4/17/2010

please.. get well soon

sejak tiga empat minggu yang lalu, hospital dah jadi macam tempat biasa saya ulang-alik setiap kali balik cuti hujung minggu. actually saya mulanya tak nak sebut tentang hal ni dalam blog sebab saya kurang suka ceritakan benda-benda macam ni. but to endure this just like to let a very big and huge burden to be there right on my mind. and honestly i can't let it be. so bagi saya, post ni just untuk legakan sedikit minda saya. may Allah bless.

nak diringkaskan cerita, sekarang ni aiman ditahan di hospital kajang. puncanya kes jangkitan kuman dalam
darah. disebabkan keadaan aiman yang tak menentu and perlukan perhatian dari orang dewasa, umi terpaksa habiskan banyak masa kat wad jaga aiman. opsss, bagi seorang ibu takde erti terpaksa dalam menjaga anak. malah hati akan rasa lebih bersalah bila tinggalkan anak sendiri tak terjaga oleh sesiapa. saya cuma cakap apa yang umi pernah cakap je. but at the same time my mind can totally accept that, melihatkan bagaimana umi (tak lupa jugak walid) sanggup stay kat hospital tanpa mengira bosan atau jemu just to look after aiman. that's my parents! hee.


kelmarin dan semalam, saya ganti umi jaga aiman dari pagi sampai malam. then umi akan jaga balik
malamnya. alhamdulillah, ada hikmahnya saya takde kelas khamis dan jumaat. boleh balik awal dan ringankan sikit beban umi. lagipun dua hari tu umi dah tak ambil cuti.


bagi saya semalam (jumaat) merupakan hari yang agak menakutkan bila aiman menggigil macam apa. waktu masa tu hampir senja. umi dengan walid tak sampai lagi. yang ada cuma saya, aina, dan aiman. dah lepas masuk ubat ikut punggung pun, aiman still menggigil. ya Allah, masa tu cuma Dia yang tahu betapa risaunya saya. minta jauh sawan dia berulang. saya tak sanggup tengok dia dalam keadaan teruk macam tu. puas saya gosok kaki dia, still menggigil. kesan ubat punggung dia still tak nampak lagi. cepatlah aiman, cepat okey balik. itu saja yang saya harapkan saat tu. serius saya sedih sangat tengok dia macam tu. hati kakak mana tak terkilan tengok adik dalam keadaan begitu. hati saya sebak, rasa macam nak menangis. tapi saya tak boleh layan perasaan sangat dalam detik-detik sebegitu. so saya teruskan je gosok kaki dan tangan dia bersilih ganti. saya yakin tak lama lepas tu dia akan okey. cuma mungkin sebab demam dia terlalu kuat, so menyebabkan ubat punggung tu beri kesan lambat sikit dari biasa.


alhamdulillah, tak lama lepas tu seperti yang saya harapkan aiman berhenti menggigil. and a few minutes later, walid dengan umi pun sampai. mungkin dengan hanya membaca cerita ni rasa biasa je kot. tapi bagi saya yang melalui saat cemas macam tu, terasa lain sangat. melihatkan macamana aiman menggigil semalam lain betul dari biasa. cara dia menggigil nampak menakutkan and tak dapat saya nafikan, rasa nak menangis of course ada. hahha, apalah.


okey, cukup setakat ni. terasa lega sikit. apapun, yang penting aiman sihat semula and kembali macam dulu.
aktif.. ceria.. hahha macam tulah adik kakmaryam. so, get well soon yah. i love you so much aiman. let us make others smile together like before brother.


i love you.

p/s: dan warna hidupku kian bertambah dengan adanya kamu. terima kasih sayang.

4/13/2010

think about it twice

rasa bahagia ke hidup sebagai remaja bila kena kongkong dengan orang yang tak sepatutnya? i mean someone yang bukan muhrim kita. bahagia ke? mungkin sebab saya tak pernah lalui perasaan bercinta macam tu so saya tak dapat nak hayatinya. tapi saya tak terbayang macamana terkongkongnya hidup bila ada lelaki yang takde sikit pun hak untuk control kita mengada-ngada nak awasi kita. pleaselah, i hate that kind of man whoring around women they love while knowing that they still want the title SINGLE. apa ni? tersangkut apa lelaki macam ni. ouhhh, geramnya dengan lelaki macam ni.

