Di suatu malam depan panggung wayang..
Sizuka : Best tengok wayang dengan awak tadi. kelakar je cerita tu. tak bosan kan?
Nobita : Haah, tak bosan. best!
Sizuka : Kalau best, kenapa awak letakkan kepala awak kat bahu saya dan beritahu
saya yang awak mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kan awak? kalau tak, mesti sejuk dalam tu
tadi.
Nobita : Haah, betul betul betul! takdelah sejuk sangat tadi bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Kalau tak sejuk, kenapa awak pegang tangan saya dan beritahu yang awak sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Mereka pun menuju ke i-City..
Sizuka : Awak, saya cantik tak?
Nobita : Awak kan sayang saya, mestilah cantik.
Sizuka : Kalau saya ni betul cantik bagi awak, kenapa bila saya pakai baju-baju
tertentu baru awak akan puji saya cantik. kalau saya pakai baju longgar, awak diam
je. kadang-kadang awak akan tanya saya kenapa pakai baju besar. kalau saya pakai
baju ketat, baru awak puji saya cantik. kenapa ye?
Nobita : Errr~ hehe..
Mereka pun tiba di i-City..
Sizuka : Jom snap picture wak. saya nak tangkap gambar awak bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la sayang. meh sini, duduk sebelah saya. rapat sikit, nanti tak masuk pulak gambar awak.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni? huu.
Nobita : Takpe je.. awak kan awek saya.
Sizuka : Awek je.. bukan isteri yang sah.
Nobita : Errr~ huhu..
Sizuka : Nanti saya simpan gambar kita ni dalam laptop saya ye wak.
Nobita : Alaa.. upload la terus dalam facebook.
Sizuka : Eh, boleh ke? tak elok la wak. gambar tu dah la awak dengan saya je, yang
ke-3 syaitan. pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa yang kita buat. tak malu
ke? huu.
Nobita : Errr~ huhu..
Mereka pun pulang..
Sizuka : Awak, awak sayang saya tak?
Nobita : Mestilah sayang.. sayang sangat sangat tau. haa.
Sizuka : Buktinya?
Nobita : Eh, macam ajak bergurau je. nak saya kiss pipi awak tu ke
sayang? hehe.
Sizuka : Ish, apa ni? teruknya pemikiran awak. huu.
Nobita : Eh, errr~ huhu
Sizuka : Mak saya kata, kalau kita sayang sesuatu tu, kita akan jaga sebaik
mungkin.
Nobita : Eh, mestilah! hehe.
Sizuka : Tapi awk tipu saya! huu~
Nobita : Eh, kenapa pulak saya tipu awak?
Sizuka : Kalau awak sayang saya, mestilah awak jaga saya sebaik mungkin. tapi awak tak jaga
saya dengan baik pun. awak sentuh-sentuh saya, pegang tangan saya, cuba nak kiss
saya, ajar saya buat benda bukan-bukan yang saya tak pernah buat sebelum ni, selalu ajak saya
keluar malam-malam.
Nobita : Owh, sekarang awak nak salahkan saya la ajak awak keluar malam? mak
ayah awak yang bagi izin tau!
Sizuka : Memang diorang yang bagi izin tapi awak tau tak yang diorang jugak yang akan
tanggung dosa saya dengan awak malam-malam macam ni sebab diorang bagi izin pada saya anak
perempuan diorang untuk keluar dengan lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang saya
sebagai peneman lepas tu buat benda-benda tak senonoh! pegang sana pegang sini. awak
tau tak, panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awak sampai terpegang tangan saya dengan
sengaja, tapi neraka tu teramat panas dan tangan awak yang memegang tangan saya tu
akan dibakar dalam api neraka berulang kali. awak sedar tak semua tu? tangkap
gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang
kan. then, nak heboh kat 1 dunia. lepas tu nanti orang ‘like’ awak pun suka
sebab orang tau siapa awek awak dan hubungan awak dan saya kononnya bahagia. tapi
awak sedar tak yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yang kita buat? awak ada
ilmu agama, kalau takde ilmu agama pun, awak tau benda tu salah. tapi kenapa masih
buat? awak sedar tak semua tu? ingat Allah tak waktu awak buat semua tu? awak tu
belum tentu jodoh saya, nak sentuh-sentuh saya. kalau dah awak nak sentuh-sentuh saya,
apa je yang suami saya boleh dapat special dari saya sebagai isterinya yang sah? awak nak ke
isteri awak dah macam sisa orang? awak mesti akan cakap awak akan pastikan yang awak
akan nikah dengan saya, sebab tu awak boleh sentuh-sentuh saya. tapi awak sedar tak yang awak tu
siapa? hanya hamba Allah. awak bukan tuhan untuk tahu siapa jodoh saya dan jodoh
awak. awak sedar tak semua tu? Klu betul awak sayang saya, awak jagalah saya baik-baik.
