8/07/2010

SAYA PANDANG JE

tadi ada karnival pibg kat sekolah menengah kebangsaan abu bakar baginda, sekolah hanan (adik). saya, ummi (ibu), 'aina dan aiman (adik) pergilah singgah jenguk-jenguk sekejap.

astaghfirullahal'azim, saya tengok perilaku budak-budaknya.. pusing kanan, lelaki perempuan riang-bahagia sedang main sembur-sembur apa entah BERSAMA-SAMA. pusing kiri, lelaki perempuan lepak dekat motor sambil main tepuk sana tepuk sini. Ya Allah, inikah generasi islam akan datang yang bakal memimpin negara. saya cuma memandang. kalau ikutkan hati, nak aje saya tegur diorang. nak sangat. tapi apakan daya, kami cuma singgah sekejap and nak cepat. so saya cuma mampu memandang dengan pandangan kurang menyenangkan dari jauh. ada yang perasan ada yang tak. isyh budak-budak ni, kalau iye pun jagalah sikit perilaku. kan ramai ibu bapa yang datang, mencemarkan nama sekolah je. and the most important thing is YOU YOURSELF. secara tak langsung orang pandang lain dekat korang tau. saya teringin nak mendekati diorang and jalankan tanggungjawab saya sebagai saudara sagama, tapi tak mampu. saya pun satu hal, marah kat orang sedangkan diri sendiri lemah. isyh isyh isyh :(

kalau walid (ayah) ada sekarang, mesti walid akan tegur. walid sangat berani, sebab 'MENCEGAH' ITU PENTING. saya respect sangat kat walid bab-bab ni. hahha, i love you ummi walid! back to the story, saya risau jugak tengok suasana budak-budak sekolah ni. risaukan hanan. semoga dia kuat di sini insya-Allah.

sahabat-sahabat semua, cuba fikir balik.. kenapa Allah suruh kita jaga pergaulan?

PULANG :)

alhamdulillah, selamat akhirnya sampai di rumah semalam (jumaat). alhamdulillah jugak, plan berjalan lancar. adoyai, semalam sampai hari ni baru nak heboh. hahha, apa-apa jelah.

by the way, semalam huda (roommate) balik dengan saya. lagipun pejabat ayah huda dekat je dengan uniten. hikhik, macam tak sangka pulak akhirnya huda akan jejak kaki ke rumah saya. kenapa ye? hee, entahlah. tapi huda sempat bertandang di rumah sekejap je. sebab beberapa minit kemudiannya, ayah huda sampai. apapun, thanks huda sebab sudi tumpang kami. hahha :D

BASYA!

8/04/2010

KITA CUMA MAMPU MERANCANG

ASSALAMU'ALAIKUM :)

semalam (rabu) hari yang agat rumit. semalam kami baru habis belajar chapter 3 subjek mathematics 3. kemudian madam nak buat kuiz, siapa tak terkejut. serius saya ingat kuiz hari jumaat. tapi madam cakap mesti buat samada hari rabu atau khamis sahaja. other than those days, NO. hahha, habislah! jujur, saya tak ready apa pun. baca sikit-sikit adalah time buat tutor. tapi untuk kuiz, banyak lagi nak kena tengok. so kesimpulannya, saya TAK READY LAGI. even memang ada orang bagitau hari rabu mungkin kuiz, entah kenapa saya boleh tak percaya. saya terlalu yakin kuiz akan buat hari jumaat. hahha, apalah. so bila madam cakap macam tu, bukan saya sorang je yang terkejut, yang lain pun sama. rasanya kebanyakannya pun macam kurang bersedia lagi. alhamdulillah, diorang berjaya pujuk madam tunda kuiz. and lastly madam tunda ke hari esok. dengarlah semua, ESOKNYA SAYA ADA KUIZ CHEMISTRY 2. best tak? bila tau macam tu, berselirat otak saya jadinya. tulah, siapa suruh tak ready awal-awal. main-main je tau.

