1/01/2010

nangis tak bererti LEMAH!!

satu kenyataan aku nak buat kat sini

tak sume perempuan yang nangis cengeng
and tak semua perempuan yang nangis jugak lemah
mudah betul orang judge someone
just based on this?!

'tulah perempuan,sikit-sikit nangis..sikit-sikit nangis.mudah betul keluar air mata.cengeng je tahu!'

boleh diterima ke kata-kata ni?
dan patut ke orang tu cakap ceni?

aku tak suka orang judge someone based on appearance
macam kes ni jugaklah
kononlah orang tu nangis means dia lemah?
gitu?

huh,okey macam nilah(bertenang dulu)..
nangis tu satu nikmat jugak sebenarnya
Allah ciptakan air mata sebagai pelepas segala kesedihan kita
tak ada satu pun yang Allah ciptakan atas muka bumi ni sia-sia
mesti yakin dengan prinsip ni

macam nangis jugak
akan sampai satu ketika seseorang tu menangis demi melepaskan pilu di dada
lebih-lebih lagi wanita
sudah fitrah wanita menjadikan tangis sebagai pelepas keredupan jiwa
perlu ke ini dipertikaikan?
yang lemah sekarang bukan yang menangis tapi yang buat konsep membuta tuli tu

sebolehnya terimalah fitrah wanita itu seadanya
jangan dipandang remeh hal ni
hati wanita terlalu dalam untuk dimengerti
telah ALLAH ciptakannya lembut dan halus
namun ketegasan itu tetap wujud di sebaliknya
tak seperti lelaki yang sudah fitrahnya kuat

jagalah bicaramu,ia bagaikan pedang yang membunuh lawanmu
mampu menghiris perasaan siapapun
bahkan temanmu sendiri
so renung-renungkanlah

p/s:aku faham macamana situasi tu,sebab aku pernah alaminya..

ruFAIDA..??


apa maksud rufaida?soalan yang pernah aku tujukan pada ayah aku masa kecik kecik dulu.heh heh..


dulu tyme sekolah menengah,orang cuma kenal aku dengan nama maryam.tak pernah ada orang panggil aku rufaida or faida except arwah nenek aku.itu satu-satunya insan yang panggil aku dengan nama rufaida buat masa tu.tapi lepas arwah meninggal,nama tu bagaikan terkubur bersama(sob sob).cheh,tetiba emo..

so,masa tu aku terfikir..adakah satu hari nanti akan ada orang panggil aku rufaida lagi?pernah jugak aku rasa ianya mustahil sebab orang pun lebih mudah ingat aku dengan nama 'maryam'.tapi betul ke ianya mustahil..?

aku teringin sangat nak orang panggil aku rufaida coz maksud faida berkait dengan 'berfaedah'.kan orang cakap nama kita cam doa orang pada kita.so bagi aku kalau orang panggil aku dengan panggilan faida,mungkin aku boleh jadi seorang yang bawa faedah pada orang lain.tak lupa jugak pada diri sendiri.dan aku nak jadi seorang yang berfaedah.harmony even everywhere i am.sebab tulah..

and today..

majority of my friends call me either 'rufaida' or 'faida'.mulanya sukar jugak untuk aku percaya,tapi bila fikir balik dalam dalam..tak semua yang kita anggap mustahil benar benar mustahil kalau dah itu kehendak ALLAH.betul tak?

wallahua'lam

p/s:aku hargai nama maryam dan aku jugak hargai nama rufaida.kerana,keduanya bersatu untuk membentuk 'aku' sampai kini.anyway,tenks to both names..

12/31/2009

happy birthday AYAHANDA yang dikasihi

maryam SAYANG walid!!!!!

this is my father's picture.today is his birthday.hepi birthday walid!i lub u so0o much!
heh heh,sama dengan birthday anak lelaki sir physics aku.kebetulan!

walid ayahandaku tercinta:
1-lecturer UNITEN
2-imam masjid UNITEN
3-pernah jadi lecturer kat tempat aku belajar sekarang,uia pj
4-sangat pandai BA
5-suka bersosial dengan orang,i mean suka bermasyarakatlah
6-tempat rujukan aku kalau tak faham apa-apa pasal agama
7-senyumannya bagaikan berkuasa,boleh buat aku rasa bahagia
8-tegas tapi tetap baik
9-selalu pesan kat aku,jaga pergaulan
10-pasangan terbaik yang Allah kirimkan buat umi
11-ayah terbaik aku dengan siblings aku
12-ajar aku mengaji sejak umur 4 tahun
13-sangat penyayang walaupun nampak tegas
14-orang selalu cakap walid nampak muda,rahsianya air sembahyang
15-prihatin tentang orang di sekeliling
16-taat pada ibu
17-sentiasa jaga hubungan dengan ibu
18-contoh lelaki yang amat susah dicari zaman ni
19-orang yang akan menghuni di hati aku sampai bila-bila..

