5/15/2010

missed in a bright place

mereka pernah kutuk kami itu ini
mereka pernah rendahkan kami
mereka pernah guris hati kami sedalamnya
dan mereka pernah kecilkan hati insan yang kami sayang

but lastly, bila tiba jalan buntu.. mereka datang cari kami. mereka bergantung pada apa yang pernah mereka perendahkan. untuk mengungkit tu jauh sekali, apatah lagi untuk membenci mereka. kami sayangkan mereka juga, cuma bila kenangkan kembali terasa lain benar hari dulu itu dengan kini. sejujurnya, saya sedikit pun tak menyimpan sebarang dendam dalam diri saya. sekadar ingin berkongsi dengan pembaca semua supaya harapnya dapat kita muhasabah bersama. itulah, kita tak boleh mudah-mudah je mengata pasal orang tak tentu pasal. manalah tahu satu hari nanti merekalah yang paling banyak menghulurkan bantuan pada kita. tak mustahil kan? apapun, saya tetap sayang mereka. semoga kita sama-sama dapat ambil iktibar dari apa yang dah berlaku ni. and may Allah bless.

p/s: yesterday was yesterday, but today is not yesterday.

5/14/2010

do you know what respect mean?

semalam, saya ikut nenek pergi hospital serdang.. ada appoinment dengan doktor untuk buat terapi. saya pergi dengan dua orang adik saya, kakde dan aiman. yesterday was my first time being there. tapi ni bukan point utama saya untuk post kali ni, hha :P

kami berempat masuk dalam bahagian terapi tu sama-sama, cuma dalam bilik khas terapi tu je tak boleh masuk lebih dari seorang. masa baru sampai depan bahagian kaunter tu, kakde jalan terus macam kebiasaannya. tiba-tiba dengar satu suara yang agak kuat (yang bagi saya agak kasar) memanggil kakde. kami macam agak terkejutlah. mana taknya, dari suasana aman damai tetiba ada suara menegur sebegitu kuat (bagi saya macam tu kira kuatlah). even bercakap kuat sikit pun dah bergema, lagilah kalau jerit. upsss, ingatkan nurse tu marah ke apa. hah, rupanya just nak bagitahu yang area tu tak boleh masuk. kakde manalah tahu sebab sebelum ni dia masuk ikut situ okey je. mungkin ada perubahan pulak tak tahulah kan. saya dengan aiman diam je sambil wan dan kakde bercakap dengan nurse tu (terkejut lagi kot, hahha).

time wan tengah buat terapi, saya dengan aiman duduk kat kerusi luar.. menunggu sambil baca majalah. first terapi wan kena buat dalam bilik khas terapi tu. second terapi wan kena buat depan kitorang. betul-betul depan kerusi menunggu tempat kitorang duduk. then adalah sorang mak cik ni, i'm not sure sure wether she is just a nurse or a doctor sebab dia pakai baju kurung biasa. dia datang dekat wan and berdiri betul-betul depan wan. saya, aiman, dengan kakde duduk kat kerusi menunggu sambil melihat tindakan mak cik tu. terapi kedua yang wan nak buat tu tujuannya supaya wan boleh belajar berjalan balik. dua besi paras pinggang di kedua-dua belah dan pesakit kena cuba berjalan sambil memegang besi tu. hmm, tak tahulah orang panggil jenis terapi tu apa. apa yang buat saya rasa macam agak tergamam.. bila mak cik tu bercakap dengan nada yang kuat pada wan depan mata saya. saya ulang, 'depan mata saya'. what the..? astaghfirullahl'azim, apa mak cik ni? isyhh, kalau ikutkan hati nak aje saya pergi tegur mak cik tu depan-depan. wan senyum je, padahal saya tahu wan pun kecil hati. saya nampak dari riak muka wan and saya faham apa wan rasa. mulanya saya pun trylah control rasa geram tu, ingatkan dia tak buat dah. alahai.. rupanya buat lagi. antara benda yang paling saya bnci adalah bila melihat orang lain kena marah depan orang lain. sebab saya pun memang tak suka kalau saya sendiri kena marah depan orang lain. seriously, i hate that okey! saya tak fahamlah kenapa mak cik tu sampai hati buat macam tu kat wan. tahulah awak tu pekerja kat situ, tapi tak payahlah act over sangat. mak cik tahu respect orang tak? dahlah nenk saya lebih tua dari dia, tak pandainak hormat langsung. ya Allah, ini ke masyarakat melayu yang terkenal dengan budi bahasa? astaghfirullahal'azim..

