Minggu ni dah masuk minggu kedua lepas mid-break. Ada banyak rasanya nak story. Hehe.
RESULT MID-TERM EXAM Sedih nak cakap, tapi teruk jugaklah. Paling teruk rasanya calculus2-lah. Sampai saya rasa nak drop. Alamak, tapi kena bayar 500 pulak. Huhu. Paling tinggi antara dynamic, calculus2 and electronic nampaknya jatuh kepada electronic. Heheh, walaupun saya rasa actually electronic pun taklah bagus mana pun. Overall semua pun teruklah huhuk. Hmm, it's okay maryam, quiz masih ada, final exam masih ada. So insya-Allah, i'll try my best until the end. I mean, until the end of this semester. Hopefully takde yang kena repeat. Amin. Amin.
CUACA Start minggu ni saya rasa cuaca macam kurang menentu. Ada masa pagi hujan, ada masa panas. Ada masa petang terik, ada masa hujan, ada masa berangin. Malam pun lebih kurang macam tu. Kurang menentu. So kena sentiasa bawa payung bersama, tak kira ke mana. Dahlah payung saya hilang. Untuk sem ni, ni dah masuk kali kedua payung saya hilang. Selalu masalah misplaced. Careless betul kamu ni maryam. Okey, balik pada kes cuaca. Untuk hari ni, saya perasan sejak pagi lagi berangin kuat sangat. Saya tengok awan, kadang-kadang macam nak hujan, kadang macam cerah elok je. Sekarang, saya tengok macam nak hujan pulak. Tapi tadi dah hujan rintik-rintik. Rasanya nak hujan dah ni. Tapi tengahari tadi sampai pukul 3.30 centu panas terik jugaklah. Sampai terasa bahangnya masa jalan nak pergi engin tadi. Okey, rasanya cukuplah sampai sini dulu berita cuaca dari orang yang takde ilmu pasal cuaca apa semua ni. Hihi.
CAFE Jumaat lepas ada pegawai kesihatan datang cafe mahallah aminah. Tak taulah mungkin ada masalah kebersihan ke apa, cafe mahallah aminah kena tutup seminggu lebih kurang. So masa balik dari rumah tu, umi bekalkan banyak jugaklah makanan. Risau umi, takut saya tak cukup makan. Sayang umi walid hhe. Ok ok, back to the original story. Bila cafe tutup, rasa sunyi pulak perkarangan mahallah aminah. Biasanya tengahari dan petang ramai je orang lalu-lalang. Tapi bila cafe tutup, terasa lainnya. Kalau malam apatah lagi. Sampai takut pulak saya nak turun dibuatnya hehe. So disebabkan cafe tutup, kitorang kena pandai-pandailah cari makanan sendiri. Makan kat kuliyyah masing-masing ke, kat HS ke, eVoke ke, takpun kat mana-manalah. Dengar cerita banyak jugak cafe mahallah lain kena tutup. Takpe takpe, kita anggap ada hikmahnya. Semoga lepas ni diorang lebh menjaga kebersihan cafe supaya kita semua sihat insyA-Allah :)
KESIHATAN SAYA Hmm, alhamdulillah nampaknya kesihatan saya kurang baik minggu ni. Mungkin berpunca dari pecah mulut/ulser yang banyak dalam mulut ni. Mulanya satu je, then jadi banyak. Bila banyak mestilah terasa sakit sampai ke tekak. Sengal-sengal badanlah, peninglah, takde mood. Heheh, macam-macam pulak. Takpe maryam, itu semua untuk kebaikan maryam insya-Allah. Kalau maryam bersyukur dengan ujian ni, insya-Allah Allah ampunkan dosa-dosa maryam. Baiklah hihi, pujuk diri sendiri.
Rasa macam nak cerita banyak lagi, tapi rasanya setakat ni cukup sampai sini dululah. At least saya dah luahkan apa yang saya nak. Terima kasih blog SWEET LEMON TEA. Terima kasih jugak readers, kalau adalah hihi.
Okey, assalamu'alaikum warahmatullah :)
No comments:
Post a Comment