maryam bertuah ada ayah macam walid.seriously,memang susah nak jumpa lelaki macam walid zaman sekarang ni.walid terlalu baik untuk kami.walid tak nak kami sekadar berjaya di dunia malah di akhirat sana.walid ada aim yang jelas dalam mendidik kami adik-beradik.walid nak amanah-amanah Allah ni terjaga sebaiknya.walid hadir sebagai insan bernama ayah buat kami.terima kasih walid.jasa walid nescaya tak terbalas oleh kami.hanya Dia yang mampu membalasnya.wallahua'lam..

p/s:nasib baik induction tu ditangguhkan,kalau tidak tak dapatlah meraikan besday walid di akhir tahun 2009..

12/29/2009

i wanna tell you something

aku nak cerita banyak benda kat blog sebenarnya.semangat aje nak update.tapi sekarang sibuk sikit,so takleh update selalu.takpe takpe,minggu ni balik rumah taulah.cheh,padahal minggu depan quiz.hhmm,aku takleh main-main sangatlah.tapi sekali sekala takpe kan..?hikhik.

hah,dah tak sabar nak balik.nak sambut birthday ayahanda tersayang.uuuuu,tak sabarnyeeee!!hahha,terlebih excitedlah pulak.alamak,hope sangat jumaat ni takde apa-apa.kalau tak,tak bolehlah balik hari khamis.sedih kooott kalau tak dapat celebrate birthday walid sama-sama.abangnas,i really hope that you can join us..

31 Disember.....tunggu saya!i'm coming..

okey,itu je nak bagi tau.moga ketemu lagi sih!
yee,cau cau cau..

p/s:buat ni pun tergesa-gesa.internet lambat!

12/26/2009

to DAOS and LEENA..


HAPPY BIRTHDAY!

happy sweet eighteen..
jangan nakal nakal lagi ye.kamu dah besar..
dan jangan lupa jugak call mama kamu.ucapkan terima kasih kerana dah melahirkan kamu..
semoga kamu jadi insan yang mendapat tempat yang mulia di sisi-NYA insya-Allah..

untuk LEENA:
1-you are sweet
2-sopan
3-susah nak tengok leena bersedih.happy aje selalu
4-my 1st friend from sabah sana
5-kembar daos.hee..
6-nice to befriend with you

untuk DAOS:
1-hhmm,sangat baik
2-friendly
3-genius,memang sesuai jadi engineer.hikhik..
4-suka senyum,macam kembar die
5-understanding
6-you know how to make the passive one become friendly one
7-you are so sweet to be a 'friend',thanks..

kte saje post pasal korang dua just to celebrate your birthday.sorilah sebab terlalu simple.tapi kte buat ni ikhlas sebagai sahabat korang.terima kasih,terima kte sebagai kawan walaupun kte ni tak berapa bagus mana.kte tak pandai nak tunjuk betapa kte gembira dapat korang sebagai teman seperjuangan,tapi percayalah yang kte hargai sangat sangat ikatan persahabatan ni.moga ikatan ni kekal sampai bila-bila insya-Allah..

p/s:thanks to Allah to have you as my friend.may Allah bless both of you..

final DESTINATION..

melangkah itu mudah
namun mencari arah itu yang terkadang payah

mencari jalan itu mudah
namun memahami destinasi itu yang susah

menyusun susur itu mudah
namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah

dalam semua ini
menjaga istiqamah itu paling sukar
payah dan lelah

namun DIA amat mengerti
Dia tidak meminta manusia menjadi yang terbaik
hanya perlu melakukan yang terbaik

moga perjalanan kita sentiasa dalam lindungan Allah
insya-Allah

p/s:dan destinasi itu biarpun sukar untuk aku cari,akan tetap aku cari..