dahlah malam hari rabu tu (malam semalam) ada kelas ganti chemistry. huh, khamis pulak pukul 7 pagi ada kelas chem (additional class untuk budak-budak tak pandai chem, HAHHA). kuiz maths pukul 9 pagi. petang ada kuiz chem pulak. so bila nak study maths? dahlah sekarang saya dah tak berani berjaga lebih dari pukul 2 pagi memandangkan banyak berlaku hal-hal kurang enak sejak kebelakangan ni di sini. huh, saya STRESS. saya tak suka stress. saya suka COOL. saya suka TENANG. so saya kena cari jalan penyelesaian. sebab saya TAK SUKA STRESS! dalam waktu-waktu macam ni, pada Allah je saya mampu minta pertolongan.. agar dipermudahkan segala urusan, diberi ketenangan, dan dijauhkan dari segala kesulitan. He understand me. yes, He really understand what i felt that time. first sekali, saya dapat rasakan ketenangan itu hadir sedikit demi sedikit. second, urusan saya dipermudahkan. subhanallah, dari yang sulit mudah je Dia menjadikannya mudah.

mulanya saya rancang tak nak pergi kelas chem sebab nak study maths kat library, tapi tak sangka rancangan saya tak menjadi and entah macam mana saya boleh pergi kelas chem pulak. hahha, Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk saya. time kelas chem, saya kurang menumpu sebab sibuk duk selak buku maths. hahha, jahat kan saya. kesian sir. serius rasa bersalah, tapi terpaksa. dan saya akui semua masalah yang saya hadapi tu berpunca dari kesilapan saya sendiri. bila ingat balik, kelmarin hari selasa pun saya kononnya rancang nak makan burger wendy's pukul 10 malam, tapi dengan takdir Allah kami sebilik keluar pergi AMF sebab tetiba rasa macam nak dengar forum sempena PALESTIN WEEK kat matrik uia sekarang. and balik pukul 12 tengah malam, makan burger pun dalam pukul 12 lebih tengah malamlah. nampak tak, kami cuma mampu merancang, tapi ALLAH YANG TENTUKAN samada perancangan tu akan menjadi atau tak. dan kita mesti yakin, apa yang Allah tetapkan pasti ada hikmahnya. yakin PASTI! hehee.

okeylah, sampai sini dulu. dah tak sabar nak balik minggu ni. nak jumpa umi walid. semoga rancangan saya nak balik minggu ni menjadilah. hikhik, amin. doakan yang terbaik untuk saya tau. may Allah bless us.

wallahua'lam.

8/03/2010

MAIN-MAIN :D


salam semua,
 sekarang saya di computer lab E. kelas baru habis. after this nak pergi pasar and singgah wendy's beli burger. hahha, paper exam tak dapat lagi. tapi macam teruk je. wallahua'lam. okey, gotta go. salam kembali :)

8/01/2010

KISAH YANG MENGUNGKIT NOSTALGIA LAMA

alhamdulillah, saya masih diberi peluang olehNya untuk bernafas lagi hari ini. selamat jugak balik dari kampung. kenduri malam tadi pun alhamdulillah, tetamu yang berkunjung agak ramai. mulanya nampak macam tak ramai, so semua pun lengganglah sikit kan. beberapa minit lepas solat Maghrib berjemaah, orang makin sibuk. agak-agak kat mana tempat yang paling sibuk dalam waktu-waktu macam ni? hahha, dah tentulah DAPUR. sekejap itu, sekejap ini. kerja saya dekat sinki basuh pinggan. saya dengan kakde. orang panggil kami askar, dan arif (sepupu) jadi panglima sebab dia yang hantar pinggan-pinggan kotor ke dapur. pinggan yang dah basuh semua dia yang susunkan ke dalam dulang. terima kasih arif. riuh rendah dapur tau tak. ahahhahha, seronoklah!

dalam nak dekat pukul 10.00pm, ramai tetamu mula beransur pulang. dalam waktu tu jugak, saya dengan kakde berhenti dulu basuh pinggan untuk makan. saya cuma makan nasi dengan lauk gulai masam ikan patin. lauk lain dah tak sentuh. ikan patin.. memang sedap! ahahha :D

kat kampung, kami ada sorang mak saudara. malam tu, kami terasa lain benar sikapnya. dah nak dekat setahun, hubungan kami renggang. kami pun tak tahu apa akar puncanya, dia macam kurang berminat untuk terima kehadiran kami di kampung. sedih kan bila mak saudara buat macam tu. mak saudara yang dulu boleh dikatakan agak rapat dengan kami. secara jujurnya, saya sikit pun tak menaruh benci atau marah pada dia. cuma agak terkilan dengan layanannya yang agak mengguris hati. and last night, she looked different. really different. dia berborak dengan kami, bergurau senda, sebagaimana dia layan kami sewaktu dulu-dulu. huhuu, agak sedih bila memikirkannya. saya rindukan dia yang begini. tapi saya yakin, ada hikmah di sebalik semuanya. sepanjang malam tadi, terasa berlegar-legar nostalgia lama dalam minda. terasa syahdu bila mengingati saat-saat gembira dulu. sebab hari ni, detik tu seakan berulang kembali.

