2/25/2010

luv u S.I.N.G.A.P.U.R.A.


ternyata
singapura memang best!best sangat sangat sangat sangat.hahha.
totally best and amazing
tak sangka ye,sebab suka bagi saman negaranya boleh membangun dan maju
bagi saman?aku tak suka kena saman.
ye,tapi serius singapura memang bersih,strategik,unik,erm..oke,sudahlah tu.
ouhhh,seriouslaaa..
i luv being there even for a day.

hahha.

apapun,untuk kisah perjalanan di singapura yang lebih detail..saya jemput awak ke blog adik saya di link yang tercatit di bawah ni.sila sila.


btw,aku takkan lupa kenangan berada di sana.takkan insya-Allah.
termasuklah sesiapa yang ikut serta dalam trip tu,aku takkan lupa.sekalipun tak tau nama,ingat muka pun jadilah.betul tak?HEH HEH.

luv u all beybeh.tenks for being there wimme.HHA.

p/s:wajah yang kelihatan seperti tak ambil kisah kewujudan yang lain tak bermaksud dia benar-benar tak ambil kisah.mungkin sebenarnya dia yang sebenanya paling ambil kisah.HHU.

2/20/2010

bye bye 123A


my room
berakhir sudah sem-2.berakhir jugak gelaran aku dan dua lagi rumate aku sebagai penghuni bilik 123A.sem depan kami akan masuk bilik lain,jadi penghuni bilik lain.takde lagi nombor bilik yang cantik macam sebelum ni..'123A'.huh,agak sedihlah.padahal bilik semua sama je.tapi bagi aku istimewanya bilik ni ialah..kat sinilah tempat pertemuan pertama antara aku,fatim,and huda sebagai rumate.

sila jangan pelik ye kenapa tetiba aku post pasal benda simple macam ni.yep,memang ianya simple.i like simple.but simple or not is not the matter here.the matter is that how meaningful something to us.bukannya nak kata aku tak boleh nak terima hakikat ke apa ke,cuma kat sini aku rasa macam nak coret memori sikit pasal room kesayangan aku ni (ni bukan jiwang eh).okeh,itu sajaaa..

-FHM-
HAHA trademark kami serumate

p/s:we'll be missing you huda.we will!

2/19/2010

his words make me smile in tears


di suatu pagi yang hening bertempat di bilik 123A mahallah zainab al-jahsyi uia petaling jaya,lepas selesai solat subuh,aku ceklah phone.ada satu meseg sekali dengan missed call dari walid.aku pun macam biasa bukalah mesej tu and baca..

Assalamualaikum anakku.mulakan hidup di awal pagi dengan mencari redha ILAHI.tq.

tiba-tiba terasa sebak,mengundang air jernih mengalir di pipi.tapi dalam masa yang sama jugak aku tersenyum tipis.HUU..

aku taklah selalu dapat meseg macam ni dari walid,biasanya aku dapat pun dalam 2-3 kali sebulan.satu lagi meseg yang pernah aku dapat dari walid yang agak menyentuh perasaan aku..

bangunlah untuk membesarkan Allah..

HUU,and the result is..aku menangis dalam syahdu.subhanallah,masya-Allah..nikmat ibu dan ayah yang aku punya sekarang sungguh tak ternilai.nyata,Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

luv you walid,luv you too ummi..
luv both of you so0o much till i dunno how to say..
luv you lillahita'ala..

when it ends..

lalala..okey,3 minggu ni aku nak update blog banyak-banyak.exam sudah habis!sungguh sungguh sungguh seronok HAHHA.excited betol..
ouh,dah lama betul tinggal blog tak ber'update' tak bercuci tak bersabun tak ber..er..HAHA merepek pulak.3 minggu aku cuti final untuk sem ni.so insya-Allah 3 minggu ni jugak aku akan update blog selalu macam dulu.yep,itulah sebahagian dari kerja aku bila exam habis (untuk sem ni,sem depan exam lagi).update blog HAHAHA.okey,dah terlebih gelak..
opss btw,semoga korang kawan-kawan semua dapat result yang cemerlang untuk sem ni dan sem sem yang akan datang.sama-samalah kita berdoa ye.HEH HEH.

salam dari,
MISFAIDA
(i am who i am) lalala..

