5/29/2010

it's TODAY

hari ni akan balik ke uia pj dan kembali sebagai SENIOR, ahahha. tapi sedih, sebab nanti mesti rindu rumah. pasti, memang pasti. apapun, sem last akan bermula esok.. dan azam saya pun akan mula dilancarkan esok. azam untuk dapat the best! i'll try my best, walaupun mungkin susah untuk dapat the best. well, at least we TRY TO GAIN THE BEST kan. hahha, okey selamat tinggal. insya-Allah, kalau ada masa saya update blog lagi. hehee ;)

doakan saya!
may Allah bless :)

wassalam

5/27/2010

tinggal sebentar ye blog :)

sem baru akan mula semula dua hari lagi. so rasanya mungkin blog tak dapat nak update selalu macam sekarang.  sem depan pun macam sibuk je, tak dapatlah nak online or what-so-ever macam selalu. hehee, cuma nak beritahu je. perasan macam ada yang tertunggu-tunggu post barulah :D


alamak, lepas ni kena mengadap buku-buku belajar balik. apapun, doakan yang terbaik untuk saya sem depan ye sebab sem depan ni adalah sem akhir saya di matric uia pj. insya-Allah kalau takde apa-ap aral, akhir tahun ni akan menjadi student uia main campus gombak pulak. so doakanlah yang terbaik untuk saya. harap-harap bolehlah dapat scholarship bagus-bagus :P


hahha, i'm coming mahallah zainab jahsyi! semoga last sem ni lebih baik dari yang sebelumnya. hope sangat  boleh enjoy saat-saat akhir di cfs iium dengan kejayaan dan kecemerlangan insya-Allah. hee, may Allah bless :)

once again :(

sekali lagi, adik saya , aiman, demam panas. teringat balik kejadian beberapa bulan lepas ketika aiman diserang sawan sebab panas yang terlalu kuat. kami satu keluarga risau. saya tak dapat tidur lena mengenangkan keadaan kesihatan aiman saat ni. tidur tu tidur jugak, cuma macam kurang lenalah.


pagi tadi, demam aiman naik balik sampai tahap menggigil. kami lap badan dia dengan towel kecil yang sedikit basah supaya haba di badannya berkurang. ubat punggung pun dah masuk, cuma mungkin demamnya kuat sangat sampai terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk panasnya surut. alhamdulillah, nak dekat sejam kemudian keadaan dia dah bertambah stabil.

dan sekarang, saya ada di rumah dengan nenek sahaja. yang lain semua keluar termasuk aiman sekali. demam pun nak keluar jugak. budak-budak, biasalah kan. hehee :)

5/25/2010

operation in progress :)

fade-up? huh, mudahnya saya menjadikan dugaan sebegitu sebagai alasan untuk saya FADE-UP. saya terlalu emo tadi sampai tak sempat fikir terlebih dulu sebelum berani cakap yang saya fade-up dengan dia (someone). ya, sakit hati masih ada.. lukanya masih ada juga. tapi sejujurnya, saya tak berhak untuk tak memaafkan dia. sedangkan saya pun manusia biasa yang banyak melakukan dosa pada Dia dan sentiasa mengharapkan keampunanNya. maka sebaiknya tak usahlah diambil berat sangat kesilapan orang pada saya. maafkan saya untuk entry emo tadi.

hehee, untuk bersihkan kembali blog saya dari sebarang unsur sakit hati or what-so-ever, saya saje nak
tunjukkan demo ni. hahha, demo yang pelik :P



tadi luka di hati saya parah macam dalam gambar di atas. makin parah dicampur dengan bisikan syaitan yang
menaikkan amarah. syaitan memang keji.



tapi alhamdulillah, hasil kekuatan yang dikurniakan oleh Allah pada saya.. semangat untuk merawat luka di hati
hadir secara sendiri. untuk melupakan hal tu mungkin susah, yang penting jangan ada dendam.. sebab itu sangat dan amatlah bahaya. thanks GOD :)



hha, dan rasanya macam nilah rupa hati saya sekarang. masih dalam rawatan, dan insya-Allah akan sembuh tak
lama lagi. nak tau, bila difikirkan balik.. lain benar perasaan saya ketika masih berasa marah kerana sakit hati sebentar tadi dan sekarang. entah kenapa, dengan sendiri hati saya rasa gembira walaupun sakitnya masih terasa. kegembiraan tu tak terucap dengan kata semata. subhanallah, betapa besar nikmat memaafkan orang. nikmat kegembiraan yang saya rasakan detik ini benar-benar menyenangkan.


