9/26/2012

MARRIAGE

It's good enough if by the end of 3rd year or 4th year, i already got engaged. I really suggest myself an early marriage. Haha, only if i got the chance insya-Allah.


Kenapa tiba-tiba post pasal marriage ni kan? Hihi, well, just now saya ada kelas parenting kat kuliyyah of education. We got quite an interesting instructor. She originally studied here in IIUM. But already graduated long long time ago. Its been about 23 years already since she started working here. Wah, lama tu.


Then we were divided into groups, each group with 7 members. Just a group of discussion. She gave us topic regarding students who do not have partner yet before graduating, what will happened after they graduate? We talked a lot while discussing. Some seemed out of original topic haha.


After such a lot of discussion about matchmaking marriage, love before marriage, delayed marriage, and many else, the feeling of wanting to get married seems constructing. Haha i don't know why myself. But, that feeling flows with the will to make it because of Allah. To avoid fitnahs. To complete half of our iman. To get closer to Allah with someone leading us. Not just want to feel how is it to be loved or what so ever, no. Absolutely not. That kind happiness and all, insya-Allah we will treasure them after that. Love after marriage especially hehe. What i am talking about, hopefully anyone who read this could understand well. And please don't misunderstood any of what i'm trying to say.


My father encourage me to get married early. But because i don't have the chance (or i can say 'anyone') yet, i'll just wait until the right time come. Allah does not let me yet because HE knows, i'm not ready yet. HE knows best, and yes, i trust Him.


So MARRIAGE, greet me when i'm already prepared for you. Mentally and physically. And if by chance you come earlier than i expected, i'll try to make the choice well insya-Allah. 


BE GOOD FIRST, THEN YOU'LL GET A GOOD ONE. INSYA-ALLAH.
Wallahua'lam.

9/22/2012

PLEASE CONSIDER OTHERS

Yesterday we went out for breakfast at serdang. Then macam biasa orang datang mintak order. Tetiba perasan asap berkepul-kepul dari belakang. Sampai pening kepala saya dibuatnya. Rupa-rupanya orang belakang merokok. My parents sat right behind him, and he was still able to do that. Rasa sedih bila tengok orang buat macam tu. Takde unsur respect pada yang lebih tua, malah dengan bangga menghembur-hemburkan asap rokoknya ke kiri ke kanan. Tak terfikir ke dia berapa ramai orang sekeliling dia yang berisiko lebih besar dari dia hanya kerana asap rokok dia?


His partner was also doing the same thing. Talking while eating while smoking while drinking. I don't understand why they still have the guts to do that even after people have given them signs to stop immediately. You are risking people around. That's the fact, and while knowing this fact, you can still proudly smoking in the middle of people. O Allah, show them the right path in this. Sedarkan mereka, sudah ramai yang terkorban kerana asap rokok.


I'm not saying i hate every and each smoker. I know not all of them are like this. I don't want to create negative image of them because as i said, some of them consider this well. And also, i'm not trying to make a statement that they cannot smoke anymore nor it's prohibited from now on. No, absolutely not. This is not what i'm trying to do. It's okey if you really cannot leave this habit (But i still hope they can try reduce this habit), but please, at least consider the others, consider the place you want to smoke, consider the effects on others. If you cannot help people with good things, then at least don't make life difficult for them.


Apapun, saya doakan semoga Allah bukakan pintu hati para perokok supaya mereka dapat muhasabah balik baik buruk tabiat merokok ni. Dan semoga mereka juga dapat kurangkan tabiat ni. Biarlah slow slow pun, asalkan ada pertambahan baik kan hehe. Akhir kata, maaf jika ayat saya di sini agak kasar atau mengguris hati sesiapa. Semoga Allah berkati kita semua. Amin.

9/13/2012

FOR YOU ARE SOMEONE

When everybody put hopes on you, you will discover sense of responsibility. From here on, you will start to realize, that you can be reliable towards others.


But remember, do not be too proud because of that, just stay grateful and set your intention right.


Have trust in you yourself and make a wish to do your very best.


Be sincere in whatever situation, and always act rationally without letting any of your decision get influenced by your personal emotion.


Accept others opinion as long as it may lead to a good result.


