9/27/2010

SHOULD I PROCEED WITH ENGINEERING?

saya tak minat chemistry, saya tak minat physics. tapi macam mana saya boleh termasuk ke dalam bidang ni? memang betul, saya nak sangat masuk uia dan saya bina impian tu sejak pertama kali saya jejakkan kaki ke IIUM gombak. waktu tu saya baru darjah 4, dan baru menetap di gombak. tapi sejujurnya, saya tak pernah pasang impian untuk masuk bidang kejuruteraan even sedikit pun. tapi takdir Allah menentukan yang sebaliknya. saya di CFS IIUM sekarang sebagai 'student of engineering'.

first time saya jejakkan kaki ke cfs iium sebagai engineering student, saya rasa teragak-agak. hati saya berbolak-balik. saya macam tak percaya saya adalah engineering student. serius saya tak sangka untuk berada di bidang ni. sampaikan saya rasa macam nak tukar ke bidang lain sebab saya takut saya tak mampu. tapi alhamdulillah, berkat doa umi walid, saya dapat kekuatan untuk teruskan juga untuk waktu tu.


tapi hari ni, hari-hari akhir saya di cfs iium, persoalan yang dulu pernah hadir dan memutar belitkan minda saya kini datang kembali. perlu ke saya teruskan dengan kejuruteraan? tapi kalau saya tukar, bidang apa yang terbaik untuk saya? saya tak tahu. yang saya pasti, saya minat maths. dan saya minat juga computer. tapi untuk berada di bidang ni, rasanya terlalu sukar untuk teruskan. saya ingat lagi kata-kata seorang kakak ni, kalau nak masuk engineering memang kena betul-betul MINAT. kalau tak, memang payah. dan betul, saya dapat rasakan kepayahan tu. sebab saya tak pernah rasa minat untuk masuk ke bidang ni masa sekolah dulu. even kalau cikgu-cikgu sebut pasal kerjaya ni pun, saya just dengar macam tu je. masuk teling kanan, keluar telinga kiri. tak pernah nak ambil pusing, lagilah nak ambil serius.

apa pun, saya tetap bersyukur saya diberi peluang untuk berada di sini sebagai pelajar kejuruteraan. apa yang dah berlaku biarlah berlaku, tak boleh terlalu mempersoalkannya. Allah Maha tahu apa yang terbaik untuk saya. tak semestinya apa yang kita suka itu baik untuk kita, barangkali apa yang tidak kita suka itu yang baik untuk kita. cuma satu je, saya belum pasti untuk teruskan atau tidak dengan kejuruteraan. entah kenapa masalah ni datang pada waktu-waktu begini. belajar semua susah, perlukan usaha dan kerajinan. tapi tulah, minat sangat besar peranannya. kalau takde minat, sukarlah nak cemerlang. tapi untuk sesetengah perkara, minat perlu dibina. tak semua hal dalam hidup ni perlukan minat yang datang dengan sendiri, ada minat yang perlu kita panggil sendiri. wallahua'lam.

i like this sentence :
in school, we're taught a lesson and then gives us a test.
in life, we're given a test that teaches us a lesson.

THINGS HAPPEN FOR A REASON, JUST BELIEVE.
INSYA-ALLAH, I'LL TRY MY BEST.

9/16/2010

FINAL EXAMINATION FOR FINAL SEMESTER AT CFS IIUM

EXAMINATION SLIP

NEXT WEEK

22/09/2010 - WEDNESDAY - COMPUTER 1
23/09/2010 - THURSDAY - CHEMISTRY 2
24/09/2010 - FRIDAY - MATHEMATICS 3

NEXT ONE WEEK

28/09/2010 - TUESDAY - COMPUTER 2

p/s : after finishing the last paper, i'm graduated from cfs. pray for me, may HE bless us.
AMIN.

9/13/2010

BUNGAL BOY

hopefully malaysian boys'll never ever ever try this at home. HAHA.


ANNOYING.

9/11/2010

IT'S HARD :(

IT'S HARD TO SAY, BUT I'M REALLY REALLY REALLY DISAPPOINTED WITH YOU. SANGAT KECEWA.

kenapalaaaah orang susah sangat nak faham? apa diorang ingat hidup semua orang sama ke? mudahnya mereka nak judge orang itu ini. kalau ye pun, at least tapislah sikit bicara tu. please okay.