1/19/2010

serius la BERTUNANG??

semalam,adalah main mesej-mesej dengan bekas kawan sekolah sorang ni.tengah-tengah dok mesej tetiba die tersebut pasal nurul.nurul ni antara kawan yang rapat dengan aku jugak tyme form 4 form 5 dulu.dan dalam masa yang sama die tersebut jugak pasal bertunang.tak taulah jugak tersebut ke or sengaja sebut HEE.bertunang?mulanya aku cam terpinga-pinga jugaklah.apa halnya pulak dengan bertunang?pelikkk..

bila aku tanya dengan lebih detail,rupanya nurul kawan lama aku ni dah nak bertunang.what??!!nak bertunang??hhmm,cam terkejut badak jugaklah aku.bukannya apa,cuma rasa cam tak percaya je kawan rapat aku dulu dah jumpa jodoh dia.padahal macam baru je kitorang borak-borak pasal jodoh tyme sekolah-sekolah dulu HUHUU..

nurul:agak-agak sapelah jodoh kita nanti kan?
aku:hhmm,HAHHA klakarlah bila sebut pasal jodoh ni..
nurul:agak-agak bila kita akan kawin ek?
aku:ntahlah,cam takleh nak agak pulak.susah nak main agak-agak benda-benda macam ni HEE..
nurul:maryam mesti dapat yang bagus,baik..
aku:HAH?hakhak,camane nurul leh teka centu pulak?
nurul:sebab maryam kan ___ (takleh tulis,nanti riak HAHHA)
aku:aminnn insya-Allah.nurul pun mesti boleh dapat yang bagus-bagus jugak..
nurul:hhmm,hehee.. (tersenyum)
BLA..BLA..BLA..

and tetiba hari ni dapat tau dia dah nak bertunang dengan sorang lelaki yang dulu sama sekolah jugak dengan kitorang yang mungkin jugak aku kenal and mungkin jugak tak.sebab dengar kata,budak laki tu belajar kat sekolah yang sama dengan kitorang sampai form 3 je.then die pindah.ntah,tak tau pindah mana..

dahlah akhir tahun lepas sorang kawan aku baru kawin jugak.lelaki yang die kahwini tu pun sama sekolah ngan kitorang jugak.banyaknya yang kawin sama sekolah.HUU,betullah kalau dah jodoh tak ke mana.dekat ke..jauh ke..semuanya tak mustahil kan..?

HAHHA,apapun aku tumpang gembira.yelah,kalau dah hati saling berkenan..saling suka sama suka..eloklah dikahwinkan.tunggu lama-lama pun takut jadi lain pulak kan.so better ikatkan dulu hubungan dengan halal barulah lebih selamat.cheh,apa ni?macam orang berpengalamanlah pulak.HAKHAK..

nurul,sekarang nurul dah jumpa jodoh nurul.kalau jadi bertunanglah,kte doakan yang terbaik untuk nurul dan tak lupa jugak untuk bakal tunang nurul.cheh,padahal baru nak bertunang (tak kawin lagi pun).HAHHA,klakarlah pulak rasanya.actually rasa hiba pun ada.tak tau nak cakap cane pasal perasaan aku tyme ni.rasa cam 'ohh,dekatnyalah dah aku dengan mati..'.emm,lebih kurang centulah..

may Allah bless you kawan..

p/s:when the old memories come into my mind,i just like wanna say 'i miss them so much'..

1/16/2010

i want it,but i left it

one day,kami satu family pergi cari baju sekolah adik-adik.macam biasa,sebut aje nak beli baju sekolah..kedai baju Nur jadi pilihan kami (promote jap).aku terlebih excited sikit tyme mula-mula sampai kat kedai tu.bukan jakun ke apa eh,cuma sebab kedai tu baru buka cawangan baru so ianya lawa lagi cantik lagi menarik perhatian aku WAHAHHA..

nilah cawangan baru kedai baju tu dari luar.sila tengok SILA..


well,aku dah tak sekolah kan.so aku masuk dalam kedai tu pun tanpa sebarang perancangan yang pasti.so takde keje kan,aku amik gambar jelah.HEH HEH,excited lebihlah katakan..

jom tengok-tengok..