after makan, saya dengan kak aiman borak-boraklah kan sambil basuh pinggan. umur kak aiman dalam 30-an. dia sepupu walid, tapi sebab dah biasa dari kecik panggil kak aiman, so biar jelah. dia pun nampak selesa dengan panggilan tu. lagipun, dia pun masih single. masa berborak, dia ceritalah sikit perangai saya masa masih bergelar baby. nak tergelak pulak saya dengar. hahha. dia cakap kalau orang perempuan nak dukung saya tak mahu, tapi kalau lelaki yang nak dukung saya mahu pulak. gatal tak gatal. hehee, tapi itu time kecik je okey. sekarang tak begitu dah ye. ahahha. lain dari tu, ummi pun ada cakap yang saya ni SERIUS gitu masa kecik. mata saya selalu tajam memandang itu ini. bila orang bawak naik kereka bukan main lagi ketawa-riang-bahagia. peliknya saya masa kecik.

banyak lagi sebenarnya nak cerita, tapi tak cukup masalah pulak. takpelah, next time ada masa saya update blog lagi eh. hehee, okeylah. gotta go. senyum ye semua!

wahh, indahnya suasana kampung.

subhanallah :)

wassalam

7/30/2010

BALIK KAMPUNG

okey, saya baru dapat mesej dari ummi.
umi ond way, x lama dah insyaAllah.
hihii, i'm going back after this. so, erm doakan saya selamat dalam perjalan pergi dan pulang. maklumlah, mati tu bila-bila je kan. maaf kalau ada salah dan silap samada yang disengajakan mahupun yang tak disengajakan. minta maaf banyak-banyak. may He bless us till our last breath come inviting us insya-Allah. amin.

assalamu'alaikum :) 

COMPUTER 1 MID-TERM EXAM

Alhamdulillah, selesai jugak exam computer 1 (ISM2112). huh, banyak jugak yang saya confuse tadi. hmm, mungkin sebab lupa nak baca doa before jawab tadi kot. masa cuma sejam, and saya duk risau tak sempat jawab habis. tapi alhamdulillah, sempat jugak akhirnya. thanks to Allah :)

malam tadi mardhiah (classmate) datang bilik stay-up sama-sama. tapi tak sampai pukul 2 pun. donut pun ada sekali. syukur sangat diorang ada, kalau tak terkontang-kantinglah saya sorang-sorang kat bilik. lepas malam yang saya tak dapat tidur lena tu, alhamdulillah semuanya bertambah baik. takdelah saya tidur dalam ketakutan macam malam tu. hmm, kalau dikira nikmat Allah pada saya amatlah banyak sampai tak terkiralah pada hakikatnya. ini baru yang saya sebut, yang saya tak sebut? subhanallah, masya-Allah, benarlah Allah Maha Agung. terasa kekuasaannya mengatasi segalanya. semua nikmat yang saya peroleh hari ni datang dari Dia. terima kasih Ya Allah kerana membenarkan hamba untuk merasai nikmat-nikmatMu ini. tak terkira banyaknya.

hahha tajuk entry macam serius, tapi isinya macam takde apa-apa. upss lupa nak bagitau, hari ni saya balik. after this, parents datang ambil saya dengan kakde (adik) kat uia pj ni and straight ke main campus uia gombak ambil abangnas. then terus balik kampung di pahang. malam ni ada kenduri. biasalah, Ramadhan kan dah nak menjelma. buatlah kenduri arwah sikit. semoga arwah nenek moyang semua tenang di sana. tak sabar rasanya menanti kehadiran bulan Ramadhan yang penuh keberkatan itu.

saya ingat lagi satu verse ni;
 janganlah kita menjadi hamba kepada bulan Ramadhan (yakni cuma beramal baik dalam bulan Ramadhan), tetapi jadilah hamba Allah yang benar-benar istiqamah dalam beribadah.