saya tak malu nak cakap yang saya tak pernah bercinta dengan sesiapa pun, malah saya bangga lagi. saya tak suka usia remaja saya yang sepatutnya tak terikat dengan sesiapa lelaki bukan muhrim sia-sia. saya nak waktu dengan family tak terkorban semata-mata disebabkan cinta tanpa berkat Allah, nauzubillahiminzalik.

pada perempuan-perempuan, janganlah mudah sangat serahkan hati pada lelaki. lainlah kalau rasa diri macam dah betul-betul perlukan seseorang untuk dijadikan teman hidup, then you can. itu pun still perlu kena dengan caranya. jalan nak ke alam rumahtangga memang kena jaga. sebab dari situlah kita nak cari berkat dari Dia. kalau dah jalannya pun tak betul, macamana nak bina masjid dengan kukuh di tempat yang betul? tak lama nanti runtuhlah masjid tu kalau dah dibina kat tanah yang salah sebab tersilap jalan dari awal. you get what i mean? kalau tak faham takpelah.

cinta tu tersangat indah sebenarnya, jika ia dihulurkan pada insan yang betul dengan cara yang betul. percayalah dengan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak akan memungkiri janji. this one pun we all kena ambil perhatian. kalau dah takde kepercayaan pada Dia tentang jodoh dan pertemuan, macamanalah nak bahagia. adoyai, heh heh.

usaha untuk cari seseorang untuk jadi teman hidup boleh, islam tak pernah halang semua tu. tapi ikut kesesuaian masa lah. yang saya hairannya, budak-budak sekolah pun ada yang bercinta cintan melampau-lampau. diorang tak fikir ke yang lelaki tu pun dapat duit dari mak ayah diorang? tak malu apa nak bercinta dengan duit pun masih mengharapkan orang lain? bercinta, putus, nangis-nangis, cari lain, bercinta balik, sentuh sana sini, bagi apa je (asal sayang sudah), maruah tergadai, menyesal. astaghfirullahal'azim, macam ni ke hidup masyarakat kita sekarang. saya malu dengan anak-anak remaja sekarang. malu sangat-sangat melihat perilaku mereka yang sanggup gadai maruah diri kerana cinta. minta jauh anak cucu cicit semua. nauzubillahiminzalik.

saya post ni sebab dah banyak berlaku sekeliling saya hal-hal macam ni. sangat memalukan! so better menangis sekarang dari menangis di hari kemudian sebab menyesal. so, think about it twice. your future depend on your decision today.

p/s: janganlah disebabkan orang lelaki kita sanggup gadaikan masa depan. lelaki yang baik takkan biar wanita yang dia sayangi korbankan masa depan dan agama disebabkan dia. dia akan jaga kita sebaik mungkin dari semua sudut. masa depan, agama, maruah, dan segalanya. pasangan macam tulah yang sebaiknya. may Allah bless.

4/11/2010

my dream guy ;p

first time laksanakan tag mengetag dengan baik. tak nak menimbulkan kemarahan madam kakde yang perasan comel tak habis (hahha, sori kakde kutuk jap). dahlah bagi tajuk geli-geli. hahha.

1. How tall should he be?
taller than me.

2. What hair colour should he have?
yang penting natural, kalau dah brown sejak azali tu boleh je. tapi hitam lagi cool kot.

3. What kind of personality should he have?
hhmm yang ni saya ada moto bagus. beriman berilmu berguna. ahahhahha.

4. Older or younger?
older. tak kisah pun, asal bahagia sudah. hehee.

5. What film actor should he most be like?
jang geun suk. seriously i like him..as a fan! hahha.

6. What singer should he most be like?
jang geun suk pun singer jugak. hakhak.

7. Do they need to cook?
sometimes, cook together. must be so sweeeettt..

8. What is his best body part?
his eyes (maryam, tundukkan pandangan hahha) and not forgotten.. his smile.

9. What car should he drive?
kereta KAMI. haha, mengada.

10. What one thing completely turns you on?
his true love ;p

11. Who was the guy on your mind when you were doing this survey?
tanak cakap. wekkkk! ahahhahha (gelak kejam).

12. Tag 6 people to do this survey too.
-kakde (tukang tag, nah amik balik)
-leena fadhilah
-mardhiah
-huda
-teekoz

buatlah buatlah! hikhik.