Always remind yourself, good things you did come from Allah and bad things you did come from your own self. Then you will never involve yourself with the crowd of proud.


Don't do good things to get praise from others, do it because you are sincerely doing it. With hopes that Allah's bless will always be there for you.


Stay humble, stay calm. And once again, stay grateful.
Always.


Last but not least, of course, be happy. Because you have been choosen to be someone.


So prove that you are really someone. Hehe :D

9/09/2012

DISTANCE BETWEEN US

Baru ni saya dapat berita seorang teman sekolah saya yang boleh dikatakan antara yang rapat sangat dengan saya dulu akan sambung belajar ke uk insya-Allah. Dia akan sambung degree di sana, and ditanggung mara. Alhamdulillah, saya tumpang gembira dengar berita tu.


Tapi dalam masa yang sama, rasa sebak pun ada. Teringat rapatnya kitorang time form 1 sampai form 3 dulu. Even sampai sekarang pun kitorang selalu jugak keluar jalan sama-sama. Saya tahu saya rasa sebak sebab saya sayangkan dia. Walaupun kami dah tak mampu untuk jumpa selalu tiap hari macam dulu, tapi kami tetap dekat antara satu sama lain. Hati kami terasa dekat.


Saya gembira dia dapat sambung belajar di sana, tapi dalam masa yang sama, saya rasa sayu jugak bila terkenang yang dia akan pergi jauh. Masing-masing semakin jauh membawa haluan masing-masing dalam hidup. Hari dulu kita begitu dekat, tapi hari ni dah lain. Dia akan pergi jauh, dan saya pun akan bawa haluan saya sendiri.


Walaubagaimanapun, ukhuwah ni akan kami jaga dan pelihara. Supaya bukan jarak yang menentukan dekat atau jauh ikatan antara kami, tapi punca kekuatan ikatan ini, yakni Allah SWT. Insya-Allah, jika hubungan ini tercipta elok keranaNya, kekallah ia sampai ke syurga. Amin.


With full of love specially for you, dayang :)

9/08/2012

DISAPPEARING

Bila masa berlalu, teman yang rapat kian jauh terasa.


Bila hati terkaku sayu, air mata mengalir lesu.


Bila detik manis di suatu ketika bermain di minda, senyum hiba terukir tanpa sedar.


Ya Allah, andai ukhuwah kami terikat keranaMu, eratkan ia sampai bila-bila. Tapi jika ia bukan benar-benar keranaMu, sedarkan kami, ampunkanlah kami. Detik ini, hati menangis sayu mengenang jarak antara kita kini. Semoga Allah berkati :')

7/02/2012

CINTA ITU MOTIVASI

Saya masih ingat ada satu ketika bila saya down sangat, saya lihat wajah mak ayah saya yang tersenyum ikhlas menghulurkan sokongan. Bagaikan memberitahu saya mereka sentiasa ada bersama. Supaya yakin dengan Allah dan kuat hadapi segalanya. Juga pelukan mesra yang menyumbang semangat dalam diri, yang sering menjadi inspirasiku sebagai anak.


Saya ingat lagi gelak tawa adik-beradik saya yang cuba untuk hiburkan hati saya bila dalam duka. Gurau senda yang mengusik tangkai hati, semuanya segar dalam ingatan saya. Perkongsian manis untuk satu kisah hidup yang sementara ini.


Saya ingat lagi senyuman sahabat yang sentiasa ada di sisi berkongsi suka dan duka. Bahu yang sentiasa sedia untuk dijadikan tempat melepaskan tangis bila masa kesedihan hadir menyelubungi. Pendengar yang baik buat keresahan hati yang perlukan tempat bercerita dan berkongsi rasa.


Saya ingat lagi sepupu-sepupu selaku teman sepermainan sewaktu kanak-kanak lagi. Hingga kini dewasa bersama mengejar pelbagai impian dalam hidup. Pernah suatu ketika berkongsi impian dan angan-angan itu ini, terlupa sebentar akan manisnya saat itu. Detik yang akan dirinduinya bila usia mencecah dewasa. I miss them already. And i will always insya-Allah.