kita ni kadang-kadang bulan Ramadhan je buat baik, bulan-bulan lain ambil ringan je hal-hal ibadah ni. kalau boleh tak naklah jadi hamba kepada bulan Ramadhan kan. so jom teruskan buat yang terbaik sebagai seorang khalifah. banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. bukan pada diri dan keluarga saja, tapi jugak pada agama.

akhir kata, saya panjatkan doa semoga Allah berkati kita semua insya-Allah. amin :)

subhanallah

7/28/2010

TERRIBLE NIGHT

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

malam tadi, rasanya teruk betul. sangatlah scary. ingatkan masalah tu dah takde. rupanya still ada. lebih kurang dalam pukul 12 lebih malam tadi, masa saya baru balik dari bilik air nak masuk bilik, tiba-tiba adalah seorang sister ni tolak pintu bilik. saya terkejutlah kan sebab saya tak kenal dia. fatim dengan huda (roommate) pun tak tidur lagi time tu. kami baru nak tidur. bila sister tu tolak pintu bilik dengan gaya selambanya, saya pandang fatim. mungkin kawan fatim. but she's not. saya yakin bila tengok riak muka fatim yang seakan-akan pelik dengan kehadiran sister tu. and saya dapat baca dari riaak wajah fatim jugak yang fatim tak kenal dia. huda? sama jugak. then saya pandang sister tu balik. baru nak tanya, 'awak siapa?'. tapi dia bersuara dulu. 'nanti dalam pukul 2.00-5.30am kalau ada orang ketuk pintu jangan bukak tau. baru-baru ni ada kes budak tingkat atas biliknya banyak kali kena ketuk dalam waktu tu tapi tak tahu siapa and budak tu mengadulah kat fellow. so fellow nasihatkan semua supaya jangan bukak pintu kalau ada orang ketuk dalam pukul 2.00-5.30am. okey?'.

saya kalau orang sebut pasal benda-benda macam ni tengah-tengah malam memang besar effectnya pada diri saya. saya tanya dia, 'habis tu orang yang biliknya kena ketuk tu bukak pintu ke tak?'. dia jawab, 'tak'. tertanya-tanya jugak saya, so apa yang berlaku? siapalah nak bukak pintu kan kalau ada orang ketuk tengah-tengah malam macam tu. ouuu, sangatlah seram. kemudian datang lagi sorang sister, tak silap saya dia tu president hisbah kami. dia pun tanya, 'hha, dah tahu dah?'. saya angguk je. dalam hati, hanya Allah yang tahu perasaan seram sejuknya.

bila diorang dah beredar, saya tutup pintu. perasaan waktu tu tak menentu. saya tahu roommate saya pun begitu. dari seronok-seronok nak tidur, dah rasa tak boleh tidur pulak. teringat rumah, teringat umi, walid. waaaa, nak balikkk. kat rumah tenang sikit. huhuu. (sedihnya)

macam biasa, nak tidur tutup lampu dulu. huda macam okey je. huda and fatim dua-dua dapat meseg dari kawan-kawan pasal kes tu and pasal amaran jangan bukak pintu tu. saya dah naik katil atas. selimut seluruh badan (hahha, nampak sangat takut). sejujurnya, saya tak selesa dengan berita-berita macam ni. kadang-kadang tu tak tahu lebih baik kan. hidup tenang, fikiran pun tak melencong jauh. huhuu, tak sukanya macam niiii. dahlah sabtu ni nak exam. nasib baik donut exam sekali. kalau tak, tak tahulah.

back to the story, huhuu saja nak cerita perasaan ketakutan dan ketidak sukaan yang saya alami malam tadi. mulanya saya dah tidur, tapi terjaga dalam pukul 1.20am. alamak, alamak, saya mula resah. huh lemah semangat betul saya ni. jap, tapi biasanya taklah rasa setakut ni. saya terjaga sebab phone saya berbunyi. ada meseg. ni mesti meseg yang sama macam yang huda and fatim dapat. sikit pun saya tak gerak. tubuh saya kaku. huhuu, tak tahu apa nak buat. sebanyak yang boleh saya baca ayat qursiy. cuma pada Dia saya mengharapkan perlinndungan dari segala sesuatu yang tak baik. cuma Dia yang mampu lindungi saya. saya wirid banyak-banyak, baca surah 3 Qul, and tak lupa jugak ayat Qursiy tadi. Ya Allah, janganlah ada apa-apa. saya cuba yakinkan hati saya. yakin! Dia ada melindungi kami. insya-Allah.