selesai sudah exam 'MATHS'

tadi exam maths2.susah macam hape je.lebih-lebih lagi part trigo,memang berperang hebatlah.adalah satu question ni part trigo jugak(question 3),huh..aku stuck.entah apa kuasa soalan tu buat aku jadi buntu tetiba.question yang tu memang aku tak boleh nak score langsung.nasib baik tajuk vector question 3 and 4 okey sikit.tapi ada jugak yang aku takleh jawab kat situ.cuma okey sikitlah dari question 3 yang 'comel' tu.tak suka question 3!!

arghhh,aku tak nak maths aku jadi macam physics.aku suka sangat sangat maths.so aku kenalh score.camane result maths nanti aku pun tak tahu.tunggu jelah masa berlalu.hopely ianya tak mengecewakan cam physics.hai,camanelah nak terror physics(physics pulak tetiba)?

secara ikhlasnya,dari sekolah lagi aku lemah physics and hal ini berterusan sampai sekarang.aku boleh physics,tapi aku sangat sangat sangat lambat untuk mencapai kefahaman yang benar benar mendalam for that 'sweet subject'.belajar pulak kat matric uia nie kena cepat dapat.manalah aku tak tersungkur.sesiapa tolong bantu aku.i want to master this 'cute subject',but i need some best way to be on that position..

huh,apapun aku kena terus kuat supaya aku tak jatuh lagi.yang penting cgpa mesti meningkat,mesti lebih baik dari sem lepas..ya!mesti!

p/s:can you please tell me the best way to like physics,to fall in lurv with physics?tulah,kalau dah tak minat memang susah..

12/24/2009

tahniah adikku for the 9As..

hari ni aku dapat berita yang amat menggembirakan yang buat aku terbayang betapa bahagianya senyuman umi dan walid.my pretty adik,Asiyyah Sakiinah got 9As in her PMR.tahniah!!!!!

tenks banyak-banyak kaksa,kejayaan awak pasti buat umi walid bangga.i am really proud of you.kakmaryam dah rasa awak mesti boleh.mungkin ini balasan Allah untuk sifat baik awak.susah nak dapat adik yang baik macam awak tau tak?hee..

apapun,nanti you ajarlah i camane nak jadi bijak macam you ye.hakhak..

awak memang boleh jadi kebanggaan keluarga Dzulhaya.tahniah lagi sekali kaksa!

p/s:awak memang layak terima anugerah tu kaksa.semoga kejayaan tu dapat diteruskan sampai bila-bila insya-Allah..

i need to be strong!

aku dah rasa dari awal apa yang bakal aku dapat.dan tanggapan aku tepat sama sekali.yep,aku sedih,kecewa,segan,dan rasa macam-macam lagi.tapi semua tu salah aku jugak kot.apapun yang terjadi,aku kena move on.aku kena kuat.kalau aku lemah,macamana aku nak tengok senyuman membanggakan tu ditujukan khas buat aku?so,i need to proceed with this although it might be a bit difficult for me..

Ya Allah,permudahkanlah jalan bagiku..

p/s:kenapa mesti mention _____?????huh..

12/18/2009

congkak jadi pengikat hati

kadang-kadang kita tak terfikir pun yang benda-benda kecil di sekeliling kita sebenarnya ada peranannya.macam akulah,main congkak dengan adik aku aiman.tak tahu kenapa,trough that aku rasa cam aku makin dekat dengan dia.sambil main kami borak-borak.dia cerita pasal minat dia and aku pulak cerita pasal minat aku.kitorang kongsi-kongsi cerita.tyme ni aku tak rasa macam aku tengah bercakap dengan seorang budak umur 6 tahun tapi dengan kawan sebaya.aku pun pelik jugak.aiman ni kadang-kadang manja,kadang-kadang terlebih matanglah pulak.but i like that way of him..

ini gambar aiman.sekarang umur dia 6 tahun.gaya tak cam budak 6 tahun kan?cam dah darjah berapa je.hahha,i lurrrvvv you aiman!!kalaulah aiman leh baca blog kakmaryam nih mesti best.then you'll know how much i lurv you...

ada orang kata,kakak dengan adik kalau umurnya jauh sangat biasanya tak berapa rapat.aku rasa tanggapan tu tak berapa kenalah.aku dengan aiman rapat je.ne ade tak rapat.cuma yelah,untuk nak kongsi hal-hal orang dewasa tak bolehlah.mesti kena dengan umurnya..

p/s:tak sangka pulak aiman pandai main congkak.hehee,tapi aiman tetap takleh kalahkan kakmaryam..