12/18/2010

INTRODUCING.. HAHA :D

ALHAMDULILLAH
akhirnya pada 8/12/2010 berjaya jugak jejakkan kaki ke IIUM GOMBAK. syukur tak terhingga. mahallah ameenah, lebih baik dari yang saya expect. hihi, besar jugak rupanya. tapi satu je, saya pernah cakap yang saya harap tak dapat level yang tinggi-tinggi. but lastly, saya dapat level 5. haha, level atas sekali. takpelah, itulah yang terbaik untuk saya. exercise sikit sekali-sekala. cuma takut semput jelah. apa pun, biarlah gambar yang berbicara. hihi.






cafe mahallah ameenah.




bilik kami yang kat hujung tu. pintu yang bertutup tu pulak koridor, tempai basuh kain and sidai kain semualah.



ini bilik sebelah kami. bilik kakak senior. diorang tak balik lagi waktu ni.


pemandangan dari tingkap bilik kami.


koridor.


pintu yang hujung sekali tu, menghubungkan kami ke bilik jiran sebelah. kat tengah antara dua pintu penghubung tu ada toilet. alhamdulillah senang, toilet dalam bilik je. kami kongsi toilet dengan bilik sebelah.


pemandangan dari tingkap ruang tamu bilik.



dua bilik mandi sekali dengan toilet.

* * * * * * * * * *

DAN INI ROOMMATE BARU SAYA :)


ADHA
it's a great thing to know her more as a roommate. dia sangat bagus. beriman, berakhlak, sopan-santun. dia buat saya rasa nak berubah. insya-Allah, saya yakin dia boleh bimbing saya ke jalan lebih baik yakni jalanNya. may Allah bless, amin :)
apa pun, saya takkan lupa ex-roommate saya di cfs. korang pun, best! hihi.

12/07/2010

LOVE CHOOSES YOU

if you find yourself in love with someone, and that someone does not love you.. be gentle to yourself, there is nothing wrong with you, but love just did not choose to rest in that someone's heart.

if you find someone in love with you and you cannot answer that love.. feel honoured that love has came by and called on your door.. but gently refuse the feeling you cannot return, as love did not choose to settle in your heart.

if you find yourself in love with someone and the love return.. it still can happen that love chooses to leave.. do not try to reclaim it and do not access any blame.. let it go. despite the pain, there is a reason and meaning to this.

you cannot choose love by yourself, LOVE CHOOSES YOU with Allah's will.

p/s : things happen for a reason, just believe. yah, TRUST HIM.

12/06/2010

MAHALLAH AMEENAH

here are some pictures of mahallah ameenah i've got. semoga dapat roommate yang okay dan boleh masuk dengan saya. dan semoga tak dapat level yang tinggi-tinggi sangat kat mahallah nanti. semput nanti, kan susah. semoga Allah permudahkan proses hari esok. yang penting, segalanya diredhai insya-Allah :)





MAHALLAH AMEENAH
1 bilik ada 2 compartment. 1 compartment untuk 2 orang. 1 bilik siap dengan bilik air and mesin basuh sendiri. setakat ni, ini jelah yang saya tahu pasal mahallah ameenah. hihi, takde kerja apa sampai segala benda nak bagitau.

12/05/2010

LIFE OF TOMORROW


dua hari je lagi, insya-Allah uia gombak akan saya jejaki. registration day - rabu, 8/12/2010. huh, tak sangka sebegitu cepat. rasa macam baru je masuk asasi uia. setahun setengah macam sangat sekejap. sekarang mungkin saya ada terfikir, apa saya akan jadi 4 tahun akan datang? insya-Allah kalau panjang umur 4 tahun kemudian, mungkin saya akan terfikir, inilah apa yang pernah saya persoalkan 4 tahun yang lepas. hihi, saya memang suka fikir benda-benda macam ni. tak faham takpelah.

apa pun, harap-harap boleh kuat semangat kat sana nanti. kuat semangat nak belajar, kuat semangat nak berjaya, and kuat semangat nak kukuhkan agama insya-Allah. jangan kuat semangat nak kahwin pulak sudah. huh, kalau boleh tak naklah kahwin awal sangat. susah kahwin tengah belajar kata orang. hihi, perasan macam ada orang nak kat saya je.

WELCOME US IIUM GOMBAK!




hihi, musim belajar dah start balik..

TWO THINGS WE ALWAYS FORGET

saya tak reka cerita, saya tak main-main. ini betul, dua hal yang sering kita lupa. kalau rasa nak teka before baca yang seterusnya boleh jugak. berteka-tekilah sorang-sorang ye, hihi. yang penting, saya nak cakap. tengah semangat nak update blog ni tak boleh kacau line. hihi :P
WAKTU LAPANG DAN KESIHATAN
yes, that's it. saya tak tujukan pada sesiapa okay, serius. saya sendiri pun selalu lupa, heh heh. buat kita-kita yang rasanya selalu lupa ni, jomlah sama-sama kita renung balik. apa betul ke kita manusia yang seringkali lupa dengan nikmat Allah? kalau betul, kita cuba untuk berubah ye.

WAKTU LAPANG
1. cikgu bagi homework, minggu depan submit. wah, minggu depan tu lama lagi. alah, esok lusa pun sempat lagi nak siapkan. esok lusa - esoklah. esok lagi - nantilah. berterusan sampailah esoknya kena hantar. alamak, kena siapkan malam ni jugak ni. kalau tak habis kena sound dengan cikgu ni. malamnya, mulalah berjaga sampai pukul berapa pagi tak tahulah. aduh, kenapalah tak buat awal-awal. pagi esoknya, mengantuk dalam kelas, tak boleh focus. saya antara yang selalu begini rasanya, ehihi.
2. baru masuk semester baru. lecturer ajar apa ni, tak faham?! biarlah, lambat lagi nak exam. bila-bila masa free nanti baru jumpa lecturer. next chapter, ha lagilah tak faham. previous chapter tak faham, yang ini lagi tak faham. takpelah, NANTI boleh tanya lecturer lagi. last chapter - tak faham satu habuk pun. bila esok dah nak exam, kalut nak rujuk balik note lecturer. sebelum ni, sekali tengok je. itu pun masa menulis note tu. huhu, masa nilah baru terasa menyesal. kalaulah belajar dari awal, mesti dah boleh kuasai semua chapter. saya pun selalu begini.
cukuplah dua contoh ni dulu.

KESIHATAN
1. bila hidung tersumbat sampai berapa bulan tak dapat bau apa-apa, sekali boleh hidu bau sampah pun terasa nikmat sangat-sangat. masa elok dulu, tak pulak nak menghargai nikmat menghidu.
2. bila pinggang rasa sakit sampai tak boleh nak tunduk, baru terasa betapa dapat tunduk dengan baik itu pun satu nikmat yang tak terkata besarnya.
3. bila rasa sakit perut atau sakit kepala, baru terasa nikmatnya waktu rasa sakit tu tiada.
4. bila kaki terseliuh and tak dapat gerak macam biasa, baru terasa betapa nikmatnya dapat gerakkan kaki tanpa rasa sakit.
kesihatan yang Allah beri pada kita adalah satu nikmat yang tak terkata besarnya. takkan ada yang lain dari DIA yang dapat beri kita nikmat sebesar itu. jadi sama-samalah kita saling beringat antara satu sama lain. 

SYUKURILAH NIKMAT ALLAH SELALU.
semoga diberkati :)