIBADIMU


“.. bagi yang belum berkahwin, usahlah cemari rumah tanggamu nanti dengan maksiat. Sebelum berkahwin, jodoh untukmu adalah pilihan. Pilihan tentang sesusuk peribadi dan akhlak yang akan mendampingimu. Nama si dia telah pun tercatat di lohmahfuz untukmu. Namun peribadinya ditentukan oleh peribadimu. Allah akan menjadikannya kufu pada kebiasaannya. Namun, tidak semua. Jika kau mengimpikan peribadinya soleh, soleh dan solehkanlah dirimu.”

Oleh : Fatimah Syarha

Saya mengimpikan bakal suami yang soleh, jadi saya perlu menjadi solehah.
Saya mengimpikan bakal suami yang menjaga kehormatan dirinya, jadi saya perlu menjaga kehormatan diri saya.
Saya mengimpikan bakal suami yang jujur, jadi saya perlu menjadi jujur.
..............................

Ye, hakikatnya banyak yang kita sering impikan dari bakal suami kita kelak. Baik, bagus, jujur, tepati janji dan sebagainya. Tapi kita lupa untuk membentuk peribadi tersebut pada diri kita sendiri terlebih dahulu.

Saya tak bermaksud kita perlu jaga kehormatan diri 'semata-mata' kerana menginginkan suami yang menjaga kehormatannya juga. Bukan jugak menjadi solehah 'semata-mata' kerana inginkan suami yang soleh. Tak, bukan begitu maksud saya. Sebab untuk kita berada di jalan yang baik dah tentulah pertama-tamanya kerana Allah. Kerana kita nakkan keredhaan-Nya. 'Sebab' yang cuba saya sampaikan tak tertakluk kepada kerana inginkan yang sebegitu juga sahaja. Cuma, itu salah satunya. Salah satu cara juga untuk kita membentuk sesuatu yang baik dalam diri kita. Bermakna kita bukan sekadar mencari yang sebegitu, tapi juga menjadi. Insya-Allah, DIA akan kurniakan yang terbaik yang sekufu dengan kita dan cara pemikiran kita. Insya-Allah.

JADI, MARYAM KENA BENTUK KEBAIKAN YANG MARYAM IMPIKAN DARI SESEORANG ITU DALAM DIRI MARYAM. INSYA-ALLAH PERIBADINYA AKAN BAIK SEBAGAIMANA YANG MARYAM IMPIKAN. BAGAIMANAPUN, JIKA PERIBADINYA SEDIKIT LAIN DARI YANG MARYAM IMPIAN SEKARANG, JANGAN LUPA UNTUK TETAP BERTERIMA KASIH PADA-NYA. DIA LEBIH TAHU PERIBADI BAGAIMANA YANG TERBAIK UNTUK MARYAM, PERIBADI BAGAIMANA YANG MAMPU BERADA DI SAMPING MARYAM SAMPAI KE AKHIR HAYAT MARYAM, DIA LEBIH TAHU. YANG PENTING, MARYAM USAHA, BERDOA, DAN TAWAKKAL SETELAH MARYAM CUBA YANG TERBAIK. KITA CUMA MERANCANG, YANG MENENTUKAN CUMA ALLAH SWT. PERCAYA DENGANNYA, YAKIN DENGANNYA. YANG TERBAIK UNTUK MARYAM INSYA-ALLAH ADA.

Insya-Allah, dan terima kasih :)

Semoga kita kuat hadapi arus kehidupan yang semakin hari semakin menduga iman kita, amin insya-Allah :)

MARI KITA CUBA UNTUK 'MENJADI' TERLEBIH DULU, INSYA-ALLAH PENCARIAN BERHASIL HEHE :P

2 comments:

.huda. said...

awakkkk, kte pon nakkk jadi baikkkk. huhuhuhu

kte pon nak suami yang solehh:))
tapi kte pon xbetuuul lagiiii
huhuhu

CIK M said...

biasalah tu huda, siapa tak impikan yang baik kan. takpe, masih ada masa untuk kita cuba yang terbaik.

oh btw, kte pun tak betul jugak lagi hhe :P