HAH,cantik kan?cantik kan?



itu yang paling menarik minat aku,kat atas tuh.LAMPU dia,siyes aku minat lampu centu..

tengah duk sonok sonok amik gambar,mata aku tertancap pada satu kertas kuning yang amat menyilaukan mata HAH HAH


dan bila anak mata aku jatuh pada sehanger (sori tatabahasa error) kain labuh warna coklat cair sweet sangat,aku terjatuh.HAHHA,jatuh hati laa.kat kain tu oke..

punyalah aku sayang kain tu sampai sanggup bawa ke sana ke mari semata-mata tak nak bagi orang lain ambil.siap main cuba-cuba lagi..


dan macamlah aku akan dapat beli kain tu sebab at last..

IT STILL THERE.


reason kenapa aku tak dapt beli kain tu?

kelam-kabut sikit coz umi ngan walid nak cepat,ada hal (malas nak layan kerenah aku jugak kot HEE)

p/s:dan aku masih berharap aku boleh dapatkan jugak kain tu satu hari nanti walaupun aku dapat rasakan kain tu kemungkinan besar dah tiada di situ..

1/02/2010

kau ingin BERJUANG??!!

Bukan MUJAHID jika tiada berpeluh
Bukan pula jika berkeluh
MUJAHID ia jika tiada gentar!!
MUJAHID ia jika bersabar
Semoga Allah selalu memberi kita semangat untuk menjadi pejuang sejati!!

apakah engkau seorang pejuang?

Engkau ingin berjuang,

Tapi mengapa tidak mampu menerima cabaran & ujian
..
Engkau ingin berjuang,

Tapi mengapa rosak oleh pujian..

Engkau ingin berjuang,

Tapi tidak begitu setiakawan
..
Engkau ingin berjuang,

Tapi tidak sanggup berkorban..

Engkau ingin berjuang,

Tapi apabila menjadi pemikul agak membebankan..

Engkau ingin berjuang,

Tapi tolak ansur tidak engkau amalkan..

Engkau ingin berjuang,

Tapi kurang menjaga kesihatan
..
Engkau ingin berjuang,

Tapi masa tidak sanggup kau luangkan..

Engkau ingin berjuang,

Tapi kerenah sahabat engkau tidak tahan
..
Engkau ingin berjuang,

Tapi pengurusan diri lintang pukang
..
Engkau ingin berjuang,

Tapi amalan tidak ditingkatkan..

Engkau ingin berjuang,

Tapi disiplin diri engkau tinggalkan..

Engkau ingin berjuang,

Tapi janji kurang engkau tunaikan
..
Engkau ingin berjuang,

Tapi kasih sayang engkau cuaikan
..
Engkau ingin berjuang,

Tapi adab muamalah engkau abaikan
..
Engkau ingin berjuang,

Tapi Ibu bapa engkau lupakan..

Engkau ingin berjuang,

Tapi Ilmu berjuang engkau tinggalkan
..
Engkau ingin berjuang,

Tapi Kekasaran dan kekerasan yg engkau amalkan..

Engkau ingin berjuang,

Tapi Pandangan engkau tidak diselaraskan
..
Engkau ingin berjuang,

Tapi Rasa bertuhan engkau abaikan
..
Engkau ingin berjuang,

Tapi Iman dan taqwa engkau lupakan.
.

Engkau katakan engkau ingin berjuang,

Tapi apakah yang sebenarnya engkau hendak
 perjuangkan?

p/s:copy and paste okey.semoga dapat diambil iktibar dan diberkati Allah insya-Allah..

ABANGNASSS.....hepi birthday!!

3 JANUARI 2010

waahh,bersinar-sinar ek abgnas..
abgnas dah 20 tahunnnnnn!!!!!
bagus abgnas bagus,move on!
alamak,tapi sayanglaa..abgnas tak balik rumah hujung minggu nie
kami sekeluarga semua kat rumah
so nak wish pun kena telefon
ingat boleh jadi the first yang wish
tapi rasanya hajat tu tak kesampaian
sure kawan-kawan awak dah wish dulu
takpelah,yang penting i wish okey

abgnas,agak agak awak baca tak blog maryam?
hhmm okey,i just pretend that u dun read this

u are the only 'abang' i have
so no matter i try to hide my feeling towards u
u'll still know it one day
that..

