9/29/2011

HARI TERAKHIR DIA PULANG BERSAMA AYAH

baru beberapa hari lepas, saya mendapat berita kematian ayah kepada salah seorang sahabat saya. ayahnya meninggalkan dunia yang fana ini lebih kurang pukul 5 pagi selepas lebih kurang tiga hari tidur selepas pembedahan di kepala. perginya dalam tidur. tidur yang tampak tenang, tapi hanya Allah yang tahu keadaan rohnya yang sedang bertempur dengan maut. semoga rohnya tenang di sana.

hujung minggu (beberapa hari sebelum itu), sahabat saya pulang ke rumah diambil oleh ayahnya. ayahnya tampak sihat je waktu tu, namun tiba saja di rumah, ayahnya tak sedarkan diri dan sebelah bahagian tubuh badannya tidak mampu bergerak. diorang semua terkejut sebab situasi tu sangat mengejut. ayahnya terus dibawa ke hospital. kata doktor rupanya ada pembekuan darah (kalau tak silap saya) di bahagian otak ayahnya. pembedahan akan dijalankan namun peluang untuk ayahnya selamat sangat tipis.

sahabat saya ni asalnya teman sekolah roommate saya. baru beberapa hari sebelum dia balik rumah tu kami makan sekali sambil berkenalan antara satu sama lain. tanpa menyangka insiden sebegini akan menimpanya.

dia telefon roommate saya sambil menangis minta kami tolong doakan keselamatan ayahnya. kalau saya di tempatnya, agaknya saya dah lemah semangat (nauzubillah) dan tak mampu saya nafikan memang itu yang setiap orang harapkan dari sahabat-sahabatnya bila berada dalam situasi yang sebegitu. dia dahlah lebih kurang macam saya. adik-beradik tujuh orang, dia anak kedua, sebaya saya, adiknya yng paling kecil baru 6 tahun. semakin saya terasa tempias kesedihan yang dia alami tu. rasa nak menangis pun ada. tak sanggup rasanya kehilangan seorang ayah yang amat dikasihi dalam usia yang sebegini memerlukannya. dengan adik-adik yang masih kecil. terasa berderai air mata mengenangkan hal ini.

malam ayahnya dimasukkan ke bilik pembedahan, saya dan roommate tak mampu menolong melainkan dengan membaca yaasin dan berdoa. begitu juga sahabat-sahabat seperjuangan yang lain.

nmun ketentuan dan keputusan, bukan kita yang menentukan. ye, sudah menjadi tugas kita untuk berusaha dan buat yang terbaik. tapi tetap, Dia lebih berhak menentukan itu dan ini. Dia tahu apa yang terbaik buat setiap diri kita.

dan akhirnya, ayah sahabat kami pergi jua. pergi menemui Ilahi insya-Allah. pergi sendirian tanpa keluarga mahupun sahabat. cuma bersama amalan dan ibadah. terharu dan terkilan rasanya. ayahnya tiada lagi di sisi, tiada lagi untuk menjemputnya pulang, tiada lagi untuk bertanya bagaimana keputusan exam, tiada lagi untuk meluangkan masa di waktu cuti, tiada lagi untuk pulang ke kampung sekali, tiad lagi buat selama-lamanya. tak disangka syawal ini adalah syawal terakhir dia bersamanya. dan penghujung syawal ini menjadi penutup helaian hidupnya. al-fatihah kita sedekahkan buat arwah ayahnya, semoga dia tenang di sana insya-Allah. amin.

AYAH, BILA DIKENANG KEMBALI DIRIMU, TERASA SEPI DAN SAYU HATI INI. DETIK ITU AKAN TIBA, KITA AKAN BERPISAH KERANANYA. DAN KITA TAKKAN BERTEMU LAGI BUAT SELAMANYA DI DUNIA. MUNGKIN AYAH YANG AKAN PERGI DAHULU, DAN MUNGKIN JUGA SAYA YANG AKAN PERGI DAHULU. ITU SEMUA ALLAH LEBIH TAHU. TAPI AYAH, UNTUK MEMBAYANGKAN ITU SANGAT MENYAKITKAN DAN MEMILUKAN. UNTUK MEMIKIRKAN KETIADAANMU DI SISI, TERASA LEMAH DIRI INI. KERANA KASIH YANG AYAH BERIKAN KEPADA KAMI, TERLALU BESAR DAN MENDALAM ERTINYA. TAK TERBAYANG HARI YANG BEGITU MENYEDIHKAN ITU, APA YANG HARUS DILAKUKAN, APA YANG HARUS DIUNGKAPKAN, SEMUANYA BAGAI KAKU DAN KELAM. WALAUPUN MEMANG, SESIAPAPUN TAK DAPAT NAK MENAFIKAN BAHAWA HARI ITU MEMANG AKAN TIBA SATU DETIK NANTI.

AYAH, KERNA ITU SETIAP HARI YANG SAYA LALUI JIKA BOLEH INGIN DEKAT DENGANMU SELALU. BEGITU JUGA DENGAN IBU. INGIN SEKALI SAYA CORET SETIAP DETIK KITA BERSAMA DENGAN KENANGAN-KENANGAN YANG MANIS DAN INDAH YANG JIKA DIKENANG KEMBALI DI HARI MENDATANG, TIADA KESAL MAHUPUN HAMPA. NAMUN, KENANGAN-KENANGAN INI SATU HARI NANTI BILA DIKENANG PASTI KAN MENGUNDANG AIR MATA KELUAR MEMBASAHI PIPI. TERLALU INDAH, HINGGA TERASA SAYU DAN SEPI TANPAMU DI SISI. ATAU MUNGKIN, JIKA TAKDIR MENENTUKAN SAYA PERGI DAHULU, MAAF JIKA KENANGAN ITU MENYAKITKANMU. INGIN SEKALI SAYA LAFAZKAN, BETAPA DALAMNYA KASIH YANG SAYA RASAKAN DALAM HATI INI BUATMU. BETAPA RINDUNYA SAYA INGIN MENDENGAR SUARAMU SETIAP KALI KITA BERJAUHAN KERANANYA. BETAPA SAYA RINDU INGIN MELIHAT SENYUMAN TERUKIR DI WAJAHMU. HANYA ALLAH YANG MAHA TAHU DALAMNYA KASIH INI. BIAR SRIBU KALI SAYA LUAHKAN, TETAP TIDAK CUKUP UNTUK MENGHURAIKAN KESEMUANYA. UMI, WALID, MARYAM SAYANG UMI WALID LILLAHIT'ALA INSYA-ALLAH. WITH FULL OF LOVE, YOUR DAUGHTER.

kawan-kawan, sementara waktu masih ada jangan kita sia-siakannya. sementara kita masih bersama mereka, jangan kita sisihkan mereka. kadang-kadang kita terlupa untuk mera'ikan mereka sedangkan dengan jasa merekalah kita dewasa sebegini baik. dengan kasih merekalah kita menjadi 'seseorang'. bagi yang sedang bercinta di usia muda pun, jangan sampai ibu bapamu terabai. bila nak call mak ayah bukan main lagi kita berkira duit habislah apalah. tapi bila nak call makwe/pakwe, habis ratusan ringgit sebulan pun tak kisah. mana penghargaan kita pada ibu bapa di situ? mana pergi keutamaan kita pada ibu bapa? jangan diabaikan mereka, jika kita tak mahu menyesal dengan seteruk-teruk penyealan di hari kemudian.

WHILE THEY ARE STILL ALIVE, TREASURE THEM A LOT AS YOU COULD. SO THAT YOU WOULD NOT REGRET SOON. MAY ALLAH BLESS.