11/19/2011

NEW FUN THING TO DO

Sejujurnya, saya seorang yang agak sentimental. Saya minat sesuatu yang seni. Contohnya melukis, buat novel, buat sajak, dan tak lupa jugak menulis diari. Yang paling saya suka of courselah buat sajak and mengarang novel. Siap pasang impian lagi nak ada novel sendiri terbitan Alaf 21 atau Prima. Tapi sekarang nampaknya dah tak berkesempatan nak mengarang cerita ke apa. Sibuk sikit huhu. Sajak bolehlah kot.

Ok ok, 'new fun thing' yang saya maksudkan kat atas bukanlah sajak, novel, dan sebagainya tu. Tapi satu aktiviti baru yang saya temui minat saya padanya. Aktiviti yang dulu saya anggap biasa tapi sekarang jadi satu keseronokan buat saya. Sambil sambil nak release tension, nak cari sikit kelapangan, nak relaxkan fikiran, nak beriadah, dan tak lupa jugak nak buat aktiviti yang menyihatkan. Lagipun saya dah lama jugak tak lakukan aktiviti sukan selain dari cycling.

Aktiviti baru tu adalah SWIMMING. Clap clap clap hehhe. Kebetulan kawan-kawan saya pun minat jugak berenang, lagilah bertambah semangat saya. Tapi saya masih seorang beginner. Tak pandai sangat pun lagi berenang,  masih dalam proses sedang belajar. Salah seoang kawan saya pulak lifeguard kat kolam renang uia, lagi mudah nak belajar berenang kan. Alhamdulillah :)

SEMOGA SATU HARI NANTI SAYA BOLEH JADI SEORANG PERENANG YANG HEBAT INSYA-ALLAH. hehe.

p/s : Nak jadi seorang perenang yang hebat cuma salah satu impian sampingan saya je. Paling penting, saya nak berjaya dunia dan akhirat dalam redha-Nya insya-Allah :)

3 comments:

wani itu saya said...

WAAAAAA! KEBETULAN plak kte skrg ni tengah dalam proses cari baju renang! kte pun mnat berenang tau faida! tapi dah lame tak brenang...sjak...darjah brape ntah... wuu wuuu.... nak brenang..tapi swimming suit takdak...sob3

CIK M said...

oh, wani pun suka berenang eh. wah suka suka hihi. ramai jugak kawan2 kte suka aktiviti ni. laga ramai, lagi seronok hhe :D

CIK M said...

*lagi