saya agak sensitif bila orang buat macam tu depan mata saya. tak kiralh orang tu saya kenal atau tak, rasa geram pasti akan timbul. sampai ke akhir, wan cuma senyum je depan mak cik tu. kalaulah saya kat tempat wan, mesti saya dah lemah semangat. saya rasa macam tak sanggup dah nak pandang muka mak cik tu demi nak buang rasa marah dari terus membakar hati saya.

apapun, saya bukan nak hina mak cik tu or whatsoever. cuma saya nak kalau boleh kita ambil pengajaran dari sini supaya kita tak turut sama melakukan hal ni pada orang lain pulak next time. rupa dah lawa cantik dah, tapi bila buat perangai macam tu terus jadi lain. orang dengar cakap dia pun sebab orang takut kat dia, bukan sebab orang respect dia. ingat tu! semoga dia sedar satu hari nanti. wallahua'lam.

p/s: btw, thanks aiman to be there with us. at least bila pandang muka aiman sejuk sikit hati ni. hehee :)

5/12/2010

silent news

nothing to say here. cuma saya rindukannya :P



hahha, apa ni? pelik jelah. biarlah, pelik pun peliklah. hha, i miss you. really miss you.


tapi tak bermakna saya abaikan yang dah ada di sisi saya ye. i still appreciate you sweety.

YOU home. HAHHA.

p/s: saya yakin ada sebab untuk semua ni berlaku. Allah knows the most. may Allah bless.

5/10/2010

yah it's too short, but just to know you is more than enough



thanks to let me know you
thanks to be a friend of me (the naughty me)
thanks for being there right by my side
thanks for everything you've served me
thanks for all the beneficial knowledge you've teached me
thanks
thanks for everything
thanks DONUT (bukan makanan okey)

walaupun usia perkenalan kita terlalu singkat, awak perlu tahu yang saya amat dan teramat menghargainya.  please, don't stay there where i can't see you (ini bukan ayat saya, hha).

p/s: love you friend :)

no word 'US' for us if you never be here



jangan cakap awak menyesal ada kat sini even if you really hate it. kalaulah andai kata awak tak pernah ada di sini and tak pernah sampai kat sini, then for sure kita takkan kenal antara satu sama lain. for me, it's better if you leave silently than you regret being here. because my heart feels really hurt (badly hurt) just to hear those words.

awak tak sepatutnya menyesali semua ni sedangkan awak yang decide untuk ada di sini before. awak sedar tak yang awak sedang menyesali 'apa yang dah Allah tetapkan'? betul, itu semua tentang sejarah hidup awak. tapi sejarah hidup awak siapa yang tentukan? yang dah jadi tu semua dah tertulis di lohmahfuz sebelum kita rasmi bergelar seorang insan lagi. you are not suppose to be that way..

just keep it silent okey.

p/s: manusia sering je meratapi apa yang dah berlaku, sedangkan apa yang diratapinya itu yang membawanya ke hari ini. dan kerana hari semalam yang diratapinya juga.. dia kenal siapa saya. atau adakah bermakna awak meratapi perkenalan kita sebagai kawan? how sad. 

5/02/2010

captured in his eyes

you know.. i really admire this kid. you must have known him right? hahha.


the murder is YOU! blablabla.... and case solved. what a brilliant detective. ahahhahha.


his innocent-kiddy-face looks so cute (hahha, excited ni).


i know it is just a smiling cartoon-drawing, but i still like him. HEE.


behind him; Ran. well, maybe his future wife (jealous).


his hobby; playing football. you see there? someone is watching him. ahahha.


its hurt to love someone, Ran has proved it to me. HHA.

agak pelik di sini bila saya post pasal cartoon. but seriously, sejak kecil sampai sekarang.. i love this story. hahha, kisah penyiasatan yang benar-benar buat saya tertanya-tanya. macam manalah penulis cerita ni boleh dapat idea yang terlalu banyak dan mendalam untuk mereka kisah penyiasatan yang pelbagai sebegini? yang pasti, penulis dia memang pandai and creative. i respectlah you! hahha.

macamana nak jadi pelukis yang hebat?

p/s: i wanna know the ending of this story! what'll be happening? semangat betul post pasal ni. HEE.