huhuu, nak dekat 2 jam saya tak dapat pejam mata. nak dekat DUA JAM juga posisi saya tak berubah. masih seperti dua jam yang lepas. selimut dahlah satu badan, panas! takut punya pasal, sampai peluh merintik pun dah tak kisah. serius panas. panas lagi hari akhirat nanti kan. Ya Allah, izinkan hamba dengan tenang dapat pejamkan mata. izinkan hamba Ya Allah. saya minta banyak-banyak pada Dia. dan alhamdulillah, tanpa sedar saya tertidur. pukul 6 lebih baru bangun semula untuk tunaikan solat Subuh. mata saya bengkak, tak cukup tidur. huh, macamanalah hari jumaat nanti. dahlah ramai sister yang balik. mesti hostel sedikit sunyi daripada biasa. Ya Allah, tenangkan kami pada malam-malam yang akan datang. lindungilah kami wahai Yang Maha Kuasa. rasa sayu pulak. tersa kerdil benar diri ni. hinanya saya, lemah dan tak berdayanya saya. ujian sekecil ini pun tak dapat saya lalui dengan gagah.

and hari ni, banyak pulaklah cerita saya dengar pasal kes-kes yang berlaku kat zc sejak kebelakangan ni. aduhai, sekarang zc pulak yang jadi aim 'orang tu'. siapalah orang tu. macam-macam kes sampai saya jadi semakin takut. tapi alhamdulillah, Allah ingatkan saya pada pesanan ummi. yakin dengan Dia, insya-Allah dilindungi selalu. semua tu makhluknya, dan Dia Maha Tahu segalanya. hhmm, betullah. bila fikir balik, tak siapa yang mampu mengatasi kuasaNya. jadi bergantunglah sepenuhnya pada Dia, Allah Yang Satu.

apapun, doakan kami di sini selamat dan sentiasa di bawah perlindunganNya insya-Allah. semoga malam-malam akan datang tak diselubungi ketakutan sebagaimana malam tadi. na'uzubillahiminzalik.

7/17/2010

TENTANG SEMALAM

saya ingat lagi dulu masa form 3, saya ada seorang kawan yang boleh dikatakan agak rapat sejak form 2. kat sini saya panggil dia bb jelah. kisah ni bermula dari satu prinsip yang kebetulannya kami pegang bersama. melihatkan pada masa tu ramai betul kawan-kawan yang ber'couple', kami dengan sukacitanya menubuhkan satu kelab persendirian yang namanya ANTI-COUPLE. hahha, pertubuhan tak rasmi. masa tu pun kami bukanlah matang sangat. hahha, nak tergelak pulak rasanya bila ingat balik detik comel ni.

kami 'ANTI-COUPLE' sahaja okey. not anti-love. hee.

ditakdirkan, kami jadi rakan sekelas cuma sampai form 3. masuk form 4, aliran kami dah lain. saya ambil aliran sains tulen, dia pulak ambil akaun. tambah lagi bila saya mula diberi tanggungjawab untuk pegang jawatan sebagai pengawas sekolah. hubungan kami mula renggang dan tak dapat nak jumpa selalu macam dulu.
 

as a friend, saya sayangkan bb. dia kawan yang baik and caring sangat. tapi pilihan hidup itu kepunyaan masing-masing. dia punya hak untuk pilih jalan hidupnya macamana. saya cuma mampu menasihati sebagai kawan. keputusan apapun berkaitan hidupnya tetap di tangannya dan Allah Maha Mengetahui.

islam tak pernah menghalang sesiapa pun untuk merasai apa itu cinta, tapi perlulah berlandaskan titik garis yang dah Allah tetapkan. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. hayatilah sifatNya yang Maha Agung ini.

balik pada kisah tadi..
kalau tak silap masa akhir form 4 atau awal form 5, dia datang dekat saya dan hulurkan coklat cadbury. saya pelik. dia cakap dekat saya "kite minta maaf". lagi saya pelik. untuk apa? bila saya tanya, dia cakap" kite couple". agak kaku saya pada mulanya. dia yang dulu membenci perkataan couple sekarang dengan sendiri bercouple. terkejut? mestilah. huhuu, sedih pun ada. prinsip yang kami pegang bersama suatu ketika dulu dah runtuh. dan puncanya, nak tahu apa? SMS. ingatlah, SMS sangatlah bahaya. dari situlah syaitan mula menjalankan misinya nak memusnahkan umat manusia.