 

and i really hope my heart can smile this way as soon as possible (still in progress maybe). hahha, it looks cool isn't it? kalaulah hati saya boleh
tersenyum sebegitu, pasti bahagia. senyuman iklas! ya, saya mengharapkan senyuman ikhlas itu mampu saya ukir buat dia. sakit hati tu cuma dari syaitan, so baiklah dilupakan. mungkin susah, tapi kalau niat kerana Allah.. yang susah tu insya-Allah akan berubah menjadi senang.


note; tomorrow'll not going to be worse insya-Allah :)

saya F.A.D.E.U.P!


saya fade-up fade-up fade-up fade-up fade-up. and i hate this kind of feeling! saya rasa down sangat-sangat sekarang. kenapa? mesti ke awak terus sakitkan hati saya? saya tak faham kenapa awak sanggup buat macam tu. 

huh.. it's hard to explain :(

5/24/2010

nak tau tak?

saya ada info menarik hari ni. mungkin dah ramai yang tahu, tapi takpelah.. saje nak kecohkan blog. hehee.

menu utama untuk lauk hari ni ialah sambal ikan bilis masak petai. hee, bukannya apa.. semalam walid ada sebut pasal lauk ni. lauk ni adalah lauk kegemaran walid sejak kecil lagi. keinginan walid buat saya rasa bersemangat nak buat (sebab saya sayang walid, hha). yelah even tak pandai mana memasak, sekali-sekala mencuba. memasak ni kena banyak pada practical. kalau baca je tapi tak pernah nak masuk dapur tak boleh jugak. lagipun sementara cuti ni belajar buat kerja dapur banyak sikit kan bagus. hehee, kalau ikutkan saya ni pemalas jugak sebenarnya. nasib baik ada nenek kat rumah, boleh jadi sifu. terima kasih sifu, ahahha :D

masa tengah kikis kulit petai, saya belajar sesuatu dari nenek. rupanya kulit petai ni boleh jadi ubat kencing manis, subhanallah. saya baru tahu, hee mesti dah ramai yang tahu.. cuma saya je yang ketinggalan sikit.


CARANYA:
 first, ambil kulit petai (tak kisahlah kalau nak ambil dengan isi-isinya sekali) dan masukkan dalam periuk (besar atau kecil tak kisah). then masukkan air ke dalam periuk tu. letak atas api (i mean atas dapur). tunggu sampai air yang berisi petai tu menggelegak. bila dah menggelegak, tutuplah api. after that tunggu sampai air tu sejuk sikit sampai agak-agak dah boleh minum, baru airnya boleh diminum. kulit petai tu biar jelah dalam periuk tu, yang penting airnya. done! hahha, itu je caranya. mudah kan? hmm so lepas ni bolehlah sape-sape mencuba, selamat mencuba! well done :)

sedikit maklumat tambahan:


hahha, alhamdulillah akhirnya lauk saya menjadi. lebih kurang macam nilah rupa dia. nyam nyam. ahahha. terima kasih lagi sekali wan :)

5/23/2010

man'll never understand

lelaki hidupnya seperti di atas satu jalan yang sentiasa berlampu hijau, tiada lampu merah. wanita pula hidupnya seperti di atas jalan yang pasti kan ada lampu merah pada waktu-waktu tertentu. itu sudah lumrah yang ditetapkan oleh Dia. saya tidak berterus-terang tentang apa-apa, tetapi dalam masa yang sama saya sedang berterus-terang. tapi mungkin lelaki tak faham. hehheh.


I'M ALWAYS CONFUSE ABOUT WHAT I FEEL

lelaki susah nak faham apa yang wanita alami dalam hidup mereka. tentang perasaan, air mata, kesakitan, dan penghayatan. lelaki sukar untuk faham dan rasanya mereka memang takkan faham. sedangkan wanita sendiri pun kadang-kadang sukar nak mengerti perasaan mereka sendiri, apatah lagi lelaki. saya tahu hati lelaki tough, tapi tak bolehlah samakan dengan hati wanita. wanita sifat semulajadinya berbeza okey. 

so cubalah faham. even sukar, at least you try. jangan mudah-mudah mempersoalkan sesuatu yang memang dah jadi lumrah seorang wanita. so be rational!