today before tomorrow

bismillahirrahmanirrahim

hari ni, pagi terasa lain dari biasa. kesegaran yang saya rasakan.. hhmm memang menambah kenikmatan yang sudah sedia ada dan tak terkira banyaknya. alhamdulillah, masih ada lagi nyawa ini saya pinjam dariNya bermakna masih ada kesempatan yang Dia sediakan buat hambaNya yang hina ini memperbetulkan diri. terima kasih Ya Allah.

pagi tadi usai solat Subuh, saya duduk di koridor rumah. melihatkan langit yang luas dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau mengelilingi perkarangan tempat kediaman saya. benar, ianya membawa inspirasi dalam hidup saya. udara waktu subuh sebegitu sungguh berbeza dengan waktu siang hari. terasa ada angin sejuk nyaman yang meniup tubuh. langit yang nampak sedikit kemerahan subhanallah begitu cantik sekali.

tiba-tiba, hati bagai dipagut sayu mengenangkan banyaknya hari-hari semalam yang dilalui tanpa mengingatiNya. Ya Allah, ampunilah hamba.

 He who create us, He knows what will be the best for us. thank you Allah.

p/s: semoga inspirasi ini berguna untuk saya manfaatkan di hari kemudian insya-Allah. may Allah bless.

4/25/2010

where am i?

i'm curious about myself right now

bila saya jalan-jalan and baca blog orang lain yang bagus-bagus, terasa saya telalu kecil dan kerdil. saya bukan seorang yang 'alim macam yang lain, tapi saya teringin nak jadi macam diorang. saya bukan perempuan bertudung labuh, bukan jugak yang terlalu baik.. yang sesuai dikategorikan sebagai yang baik di sisi-Nya. saya lihat macamana jauhnya beza antara saya dengan mereka. saya dapat lihat juga betapa saya ni masih banyak kekurangan nak dibandingkan dengan orang lain. bukan saya tak bersyukur jadi diri saya sendiri, tapi saya terasa agak sedih sebab terlalu banyak mengingati dunia berbanding akhirat. Ya Allah, di manakah saya? huu.

banyak blog yang saya jumpa yang sentiasa mengingatkan pembacanya tentang Dia. alhamdulillah, masih wujud hamba Allah yang sebegini di kalangan remaja zaman sekarang. sejujurnya, saya memang seorang yang tak terlalu bagus dalam agama.. tapi saya suka dengan sesuatu macam ni. susah untuk saya gambarkan perasaan saya sekarang. saya pun tak tahu kenapa, bila saya lihat anak-anak remaja teruna ke masjid beramai-ramai terasa seolah hati ni riang ceria. terasa islam tu masih wujud dalam hati mereka da insya-Allah saya juga. bila dengar orang baca quran, terasa lapang dada hingga masalah yang bermain di minda lari entah ke mana. dha'ifnya saya, kerdilnya saya, hinanya saya. tak terbayang betapa jauhnya saya dari Dia. air mata ni seakan ingin mengalir keluar demi melepaskan kesedihan ni. Ya Allah, ingin sekali saya tahu.. di manakah saya? apakah ruang masih ada buat saya bertamu di sisiMu? masihkah Kau mahu menerima hambaMu yang terlalu hina ini? and here, i'm crying alone.

please, saya perlukan seseorang untuk bawa say kembali ke jalan yang sebenarnya. saya perlukan seseorang yang boleh membimbing saya ke arah yang sebetulnya. saya perlukan seseorang yang boleh sentiasa mengingatkan saya padaNya. sejujurnya, ini perasan saya saat ni. wallahua'lam.

p/s: minta maaf kawan-kawan sebab tak mampu jadi kawan yang baik, yang mampu menegur dan menasihati. saya memang penakut, hope sangat dapat jadi kawan yang boleh membimbing untukkebaikan dunia akhirat. aminn insya-Allah.

4/24/2010

you must know why

kawan-kawan selalu ingat saya suka balik rumah hujung minggu just to be at home. huhuu, kadang-kadang terfikir jugak kenapa reason tu terlalu simple. it's complicated actually. saya tak tahu kenapa mood saya akan jadi kurang baik kalau tak balik rumah setiap hujung minggu. bagi saya, dengan pulang ke rumah semangat saya bagai disuntik kembali. sebab lainnya mungkin rumah saya dekat dengan uia. but itu just sebab sampingan je. seriously, sebab utamanya is that i want to meet them. umi, walid, aiman, and others.

tak kisahlah orang nak kata apa pun setiap kali saya balik, tapi tulah.. yang penting saya dapat jumpa parents saya. saya nak pastikan mereka sentiasa okey. saya boleh je sebenarnya kalau tak balik pun, cuma rasa tertekan pasti akan timbul  HAHHA, apalah perangai macam ni. macam manalah kat gombak nanti kan? adoyai.