SAYA SAYANG KAMOOO!!!
sebab awak abang maryam
so takpelah cakap centu pun kan kan kan

btw
tenks to be a big bro
to this entah-pape-punya adik
HEHEE

kawin kawin kawin
so bolehlah maryam timang anak buah cepat-cepat
HEH HEH

abgnas,jangan lupa call umi walid
say thanks to'em
for raising you sincerely
jangan lupa tau!

p/s:abgnas,kalau awak baca post maryam yg ni jangan gelak jangan kutuk tau.hepi befday once again.hee,SAYANG KAMOOO!

1/01/2010

nangis tak bererti LEMAH!!

satu kenyataan aku nak buat kat sini

tak sume perempuan yang nangis cengeng
and tak semua perempuan yang nangis jugak lemah
mudah betul orang judge someone
just based on this?!

'tulah perempuan,sikit-sikit nangis..sikit-sikit nangis.mudah betul keluar air mata.cengeng je tahu!'

boleh diterima ke kata-kata ni?
dan patut ke orang tu cakap ceni?

aku tak suka orang judge someone based on appearance
macam kes ni jugaklah
kononlah orang tu nangis means dia lemah?
gitu?

huh,okey macam nilah(bertenang dulu)..
nangis tu satu nikmat jugak sebenarnya
Allah ciptakan air mata sebagai pelepas segala kesedihan kita
tak ada satu pun yang Allah ciptakan atas muka bumi ni sia-sia
mesti yakin dengan prinsip ni

macam nangis jugak
akan sampai satu ketika seseorang tu menangis demi melepaskan pilu di dada
lebih-lebih lagi wanita
sudah fitrah wanita menjadikan tangis sebagai pelepas keredupan jiwa
perlu ke ini dipertikaikan?
yang lemah sekarang bukan yang menangis tapi yang buat konsep membuta tuli tu

sebolehnya terimalah fitrah wanita itu seadanya
jangan dipandang remeh hal ni
hati wanita terlalu dalam untuk dimengerti
telah ALLAH ciptakannya lembut dan halus
namun ketegasan itu tetap wujud di sebaliknya
tak seperti lelaki yang sudah fitrahnya kuat

jagalah bicaramu,ia bagaikan pedang yang membunuh lawanmu
mampu menghiris perasaan siapapun
bahkan temanmu sendiri
so renung-renungkanlah

p/s:aku faham macamana situasi tu,sebab aku pernah alaminya..

ruFAIDA..??


apa maksud rufaida?soalan yang pernah aku tujukan pada ayah aku masa kecik kecik dulu.heh heh..


dulu tyme sekolah menengah,orang cuma kenal aku dengan nama maryam.tak pernah ada orang panggil aku rufaida or faida except arwah nenek aku.itu satu-satunya insan yang panggil aku dengan nama rufaida buat masa tu.tapi lepas arwah meninggal,nama tu bagaikan terkubur bersama(sob sob).cheh,tetiba emo..

so,masa tu aku terfikir..adakah satu hari nanti akan ada orang panggil aku rufaida lagi?pernah jugak aku rasa ianya mustahil sebab orang pun lebih mudah ingat aku dengan nama 'maryam'.tapi betul ke ianya mustahil..?

aku teringin sangat nak orang panggil aku rufaida coz maksud faida berkait dengan 'berfaedah'.kan orang cakap nama kita cam doa orang pada kita.so bagi aku kalau orang panggil aku dengan panggilan faida,mungkin aku boleh jadi seorang yang bawa faedah pada orang lain.tak lupa jugak pada diri sendiri.dan aku nak jadi seorang yang berfaedah.harmony even everywhere i am.sebab tulah..

and today..

majority of my friends call me either 'rufaida' or 'faida'.mulanya sukar jugak untuk aku percaya,tapi bila fikir balik dalam dalam..tak semua yang kita anggap mustahil benar benar mustahil kalau dah itu kehendak ALLAH.betul tak?

wallahua'lam

p/s:aku hargai nama maryam dan aku jugak hargai nama rufaida.kerana,keduanya bersatu untuk membentuk 'aku' sampai kini.anyway,tenks to both names..