4/09/2010

words just for you

terima kasih
untuk semua yang sudah kau berikan
untuk semua yang sudah kau luangkan
saya terlalu hargainya
saya faham
kecewa itu bisa datang bila-bila sekalipun
sedih tidak pernah mengenal waktu
dan kita yang menanggungnya cuma mampu menanggung
sampai terkadang tak mampu tersenyum
terlalu tak berdaya untuk bergembira
kerna hati terlalu muram dan sepi
saya faham perasaan itu
tapi saya silap kerana tak memahami
maaf saya ucapkan
maaf yang teramat sangat
dari tulus hati kecil ini
hingga tak terluah rasa bersalah dalam sanubari ini
beginikah tajamnya sembilu?

terima kasih
biarpun saya tak menjadi yang memahami di sisi
kau masih menerima diri ini
berjuta terima kasih ingin saya hadiahkan buatmu
terima kasih

saya menyayangimu
hati bagai tak mampu untuk melihat kau terus begitu
bukan niat untuk lari dari berkongsi kesedihanmu
bukan niat juga untuk tiba-tiba bertindak sebegitu
tapi terasa sakit melihatmu begitu
hasrat untuk melihat kau yang dulu kembali tersenyum
menambah perit di hati

terima kasih kawan!
yang tulus : misfaida

p/s: sajak ni tunggang langgang sikit sebab saya reka sendiri. tapi saya buat ni dengan penuh tulus. chewah hahha, poyo je.

can i have a minute?

hhmm, maryam dah mungkir janji. hahha, cakap tanak update dalam masa dua bulan ni tapi update jugak. tadelah, sekejap je pun. saya ada janji ke? oke serius tak ingat and malas nak tengok balik previous post.

actually situasi sekarang membuatkan saya agak tertekan. cuba bayangkan bila suasana yang biasa awak lalui bila balik rumah sebelum ni lain dari sekarang. to sicerely say about what i feel, it's just a SAD. i love my family so much, DAMN MUCH! so when something bad occurs on'em, i feel really hard. i really really need to cry. if not? i can't even smile. sebab ini melibatkan mereka yang terlalu saya sayang, sakit mereka sakitlah saya. so i'm totally happy just to see them happy.

to tell about the whole story, rasanya tak perlu. cuma nak cakap kat sini yang saya rindukan semua ahli keluarga saya. terasa ada sesuatu yang tak lengkap bila balik rumah ada yang takde sebab kena jalani rawatan di hospital. saya serius terkilan.

okey, itu je. tak banyak pun kan. setakat nak melepaskan rasa sedih ni je. at least rasa lega sikit dari before. that's all, thanks.

i love you more than i love myself.

p/s: di sini saya, di situ kamu. dan hati ini terus diburu pilu.

3/19/2010

i have no much time for this

sekarang baru start sem ketiga (short sem).yup,jadual kalau dilihat memang terlopong sana terlopong sini (happylah sangat).tapi masa memang short.padanlah dengan 'short' sem.kami cuma ada 2 bulan untuk habiskan beberapa chapter untuk chemistry and basic themes of Quran (btq),so saya kena pulun betul-betul sem ni.saya akan buat sehabis baik!

HHA lagi satu,saya nak dapatkan dean's list untuk cgpa saya sem ni.dapat atau tak,saya akan cuba dan buat yang terbaik.sebab saya tau di mana ada kemahuan di situ ada jalan.saya nak kejayaan saya membanggakan parents saya.tak kira tak kira!hahha.

apapun,disebabkan sem ni terlalu singkat dan memerlukan usaha yang lebih gigih untuk score,saya terpaksa lupakan dulu tentang blog apa semua.so mulai sekarang sampai cuti final sem ni,saya takkan update blog.insya-Allah kalau panjang umur time cuti nanti saya update lagi.so selamat tinggal blog.blog pun nak rehat kan.rehatlah dalam masa 2 bulan ni coz lepas ni awak kena bekerja keras balik untuk layan kisah-kisah hidup tuan awak ni.hahha,tak betul apa bercakap dengan blog.pape jelah.

okey,sampai sini je dulu coretan saya untuk kali ni.i'll be missing you my blog!ahahha.see ya!
sem ni terlalu singkat untuk main-main.heh heh.

p/s:untuk rakan-rakan yang amik short sem sekali dengan kte,jom jadikan dean's list misi kita.tak kisahlah nanti dapat ke tak,yang penting kita usaha untuk dapatkannya.so basya!