i hate this kind of feeling. bersedih bila orang lain sedang asyik bergembira :(

9/10/2010

RAMADHAN PERGI JUA

sekarang saya masih di pahang. teringat malam tadi 28 Ramadhan, hujan sepanjang malam tak henti-henti bagaikan menyambut hujung ramadhan dengan sayu. gembira memang gembira nak sambut syawal, tapi tetap.. kesedihan mengingatkan ramadhan yang bakal pergi itu pasti wujud. masih ada ke peluang untuk kita sama-sama menyambut ramadhan lagi di masa akan datang? memikirkan hal ni sesekali menambah rasa syahdu di hati. esok atau lusa, kita akan sambut hari kemenangan menjalani ibadah puasa selama sebulan. dan waktu tu, ramadhan sudah berangkat pergi. tinggallah kita bersama syawal dan bulan-bulan seterusnya. semoga amalan baik dapat kita teruskan insya-Allah.

apapun,
selamat menyambut syawal dari saya, maryam rufaida dan keluarga :) 

9/07/2010

KAMPUNG RANTAU PANJANG

SELASA
07/09/2010

Alhamdulillah, selamat tiba di kampung pahang dalam pukul 5 petang. balik guna dua kereta sebab banyak barang. HAHHA. petang, dalam pukul 6 ada sembelih kerbau. walid dengan sepupu-sepupu lelaki lain pergi ikut serta dengan beberapa orang penduduk kampung rantau panjang. diorang tak buat kat rumah wan sini, tapi kat dalam hutan dekat area bolok. saya kurang sihat semalam, entah kenapa kepala berdenyut macam nak pecah. so kurang sikit buat kerja, cuma mampu berbaring dan rehat. tapi alhamdulillah malamnya dah pulih. syukur sangat, kalau tak rasa macam nak baring je sepanjang masa. macam dah tak nak buat kerja. HEE. dalam pukul 12 tengah malam, ada beberapa orang penduduk kampung datang nak tolong memotong daging kerbau yang dah disembelih tadinya. amar (sepupu) memasak mee goreng kat dapur. saya tolong buat air kopi dua jag. after mee siap masak, makanlah sikit. lewat betul melantak, jawabnya naiklah berat badan. HAHHA, biarlah. settle bahagian tu, dah mula rasa ngantuk. yang lain semua dah tidur kecuali amar dengan saya, so saya masuk bilik and duduk dalam gelap. dalam pukul 1 lebih, saya lena. kesimpulannya, it's all okey. HEE.

RABU

08/09/2010

hmm, susah nak dapat line kat sini sebenarnya. tapi akhirnya, dapat jugak HHA. untuk hari ni, takde buat apa sangat lagi. tapi apapun, alhamdulillah sangat. saya rasa seronok di sini. suasana dah lain. Ya Allah, hamba sangat menghargai semua ini. banyak yang dah berubah. tiada lagi sepi dalam bicara, tiada lagi ketegangan dalam suasana. thanks to YOU.

9/06/2010

SORRY


SORRY THAT IT HAS TO BE THIS WAY.

9/04/2010

MOTIF IKLAN RAYA DI TV3 TERBONGKAR



Susulan artikel tentang iklan raya TV3 yang dikatakan menghina Islam yang disiarkan oleh stesyen televisyen itu sekarang ini, maka banyaklah rungutan yang telah diterima daripada para pembaca yang langsung tidak menyedarinya. Malahan, mungkin bagi mereka yang selalu tiada di rumah, iklan tersebut memang tidak diketahui langsung. Susulan pendedahan ini juga, semakin ramai umat Islam menghantarkan bantahan di laman facebook bantahan yang turut kami sertakan. Malahan juga difahamkan, banyak pihak mahu supaya pihak TV3 terutamanya CEO Datuk Farid Ridzuan (foto),memohon maaf atas keterlanjuran ini. Malah, tidak kurang juga mereka yang akan mengadakan demontrasi dan membuat laporan polis terhadap insiden ini. Ternyata TV3 sengaja "menjolok sarang tebuan", disaat isu agama dan perkauman sering dipaparkan mereka pula yang cuba melakukan onar. Apakah perlu aduan rakyat dibuat terhadap TV3 agaknya. Apakah Karam Singh Walia bisa membuat ulasan tentang masalah ini?. Semua ini kini bermain difikiran rakyat. Maka, disini kami ingin paparkan satu maklumat terbaru tentang motif iklan tersebut disiarkan oleh TV3. Ternyata ada pihak-pihak tertentu yang ingin mendakyahkan umat Islam terutaman kanak-kanak dan remaja Melayu supaya menerima agama lain dalam hidup mereka terutamanya Kristian dan Buddha. Justeru itulah kita tidak hairan terdapat paparan yang jelas dan memunyai kaitan langsung dengan motif tersebut. Antara pembongkaran dasyat yang telah dikenal pasti ialah:-

Scene1, Budak Lelaki Melayu Tilik Buku

Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia denganbertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung... di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene2 - Close Up Muka Surat Bergambar Beca

Scene2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)5.Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene3 , Keluarnya Bintang-Bintang Kecil Beraura 

Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya darigambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura -
Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih -
POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene4, Budak Melayu Masuk Ke Dalam Beca

Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. - yusrizan usop

[Disamping scene-scene yang dinyatakan, ternyata gambaran beberapa orang mengacau dodol dan keluarnya pelita dari kelopak bungat Teratai pula jelas menunjukkan cahaya datang dari Tuhan Brahma (Budhha) untuk menerangi alam ini. Semua ini jelas menunjukkan yang ada agenda jahat pihak berkenaan untuk memesongkan minda umat Islam di negara ini. Maka itu, adalah jelas supaya pihak TV3 memohon maaf secara terbuka dan menghentikan penyiaran iklan tersebut dengan segera. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan marah dengan apa yang dipaparkan. Apapun, semoga kejadian ini menjadi pengajaran berguna buat semua terutamanya TV3 agar lebih peka dan sensitif dengan isu agama seperti ini. Jika selama ini mereka banyak menyiarkan isu yang dimainkan oleh pihak lain, kini akhirnya perkara yang sama terkena atas batang hidung merek sendiri pula. Jangan sampai umat Islam di negara ini memboikot pula TV3 nanti!].

I HAD A DREAM ABOUT HIM

susah nak percaya, mimpi malam kelmarin benar-benar menyentuh tangkai hati saya. kenapa mesti dia hadir kembali dalam mimpi saya? kenapa mesti mimpi tu menyentuh perasaan saya hingga air mata ni seakan ingin mengalir? tak cukup lagi ke penantian saya selama hampir 6 tahun? saya tak suka perasaan macam ni!

saya ingat saya dah mampu lupakan dia, habis kenapa mimpi tu seakan menyampaikan suatu mesej kepada saya tentang perasaan saya terhadap dia? apa semua ni? saya dah lepaskan segala-galanya. saya dah tak kuat nak bertahan lagi. sebab tu saya lupakan semuanya, dan sebab utama saya kerana DIA. Ya ALLAH, adakah mimpi itu cuma mainan tidur atau datang dariMu? jika ia mainan tidur, kenapa mimpi itu terasa lain dari biasa? terasa sayu dan begitu syahdu sekali, seakan saya begitu menyayanginya. saya akui memang benar saya pernah merasakannya, tapi itu dulu. CUMA DULU!

please, stay away from me!

LECTURES END.

FRIDAY
03/09/2010

class ended. life as a real student of cfs iium ended. but still, the exam is not ended yet, just around the corner. can't take it easy hha! huhuu, the feel to be there with friends and roommates still here, still fresh in my heart. i could feel the sadness. thinking that i'll be leaving cfs, huh can't be denied.. it really makes hurt. but this is how life is. time will change everything, and everything we ever had'll become memories.. just memories, and they can't be repeated ever again. even once. so appreciate your day :)

ROOMMATES


fatim, huda, dan saya.


malam anual grand dinner. saya dan huda.


KAMI. hahha, kami budak baik.

CLASSMATES


nor, firdaus, dan lina. lokasi, di library.



MARYAM MARDHIAH. hahha, sweet thing about us, we share the same name. MARYAM, hha :D
entah kenapa gambar ni tak mau duduk diam, nak terbalik aje.


chem-lab. ini experiment yang paling saya suka. tapi kenyataan tetap kenyataan, saya tak suka chem.


ini lecturer chemistry kami. he's not just a lecturer, but also a buisnesman. selalu promote JUS GUAVA. hahha, saya suka sir sebab sir baik and sporting.

OTHER THINGS TO REMEMBER


comelnya dia masa kecik. sekarang dah besar, suka tidur depan bilik orang. tapi still comel. hha.


ANNUAL GRAND DINNER untuk kami graduating-student, engineering student only. berlangsung pada 2 Ramadhan. nice.


kat sinilah anak-anak mahallah zainab jahsyi beli makanan untuk sara hidup. i'll miss you cafe zc!


and tak lupa jugak, opah. opah sangat baik dengan saya walaupun saya bukan cucu opah. semoga Allah murahkan rezeki opah. thank you for being a nice opah to me. i'll never forget you insya-Allah :)


ingat lagi waktu, nak quiz computer 2. walaupun taklah expert macam firdaus, tapi saya enjoy belajar C programming. thank you madam hasrina, you are really a nice madam.



inilah situasinya bila esoknya ada 3 quiz. smart tak? hahha.


AL-MALIK FAISAL HALL. di sinilah saya mendaftar segalanya waktu hari pendaftaran kemasukan kami ke cfs about one and half year ago. i still remember that moment. cepatnya masa berlalu.


hahha, ibu bear dengan anak bear. seperti inilah diibaratkan kasih sayang kami sesama kawan. hee.


and lastly, my birthday-present. dari fatim dan huda. saya akan simpan ini.

FLASHBACK ENDS.

memories, just stay here with me. because having you makes me learn something. you are really something to me.