Saya ingat lagi teman-teman sekolah yang dulu erat dan sentiasa bersama. Namun terpaksa akui perpisahan kan muncul jua bila mana masanya tiba. Seerat mana pun, jalan yang dilalui kan berbeza. Kini ia sudahpun berbeza. Meskipun sukar untuk bersua muka, namun jejak memori yang pernah kita lakar, kan tetap segar dalam ingatan insya-Allah.


SIAPA MAMPU MENDUGA, ESOK, LUSA, DAN HARI-HARI BERIKUTNYA. SEMUANYA TAK MAMPU KITA DUGA. HARI INI KITA MESRA, TAPI ESOK MUNGKIN BERBEZA. MUNGKIN KITA CUMA MAMPU TERSENYUM DAN BERTEGUR SAPA SEBENTAR SAJA. MAKA HARGAILAH SEMUA YANG KITA ADA KINI. HARAPAN ORANG PADA KITA JUGA PERLU DIHARGAI.


Namun setiap dan segala rasa cinta yang saya perolehi ini, tak terkira banyaknya. Tak terucap oleh kata betapa bahagianya saya berada di sisi insan-insan ini. Insan-insan yang Allah hadirkan ini adalah tanda Allah juga ada. Milik-Nyalah kita semua, dan milik-Nya jugalah setiap rasa cinta dan kasih sayang ini. Ye benar, cinta-cinta ini motivasiku. Motivasi untuk terus kuat hadapi jalan hidup yang penuh liku. Allah sedang buktikan, Dia tak pernah tinggalkan hamba-Nya terkapai-kapai sendirian dalam hidup. Dia sentiasa bersama, tanpa kita sedar hadir dalam kasih sayang insan-insan sekeliling. Syukur pada-Mu Ya Allah, untuk cinta-Mu yang sering menjadi motivasiku.


INNALLAHA MA'ANA.

6/20/2012

YA RAHMAN YA RAHIM




MARYAM IS HEALED.
Regarding previous post, insya-Allah i'm already healed.



6/19/2012

HOPELESS

I realize one thing today, i cannot be a big hope to anyone anymore.


I know its not good to say this, but this is one thing seems to be true for me. I cannot stand holding a hope of someone and destroy it myself, breaking my beloved one's most precious heart. I cannot stand myself doing that. But i don't regret on what has happened. I know Allah is testing me, or else is showing me that this is the result of my own mistake. Yes i'm sure that's it. I'm sorry, very very very sorry, i destroyed your hope. Your very big hope. My bad :'(


I cannot stop crying seeing how disappointed you are. I could feel how deep your hurt is. I'm truely truely sorry. Truely sorry.


PLEASE, DON'T PUT TOO MUCH HOPE ON ME ANYMORE. I'M AFRAID THAT YOU WILL GET HURT ONCE AGAIN.


Somehow, i'll try my best, my very very best next time insya-Allah. Just don't wait for that too much, i'm afraid i'll dissapoint you once again. I see how hopeless i am to you right now.

6/13/2012

ITU KEWAJIPAN :)


Kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa. Tapi sebaiknya janganlah kita buat dalam keadaan terpaksa. Ikhlaskan hati, insya-Allah rasa seronok je nak buat. Kita cuba yang terbaik ye, insya-Allah Allah bantu. Positive dengan Allah, itu salah satu sifat yang Allah suka.

Sekali lagi, saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, kita sama-sama cuba ikhlaskan hati dalam apa pun amal ibadat. Dan apa pun perbuatan yang baik jangan lupa niatkan sebagai ibadah, supaya kredit amal ibadat kita sentiasa dikira masuk dalam akaun simpanan untuk akhirat. Insya-Allah :)

*******

‎"Dan kenalilah Tuhanmu, perbaiki dirimu, ajaklah orang lain. Dirikanlah daulah Islam di hatimu, nescaya ia akan tertegak dibumimu.."

(Asy-Syahid Imam Hasan Al Banna)

4/02/2012

CIKGU MAZNAH, JASAMU INSYA-ALLAH KU KENANG

Sabtu baru ni, saya dengan family pulang ke kampung. Tak semua pun family members yang balik, cuma saya, kaksa, umi dan walid. Ada dua pupu saya kahwin.