3/09/2010

'dia' ada di sana menanti


Allahuakbar Allahuakbar_*azan berkumandang*
tapi di masjid..
.
.
kosong
.
.
sepi
.
.
ada orang pun cuma dalam 10-20 orang je.kadang-kadang tu sampai tak mencecah 10 orang pun.jemaah perempuan lain cerita,jemaah lelaki?

HUH,terasa agak kecewa bila kenangkan situasi ni.sedangkan inilah tanda kekuatan sebenar umat islam.dan kalaulah di setiap waktu masjid penuh dengan para jemaah yang datang dengan niat yang suci..nescaya takut orang-orang yahudi.pasti!

saya ingat lagi salah satu hadis Rasulullah SAW tentang solat subuh berjemaah di masjid,tapi saya tak berpa ingat ayt penuh dia.cuma yang saya ingat dalam hadis tu baginda cuba nak menyampaikan bahawa islam tidak akan menang selagi bilangan umat islam yang menunaikan solat subuh berjemaah di masjid tidak menyamai bilangan umat islam yang mengerjakan solat jumaat.

jap jap,sila jangan fikir huraian yang saya beri kat atas ni adalah hadis yang asal ye.yang atas ni just huraian dari apa yang saya faham je.lebih kurang macam tulah.

balik pada topik asal..tapi kan,kalau nak pergi tunaikan solat zohor asar maghrib isyak pun dah susah apatah lagilah subuh.lagi kuat ikatan syaitan ye tak?saya pun lebih kurang centu jugak.solat subuh memang besr cabaran dia.tapi sekali kita lepas dari ikatan syaitan tu,memang lega.tyme nak bangun tu je susah sebenarnya.tau jelah,perangkap syaitan.

apapun,yang penting niat.ikhlaskan hati insya-Allah bahagia.kalau sebelum cecah masjid pun dah merungut itu ini tanak pergilah apalah tak khusyuk kat masjidlah (banyak betul alasan),macam mana nak gembira kan?samalah jugak dengan amalan-amalan lain.ye tak?hehee.

saya tujukan post ni khas buat para lelaki tak kiralah yang muda,dewasa,dan tak terkecuali juga yang tua.kesimpulannya pada sape2 jelah yang baca post ni fikirlah balek dalam-dalam.i mean renunglah balek apa yang dah kita buat untuk agama kita sebelum ni.agak-agak dah berapa jauh kita dari jalan sebenar agama kita?uhh,jauhnya rasa.tepuk dada tanya iman.

iman saya pun sama..masih terlalu goyah.so sama-samalah kita lakar tekad dalam hati kita untuk sama-sama cipta perubahan baru.perubahan ke arah yang lebih baik insya-Allah.

wallahua'lam

p/s:sebelum kesempatan tu hilang serta merta,lakukanlah.hargailah keinginan 'mereka' di samping menguatkan keteguhan imanmu padaNYA.

3/05/2010

kenapa saya rasa saya semakin jauh?

saya pasti
hari demi hari
saya semakin jauh dari DIA
seperti saya berada dalam kegelapan yang tak terlihat
kegelapan dosa dan noda
saya tak mengerti bagaimana saya bisa begini
sedang saya tahu
dekat dengan-NYA sedikit pun tiada rugi
HUH

kenapa rasa cam blur gitu?
Ya Allah..bantulah hamba

'the true misfaida'

2/28/2010

yana sweet yana


yana di sebelah kiri gambar

selamat menjadi gadis 19 tahun!

yes,akhirnya..emm,yana i wish u happy always dalam redha ILAHI insya-Allah.thanks for being there by our side as a friend.i really really appreciate you my friend.

hee,kte pasti yana dah ucapkan terima kasihkat mama sama papa sebab dah besarkan yana.tapi jangan lupa jugak untuk ucapkan syukur ke hadrat ILAHI kerana masih beri yana peluang untuk merasai kehidupan ni.dah 19 tahun umur yana,19 tahun jugak yana ada di atas muka bumi ni.awal sikit daripada teman-teman sebaya yang lain.semoga mulai hari ini,hidup yana lebih bererti dan bermakna di atas jalan-NYA insya-Allah.sayang kamu yana!HAHHA.

alhamdulillah..wallahua'lam.

p/s:happy birthday kawan!HHA.

2/25/2010

dari AKU kepada SAYA


gambar hiasan
assalamualaikum semua

just nak beritahu..
mulai daripada hari ni,saya nak tukar panggilan 'aku' kepada 'saya'.

itu saja.HHE.

p/s:ada sebab untuk saya menukarnya.HEE.