5/22/2010

sweet lemon tea :)


apa awak rasa bila awak gigit even sikit buah lemon? masam kan. so apa pulak awak rasa bila awak minum air teh? okey, itu mungkin depend on citarasa masing-masing. last one, apa awak rasa bila awak minum air teh yang dicampur sedikit lemon? awak akan rasa masam buah lemon, and at the same time awak jugak akan rasa kemanisan air teh.

SWEET LEMON TEA
nama ni saya ambil sebab ia ada kaitan dengan rasa yang kita alami dalam hidup. bagi saya, maknanya mendalam jika dilihat dari aspek kehidupan. konsepnya simple dan mudah.


LEMON
rasanya memang masam. kenapa saya pilih lemon? because they have a cool-looking appearance. dan comel jugak, hahha. masam buah lemon boleh diibaratkan macam kesedihan yang kita alami dalam hidup. sekali gigit, pasti akan ada sedikit reaksi pada wajah. sama macam hati kita. bila dalam kesedihan, hati pun pasti akan ikut muram. sesekali sakit pun ada.


TEA
kenapa saya pilih teh? sebab saya suka minum teh. teh buat saya rasa fresh. teh kebiasaannya manis kan. kemanisan teh boleh diibaratkan macam kegembiraan yang kita alami dalam hidup. saya rasa segar lepas minum teh, sama macam kita rasa senang bila hati 
gembira.
 


LEMON TEA 
air lemon tea rasanya masam bercampur manis, dan itu memang percaturan hidup untuk sesekali merasai sedih dan sesekali merasai gembira. konsepnya sama je kan.

'SWEET' LEMON TEA
hmm, kalau hidup asyik seronok je tak mencabarlah kan. so bila ada masa kita kenal erti kesedihan, baru kita tahu untuk lebih menghargai kegembiraan. Allah Maha Adil, sedangkan dalam hidup kita pun dia tunjuk betapa adilnya Dia. hidup pun nak merasa macamana rasanya kedua-dua perasaan sedih dan gembira. then that's why i say lemon tea itu sweet. because our life works better when both feeling present.

it's cool right? hahha.

5/21/2010

he told me to see that scary thing?

memang tak dapat nak dinafikan, kadang-kadang kelemahan kita dijadikan seperti barang mainan kanak-kanak kecil lebih-lebih lagi my only little brother aiman. suka betul dia menyakat saya dengan mempergunakan nama '_ _ _ _ _' sebagai alat utama. awak memang pandai aiman, nak kena ni. hehheh.

start daripada pagi tadi, ada buat renovation pada dapur. semua kabinet yang ada dibuka and dicabut apa semualah. jadi terserlahlah segala rahsia-rahsia di balik kabinet yang selama ni tertutup elok. saya tak berani tengok sebab saya yakin kalau saya tengok boleh menyebabkan saya pengsan or yang selari dengannya. awak tahu apa rahsia besar yang buat saya rasa geli-geleman sejak pagi tadi sampai saat saya menulis ni? okey, saya bagitau. SARANG LIPAS (uhh gelinya). and guess what, aiman tanpa takut pergi ambil gambar lipas-lipas tu and tunjuk pada saya. okey, sila faham sendiri apa reaksi saya. hehee.

 saya rasa lebih baik saya letak gambar aiman dari letak gambar bendasing tu. ia mampu merosakkan imej blog saya. hahha, merepek sesekali.


i love you aiman, hha. tapi tulah, suka sangat mengusik kakmaryam dengan '_ _ _ _ _' tu. ouhhh serius geli.

p/s: aiman, please jangan buat macam tu dah!

thank you Allah

terima kasih Allah :)

misi seterusnya; 
of courselah nak buat lebih baik and dapatkan yang lebih baik jugak. tak lupa jugak nak hasilkan sesuatu yang lebih baik yang boleh buat insan-insan yang saya sayang tersenyum lebih lebar dari hari ni. hahha.

thanks for everything, thank you Allah.
may YOU bless