saya terima coklatnya dengan ikhlas. tapi tak dapat dinafikan, hati saya sangat sayu. bukannya apa, saya terasa sayangnya dia melepaskan prinsip itu dan tinggalkannya dari hidup dia. prinsip tu penting untuk masa depan juga. saya dah buat apa yang patut. selebihnya terpulang pada dia. walau bagaimanapun, kami masih berkawan macam biasa. cuma tak memegang pada prinsip yang sama lagi. saya faham, cinta sukar ditolak tepi. tapi  cinta juga berbahaya. ramai yang kecundang disebabkan cinta. na'uzibillahiminzalik.

itulah kisah semalam, dan hari ni.. bb masih ber'couple'. tapi bukan dengan orang yang sama, kali ni orang lain pula. once kita biasa dengan semua tu, kita akan jadi biasa. walaupun hal tu berdosa dilakukan. syaitan tu musuh yang nyata! mereka takkan mudah-mudah lepaskan mangsanya macam tu je. yang penting, mereka nak jatuhkan kita.

  subhanallah :)

bila renung kembali kasih sayang yang ada di atas muka bumi ni, indahnya tak terkira. renunglah sekali lagi, bagaimana agaknya kasih sayangNya? kasih sayang di atas muka bumi ni cuma 1/10 dari kasih sayangNya. subhanallah, pasti kasih sayangNya lebih Agung. 9/10 lagi ada, tapi disimpan untuk hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa di syurga kelak. beruntungnya siapa yang bisa memperoleh kasih sayang Yang Maha Agung itu. allahummarzuqniminzalik insya-Allah.

i love you friend. love you lillahita'ala. alangkah baiknya andai bb sedar semua ni. saya cuma mampu berdoa, semoga kesedaran itu sampai juga padanya satu hari nanti. tak lupa juga buat diri saya sendiri, semoga hati ini tetap kuat dan teguh di atas landasan yang hakiki insya-Allah dan kesedaran ini kekal dalam diri saya. wallahua'lam.

MALAM KESENIAN ISLAM, UNITEN :)

assalamu'alaikum,

hahha wahh.. dah lama rasanya tak update blog. hari-hari yang menyibukkan dah curi kesempatan saya untuk dengan tenang mencoret even sedikit pun kata-kata di atas page blog ni. hhmm apa pun, alhamdulillah.. Dia masih beri saya kesempatan untuk hidup di atas muka bumi yang fana ini. may He bless us insya-Allah :)

okey, ni nak bagitau ni. tau tak, saya happyyyyy sangat dapat balik rumah lagi. last week dapat balik sekejap je. sabtu balik, ahad pergi semula. bukannya sengaja balik hari sabtu, tapi sebab sekarang ni musim mid-term exam so waktu cuti hujung minggu agak terganggu. sabtu tu saya ada exam chemistry2, kalau tak dah lama saya balik hari jumaat. hee.

jadi, apa yang saya nak cerita kat sini sebenarnya pasal malam kesenian islam yang saya ikuti di dewan seri sarjana UniTeN malam semalam yakni pada hari Jumaat (16/07/2010). yang di bawah ni gambar posternya.


semua artis di atas hadir. buat mereka, saya ucapkan terima kasih untuk hari yang bermakna bagi kami :)



inilah dia dewan seri sarjana. gambar ni bukan gambar tyme majlis malam tu tau, ni cuma gambar selingan. i like this hall. hahha.



ini salah satu persembahan yang dimainkan oleh anak-anak seni UniTeN. yang ni best! gerun, hahha tapi saya suka. yang penting kita ambil pengajaran yang cuba nak disampaikan.

saya takde banyak gambar yang boleh ditunjukkan di sini. tapi secara keseluruhannya, i enjoy that night so much. thanks to everyone who has lighten the night and the most important thing is, thanks to Allah. tanpa izin dari Dia, kami takkan ada di sana malam tu :)

kalau ikutkan, banyak yang nak saya coretkan lagi di sini berkenaan malam kesenian islam ni. tapi nampaknya kelewatan malam tak mengizinkan. mata saya pun dah nak pejam menghadap laptop malam-malam buta ni, hee.

semoga usaha semua dalam menjayakan malam tu mendapat balasan baik dari Allah. amin.
akhir sekali, saya ucapkan salam buat semua dengan senyuman :)