disebabkan aiman pun baru balik hospital, saya rasa lebih rindu nak balik. saya rindukan saat kami berkumpul ramai-ramai macam dulu. umi ada, aiman ada, walid ada, and semualah. i miss that moment damn much.

that's why saya tak nak fikir and malas nak fikir pasal lelaki or what so ever buat masa ni. terasa rugi masa dengan family kan. lagipun, terseksa rasanya bila kita sayangkan seorang lelaki pada waktu yang salah. saya dah tak sanggup untuk mengulangi kesilapan dulu. so better tak payah nak susah-susah fikir pasal hal-hal cinta ni time tengah belajar. susah tau lagi-lagi bagi lelaki. kalau cinta tu datang sendiri nak buat macam mana kan, itu lainlah. tapi tulah, kita selalu salah gunakan perasaan tu. huh, apa-apa jelah. kalau sebut soal ni memang rasa macam nak cakap banyak. so baik berhenti sampai sini je. pesanan terakhir; pasangan yang baik takkan biar kita jaga diri kita dari perbuatan yang tak baik dengan orang lain sahaja tapi dengan dia jugak. dia akan jaga kita dari semua sudut. so carilah pasangan itu bila dah tiba masanya dan caranya biarlah betul. islam tak pernah halang kita dari merasai perasaan tu. yakinlah, apa yang dah Allah gariskan tu adalah apa yang terbaik untuk kita. may Allah bless.

p/s: kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan saya. moga kasih antara kami mendapat berkat diMu Ya Allah. may Allah give us the right happiness. 

life perception

pulang ke kampung, pelbagai perkara yang saya observe dan insya-Allah akan saya jadikan iktibar untuk kebaikan di masa akan datang. betullah, hidup seakan tak lengkap tanpa adanya kesulitan. tapi kesulitan tu terkadang amat menyakitkan sampai terkadang terasa sukar untuk kita bertahan dengan dugaan itu. tapi percayalah, takkan ada erti kata rugi bagi mereka yang tabah dan sabar di sisi-Nya insya-Allah. Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat kita.

tujuan pulang ke kampung? sepupu kahwin. and her age is just 16 to have a 'rumahtangga' life. sesuatu yang
tak pernah saya expect akan terjadi pada orang terdekat. majlisnya berlangsung semalam. macam biasalah, sanak saudara takkanlah nak tengok je, mestilah buat kerja sekali. hah hah.


hhmm, sebelum ni tak pernah rasanya duduk ramai-ramai masukkan itu ini dalam plastic and what so ever
untuk persediaan majlis besar macam tu. terasa ada ikatan yang makin akrab di situ bila kami berborak sambil ketawa sama-sama. Ya Allah, hikmahnya mungkin lebih besar dari yang kami sangka. terima kasih untuk semua yang terbaik yang Kau berikan. dalam diam, hati saya bagai berbunga-bunga. dulu kami tak terlalu rapat macam ni. dan berkat hari bahagia tu, kami semakin erat. ada tu yang baru tahu saya dah habis sekolah. agak terkilan di situ. hahha, tapi salah saya jugak tak pernah nak beritahu.


waktu akad nikah, saya ikut sekali ke masjid. terasa berdebar bila dengar si lelaki melafazkan akad. darah
macam menyirap laju ke muka. dengan satu lafaz sahaja, sepupu saya dah jadi miliknya. dengan satu lafaz jugak, yang haram bertukar jadi halal. saya tak terbayang betapa berdebarnya sepupu saya, dah jadi isteri orang pun dia. alhamdulillah, dia nampak bahagia dan dah boleh terima semua ni. suaminya pun muka baik je, segak lagi dengan baju melayu putih cream sedondon dengan warna baju pengantin perempuan. sayang betul tak dapat upload gambar. nantilah bila ada masa, hehee. mereka nampak secocok sekali. i pray may Allah give you happiness and happiness and happiness. may Allah bless.


to be there, i'm very grateful. you and you, be a good partner to each other. deep in my heart, i cry happily..
because i love her (my cousin).


p/s: jadilah isteri yang memahami dan menyayangi suamimu sepenuhnya. dan jangan sesekali awak lupakan Dia di saat suka mahupun duka.. kerana kebahagiaan itu milikNya. Dia yang berhak memberi dan mengambil kembali kebahagian itu. moga bahagia.