beri sokongan saya jadi muslimah soleha dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah
supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana saya ni milik Allah. ibu bapa hanya
penjaga saya, mereka menjaga saya dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik
sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awak untuk menjaga saya, tapi awak jaga saya tak? awak
jaga saya tak? tak kan? awak bawa saya kearah keburukan, awak sedar tak semua tu? banyak lagi yang awak buat kat saya, saya pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan
awak. nanti kat neraka bila Allah soal saya dengan dosa-dosa maksiat yang kita buat,
bukannya awak dapat backup saya depan Allah pun. kan? tolonglah tahan diri tu sehingga
kita dah sah dinikahkan. huuu~
Suasana bertukar menjadi suram. sehinggalah nobita mula meluah perasaan..
Nobita : Kenapa tak dari dulu awak cakap semua benda ni? kenapa bila kita dah
lalui macam-macam baru awak nak luahkan semua ni?
Sizuka : Sebab sebelum awak nak couple dengan saya, awak janji yang awak akan jaga
saya baik-baik. awak suka dengan saya pun sebab bagi awak saya baik. tapi semakin lama
awak semakin berubah. perubahan awak turut merubah diri saya. baru sekarang saya luah
semua benda ni sebab selama ni saya sentiasa menanti agar Nobita yang dulu kembali.
Nobita yang menjaga saya dengan baik. saya tunggu Nobita tu, tunggu dan terus menunggu
kerana saya sayangkan dia. tapi semakin lama saya tunggu, semakin
menjadi-jadi. awak fikirlah baik-baik apa yang saya sampaikan. kalau awak masih tak berubah, lepaskan saya kerana Allah!
Nobita : ......
[Pesanan : kepada pasangan yang hangat menyulam cinta dan kasih sayang,
jagalah batas anda! ingat larangan Allah, cinta itu indah kerana Allah yang menciptakannya.
tapi jangan sampai cinta untuk Allah itu dinodai oleh cinta manusia. menjadi
kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan yang akan dilakukan. seringlah muhasabah
diri dan beranikan diri untuk mula buat perubahan. beranikan diri menegur
pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan dan azab. wallahu’alam.]
peringatan untuk semua, beribu kali peringatan untuk diri yang teramat hina ini.
6 comments:
LIKE :D
oh, sama! :D
i pun suka jugak, tu yang copy paste tu. hehe. moga dapat kita ambil iktibar bersama :)
owhhh betul juga nih ;D
jagalah batasan-batasan pergaulan kita oh ;)
masih belum halal utk wat sume bnder2 tuh
ps: doraemon mana? XD
SANGASST tepatt!!!
i like this.
it makes me feel glad not having a bf
:D
raji : hmm(angguk sekali), sangat betul. bila dah sah bergelar suami atau isteri, Allah tak larang nak buat apa pun. Allah lebih tahu sebab musabab akan segalanya. wallhua'lam :)
huda : yah, glad not having a bf.. and glad for having HIM by our side to show us HIS way. alhamdulillah. semoga jalan yang kita pilih sekarang membawa kita pada terbinanya sebuah masjid yang indah. amin insya-Allah.
Post a Comment