Masa di kampung, saya dapat berita sedih. Cikgu maznah dah takde. Arwah cikgu meninggal dunia beberapa hari yang lepas akibat kencing manis. Hati saya dijentik rasa sayu bila dengar berita yang tak disangka tu. Sedih, mengenangkan banyaknya jasa cikgu pada saya. Mengenangkan betapa eratnya hubungan kami suatu ketika dulu. Tapi semuanya dah berlalu. Perasaan saya waktu tu, pilu :'(


Saya ingat lagi suatu ketika dulu, saya pulang dari mesir ketika umur saya dah cecah 7 tahun. Saya masuk darjah satu lewat daripada kawan-kawan yang lain. Walaupun masa kat mesir, saya sempat juga bersekolah, tapi of courselah lain kan. Mana ada belajar mengeja bahasa melayu apa semua. Semua in arabic. So bila balik malaysia, masuk darjah satu, saya agak ketinggalan. Waktu ni saya tak pindah selangor lagi. Saya sekolah rendah di pahang sampai darjah 4 then pindah ke sekolah rendah sungai pusu di gombak. Balik pada cerita tadi, kawan-kawan yang lain semua dah pandai mengeja, saya je belum. Terkapai-kapailah saya nak kejar diorang. Dan guru kelas kami waktu tu, cikgu maznah. Cikgulah yang bertungkus-lumus ajar saya mengeja. Sampai kadang-kadang, cikgu sanggup stay kat sekolah sampai lewat petang sebab nak ajar saya mengeja. Saya masih ingat dengan jelas bagaimana cikgu dengan bersungguh-sungguhnya mengajar saya, nak bagi saya pandai mengeja macam orang lain. Tumpuan cikgu pun diberikan lebih sikit pada saya. Subhanallah, kuatnya semangat cikgu nak mendidik saya. Cikgu ajar sampailah saya laju mengeja dan membaca. Sampailah saya mampu belajar macam orang lain. Sebak bila ingat balik besarnya jasa cikgu. Sejak saya masuk sekolah tu, sampailah sebelum saya pindah ke gombak, saya dengan kawan-kawan yang lain memang rapat dengan cikgu maznah. Rumah cikgu betul-betul next to the school field. Petang-petang, kadang-kadang cikgu buat kelas tambahan. Kami pergi belajar kat rumah cikgu je. Kadang-kadang sembang-sembang, makan sekali, macam kawan dah pulak. Tapi hakikatnya, semua tu dah berlalu. Pergi bersama waktu yang takkan mampu diulang kembali. *Sebak huhuk


Mak saudara saya cakap, arwah cikgu dah lama menghidap kencing manis. Saya pun memang dah tau dia kencing manis dari dulu. Pernah jugak ingat nak ziarah, tapi arwah cikgu tinggal agak jauh. Dah lama jugak dia pindah dari rumah tepi padang tu. Kata mak saudara saya, lepas arwah kena potong kaki sebelum ni pun, dia masih pergi mengajar lagi. Tapi pakai kerusi roda. Ya Allah, kuatnya semangat cikgu nak mendidik anak bangsa. Terkedu saya dengar cerita tu. Tersentuh hati saya, gagahnya cikgu.


Memang hakikatnya saya sedih dengan berita pemergian cikgu, tapi hati saya terpujuk bila teringat balik kata-kata Rasulullah S.A.W :
“Apabila seseorang anak Adam itu mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara: Sedekah jariah yang sentiasa mengalir pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan orang lain, doa anak yang soleh”
(Riwayat Muslim)


Mengeja memang benda yang sangat basic, sangat simple pada kita. Dan dari mengejalah kita belajar lebih banyak, belajar lebih dalam tentang sesuatu. Jadi saya yakin, pahala cikgu akan sentiasa mengalir walaupun cikgu dah pergi buat selamanya. Apa yang cikgu ajarkan pada saya sebelum ni, lihatlah, alhamdulillah masih dapat saya amalkan dalam kehidupan seharian, insya-Allah. Dalam sehari, tak sah kalau kita takde baca apa-apa langsung kan. Insya-Allah.


Semoga cikgu tenang di sana. Selamat tinggal cikgu. With full of love, lillahita'ala.